Monday, December 14, 2015

Keputusan PT3 2015

Tahniah !!
Pencapaian straight A's (11) dlm PT3.
Semoga Ali Imran terus cemerlang dalam semua bidang.

Friday, December 11, 2015

REDONE: SQUASH INTER TEAM

RED ONE SQUASH JUNIOR 
INTER TEAM AND INTER STATE CHALLENGE

TARIKH : 8 - 12 DISEMBER 2015

TEMPAT : ASTAKA SPORTS COMPLEX, PETALING JAYA.




( Ahmad Afnan Fauzi (kanan), SK Batu 7 )

Ahmad Afnan satu-satunya pemain Skuasy Dungun bawah 9 tahun yang terpilih mewakili Terengganu ke kejohanan ini. Pemilihan pemain dari kalangan bawah 9 tahun telah dijalankan di Mesra Mall, Kerteh, Kemaman pada 10 November 2015 dikendalikan oleh Coach Faisal dari Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSN). Dalam pemilihan ini, Ahmad Afnan dari Sk Batu 7 Dungun telah terpilih. Terima kasih kepada pihak MSN khususnya Coach Faisal yang telah mula membuka peluang dan membantu pemain-pemain Dungun membina pengalaman dan mengasah bakat yang sebelum ini tidak pernah mendapat peluang sebegini.

Sejak 2009 skuasy Dungun diwujudkan hanya kejohanan yang dianjurkan oleh MSST sahaja dapat disertai (setahun sekali, para pemain dapat menyertai pertandingan), itupun sejak tahun-tahun kebelakangan ini dijalankan secara kalah mati. Bayangkan kalau kalah, sekali main sahaja ( Best of three ) dan tunggu lagi tahun hadapan. Bagaimana bakat pemain boleh berkembang?

Saya selaku pengendali skuasy daerah Dungun mewakili Pegawai Sukan PPD Dungun, ibubapa pemain dan pemain-pemain sendiri merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pihak MSN dan coach Faisal yang telah berjanji untuk terus memberi  peluang kepada pemain-pemain Dungun.

Kali pertama juga tahun ini kita diberi peluang menyertai Kejohanan Tertutup Terengganu. Kami amat menghargainya.




Ahmad Afnan bergambar bersama coach Faisal (Kiri)
En. Faisal atau Coach Faisal adalah Jurulatih Squash sepenuh masa MSN Terengganu, yang bertanggungjawab mengendalikan pembangunan squash negeri Terengganu, membina pasukan pelapis elit Terengganu serta sedang berusaha memperkasakan pasukan SUKMA Terengganu.




Terengganu hanya mengahantar pasukan lelaki sahaja dalam Inter - State, keseluruhannya Terengganu menghantar 3 pasukan. Blog ini saya hanya fokus kepada pasukan ' boys inter-team' kerana melibatkan pemain Dungun.



Pemain-pemain junior inter-team Terengganu bergambar bersama coach (tengah)




Perlawanan pertama Afnan, bertemu Kelantan menang 3 - 0 ( best of five )
Keputusan keseluruhan team :  Tewas 1 - 3


Format Pertandingan : Setiap pasukan terdiri daripada 4 orang pemain.
Bawah 9 tahun : Darjah 1/2
Bawah 11 : Darjah 3/4
Bawah 13 : Darjah 5/6
Bawah 15 : Tingkatan 1/2


Pertemuan dengan Perak A, Afnan kalah 0 - 3




Para pemain seluruh negeri disediakan  penginapan dan berkampung di Pearl International Hotel, 
Petaling Jaya.


Pemain kedua Terengganu Iqwan, berbaju putih dalam perlawanan  menentang Perak B. Menang 3 - 0.
Keputusan Keseluruhan : 2 - 2 ( Menang kiraan mata )


 Undian mula servis antara Afnan ( Kuning ) dan pemain Perak B, Afnan kalah straight sets.




Bergambar dengan pasukan Melaka sebelum perlawanan berlangsung
Keputusan : Kalah 0 - 4



Pemain ke-4 Terengganu, Irfan (berkasut putih) dalam perlawanan menentang Pahang, Menang 3 - 1.



Ahmad Afnan, dalam pertemuan sengit menentang Pahang. Menang 3 - 1.
Keputusan Keseluruhan : Menang 3 - 1






Keputusan Penuh:

Inter Team:

Boys - 6th place

Girls - 6th place

Inter State:

Boys - 5th