Wednesday, May 17, 2023

ULTIMATE SQUASHER INVITATIONAL 2023

SINGAPORE 2023 ULTIMATE SQUASHER INVITATIONAL.
Pemain-pemain Dungun bersama CoacH Faisal yang menerima undangan ke Singapore
Kategori Terbuka
Boys Under 17
Johan BU17, Ahmad Ainan @ Adik.
Naib Johan BU17, Ahmad Afnan @ Abang.

Thursday, May 19, 2022

EAST COAST CHALLENGE 2021

Kejohanan Tertutup Pantai Timur, buat julung kalinya melibatkan penyertaan Johor yang menyertai sebagai pasukan jemputan. Kehadiran Johor sememangnya memeriahkan kejohanan dan menjadi8kan cabaran lebih terbuka dan sengit. Ucapan Presiden Persatuan Skuasy Terengganu membayangkan untuk menjadikan kejohanan tahunan ini sebagai 'Curcuit'yang akan dikendalikan oleh ketiga-tiga negeri secara berasingan.

Saturday, November 13, 2021

NJC 2021 : ESOK HARI TERAKHIR

Setelah beberapa tahun menyertai NJC, tahun ini kali pertama Dungun mempersembahkan penyertaan yg cemerlang. Sebelum ini tidak pernah sampai ke hari terakhir, tapi kali ini 4 pemain Terengganu yg masih bertahan adalah pemain dari Dungun. - Danish Bakhtiar BU9 - Airish Azureen Asmadi GU11 - Nur Tasneem Sapian GU11 - Ahmad Afnan Fauzi BU15 Penyertaan Terengganu kali ini dgn 15 pemain. 11 sudah tumbang... Semoga terus cemerlang dibawah kendalian Coach Faisal... Terima kasih coach.

Tuesday, November 9, 2021

LATIHAN PRA NJC 2021

Bertuah pemain Terengganu.... khidmat sosial daripada ketua jurulatih kebangsaan En. Shahril membakar semangat pemain² yg baru mula berjinak dengan kejohanan peringkat kebangsaan. Terima kasih coach!

Monday, November 8, 2021

Pencapaian Terbaik MSS Dungun

MSSM 2021 tidak mampu dilaksanakan sebagaimana biasa. Norma baru, akibat COVID-19 merangkumi semua aktiviti termasuk aktiviti sukan. Acara pertandingan kemahiran atas talian diperkenalkan untuk semua sukan di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan. Ramai pemain Dungun yg telah berjaya menguasai kejohanan ini untuk mewakili Terengganu ke peringkat Kebangsaan. Pencapaian terbaik di peringkat kebangsaan (MSSM 2021).

NATIONAL JUNIOR CHAMPIONSHIP 21

KEJOHANAN REMAJA KEBANGSAAN 2021 Setelah hampir dua tahun tertangguh semua kejohanan skuasy akibat Covid 19, kini sinar mentari mula menampakkan wajah. NJC selalunya diadakan di awal tahun kini diumumkan akan dilangsungkan pada 10 - 14 November 2021 . Pemain Dungun/Terengganu terpaksa betolak lebih awal bagi menjalani latihan persediaan kerana ketiadaan gelanggang dan coach untuk mengendalikannya secara serentak.

Friday, May 28, 2021

KEHILANGAN BUAT PUTRAJAYA.....Semoga Allah Merahmati mu

 Tergamam seketika mendapat berita yang tidak terduga...

Perginya seorang sahabat seperjuangan.. 

Guru yang terlibat merintis Pasukan Skuasy Putrajaya.






Berjaya mencorakkan identiti pasukan skuasy Putrajaya sebagai pasukan yang tidak mengabaikan agama dalam berpakaian. Pasukan Skuasy yang menjaga aurat. Semoga ianya menjadi saksi dan sahammu di akhirat nanti. AL-FATIHAH UNTUK CIKGU SYAHRIN RAVI.




Pasukan Skuasy Putrajaya yang dibentuk oleh Cikgu Syahrin. Semoga kekal membawa imej pemain muslim di pentas international. Aifa Azman telah membuktikannya.

Friday, February 26, 2021

HARAPAN 2021 UNTUK PEMAIN DUNGUN

 Setelah hampir setahun terumbang - ambing menjalani latihan merata ceruk mencari gelanggang. Kini...petanda harapan kembali bersinar untuk dapat menjalani latihan seperti setahun dua yang lalu. Gelanggang UITM kelihatan sedang menjalani baikpulih serentak dengan pemulihan menyeluruh kompleks sukan UITM.

Semoga urusan dipermudahkan dan disegerakan.....



Semoga nanti...... kami diizinkan seperti sebelumnya. Khidmat sosial UITM kepada murid sekitar menjadi penantian dan harapan kami... Terima kasih UITM cawangan Dungun.