Saturday, January 13, 2018

CABARAN 2018


 KEJOHANAN YANG AKAN DISERTAI DI LUAR TERENGGANU


 ** Kejohanan yang dipetak merahkan itu adalah kejohanan-kejohanan yang akan disertai oleh pemain-pemain Terengganu/Dungun.

http://malaysia-squash.org/calendar/sram-calendar/#1513159520189-6f05174b-82a9

LANTIKAN PT BAHARU 2018

TAHNIAH CIKGU ARZUL !

Sekalung tahniah dari warga skuasy MSS Dungun kepada Cikgu Arzul yang telah dilantik sebagai Pengerusi Teknik (PT) Skuasy MSS Dungun berkuatkuasa Januari 2018 menggantikan Cikgu Syaris yang terpaksa berundur atas kesibukan tugas sebagai Penolong Kanan Kokurikulum dan juga faktor kesihatan.

Kami juga merakamkan ucapan terima kasih kepada cikgu Zul atas penerimaan perlantikan ini.

Terima kasih yang tidak terhingga juga kepada cikgu Syaris yang telah memegang jawatan PT sepanjang tahun 2016 - 2017. Kami amat menghargai segala khidmat bakti cikgu sepanjang tempoh tersebut. 

Tidak ketinggalan juga untuk menyampaikan penghargaan kami dan ucapan terima kasih kepada cikgu Kamarruzaman, Penyelia Sukan PPD Dungun yang telah memilih dan melantik cikgu Arzul serta sentiasa memberi perhatian dan sokongan moral yang tidak berbelah bahagi.

TERIMA KASIH CIKGU KAMARRUZAMAN  

TERIMA KASIH CIKGU SYARIS 

TERIMA KASIH CIKGU ARZUL 

Pusat Latihan 2018

MEMULAKAN 2018 DENGAN BERITA GEMBIRA


Memulakan 2018, pemain skuasy MSS Dungun semakin bertambah bilangannya dan semakin menunjukkan komitmen untuk hadir setiap sesi latihan. Berbeza sangat dengan generasi pemain sebelum ni yang hanya menunjukkan komitmen ketika menjelang kejohanan sahaja.

Namun nafas menjadi sesak bila diwartakan gelanggang latihan hanya beroperasi setakat jam 5.00 petang sahaja. Terbayang mendung akan menyelubungi pemain-pemain yang baharu dan yang sedang mencipta nama di arena kebangsaan. Dikaitkan pula dengan pegawai sukan baharu di Unit Sukan UITM yang mengeluarkan arahan terbaru.

Seminggu berlalu, kami curi-curi tamatkan juga latihan hingga ke jam 6.00 ptg. Semalam kebetulan terserempak dengan Pegawai Sukan berkenaan (Bos) Penolong Pengarah, Unit Sukan UITM. Sebenarnya pernah jumpa sebelum ini tapi tidak menduga bahawa beliau Pegawai yang baharu bertukar itu.  'Humble Person', itu sahaja yang boleh disebut menjadikan alasan beliau tidak diduga. Berpakaian seperti staf outdoor kita menjangkakan beliau adalah staf swasta yang sedang menjalankan operasi pemantaun kawasan dan staf bawahannya.

Dalam pertemuan semalam ketika beliau membuat tinjaun ke gelanggang skuasy, kami ( saya dan cikgu Zul ) berpeluang bersembang dengannya.

Alhamdulillah.....

Tuan Syawal sangat senang dan mudah didampingi, mesra dan menghormati orang sekelilingnya. Dalam beberapa waktu pertemuan kami itu, kami yakin tuan Shawal seorang yang 'kuat kerja' dan berdedikasi.

Secara lisannya kami diberi peluang untuk terus menggunakan gelanggang.

Arahan tutup pukul 5.00 telah dibatalkan, malah kalau perlu malam pun Insyaa allah beliau boleh benarkan.

Kata-kata perangsang yang paling berharga petang semalam dari tuan Shawal " Ini khidmat sosial kami kepada masyarakat, manalah tahu satu hari nanti saya dan UITM dapat berbangga melahirkan pemain-pemain negara dari gelanggang kami, satu-satunya gelanggang di daerah Dungun".

Terima Kasih Tuan Shawal

Terima kasih UITM .