Saturday, June 25, 2011

Rintis Jaya 2009 (Pencapaian Pertama MSS Dungun)


 
Farhah Jazlina
SEK. KEB. SULTAN OMAR

Pemain Skuasy MSS Dungun pertama berjaya mewakili negeri (MSS Terengganu) ke Peringkat Kebangsaan (MSSM)

Thursday, June 23, 2011

Pusat Latihan Skuasy Dungun

Pada tahun 2007 hingga 2009 kami telah mendapat kebenaran daripada pengurusan Politeknik Dungun  (PSMZA) untuk menggunakan gelanggang mereka sebagai pusat latihan dua atau tiga kali seminggu, itupun bergantung dewan sukan tersebut tiada program student yang dijalankan pada hari berkenaan. Hari cuti Politeknik juga menjadi hari cuti kepada kami. 

Ringkas kata, hari latihan kami terlalu terhad. Gelanggang pula cuma ada dua sahaja, jika student Politek ada main kami terpaksa berkumpul dalam satu lagi gelanggang. Waktu latihan cuma dari jam 5.00 petang hingga 6.30 petang. Kini kami tidak lagi menggunakan gelanggang tersebut sebagai pusat latihan kami kerana gelanggang tersebut ditutup sementara waktu untuk pembaikian, bocor dan diserang anai-anai.
Apa pun kami amat terhutang budi dan amat menghargai jasa baik pihak pengurusan PSMZA. Semoga kami masih diberi kebenaran untuk terus berlatih setelah dibaik pulih nanti.

Mulai tahun kepas, 2010 atas usaha Penyelia Kanan Sukan PPD Dungun, En. Ab. Manan Ibrahim kami telah diberi kebenaran pula untuk berlatih di gelanggang Skuasy UITM . Kami mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Pengurusan UITM dan En. Halim, Pegawai Sukan UITM serta lain-lain pegawai di Unit Sukan yang sangat memberi kerjasama kepada kami.

Jadual Latihan / Sekali seminggu :

Kumpulan A :
Isnin - 5.00 petang hingga 6.30 petang

Kumpulan B :
Rabu - 5.00 petang hingga 6.30 petang

Kumpulan ( Bebas )
Khamis - 3.30 petang hingga 5.00 petang

* Tertakluk pada pindaan dan pembatalan melalui sms

Wednesday, June 22, 2011

Kejohanan Skuasy MSS Terengganu 2010

2010 MSS Dungun hanya memiliki 5 pemain skuasy sahaja untuk menyertai Kejohanan Skuasy MSS Terengganu yang berlangsung di daerah Besut, Terengganu.

      
           
Farah Rowaida Bt. Fauzi
Katagori               :   P18
Sekolah                :   SM Tengku Intan Zaharah
Tingkatan            :    Lima
Mula menyertai MSS Dungun  :  2009
Pencapaian         :               Ke-3 MSS Terengganu

Nama :                  Muhammad Hakim Bin Mazlan
Katagori :             L 12
Sekolah :              Sekolah Kebangsaan Kuala Dungun
Tahun :                 Lima
Mula menyertai MSS Dungun : 2007
Pencapaian :      Johan peringkat MSS Dungun

Nama    :             Farhah Jazlina Bt. Fauzi
Kategori :            P 12
Sekolah :             Sekolah Kebangsaan Sultan Omar
Tahun    :             Lima
Mula Menyertai MSS Dungun:   2007
Pencapaian :  Naib Johan MSS  Terengganu


Nama :                Yusairah Amani Bt.Mohd Aliziyad
Kategori :            P 12
Sekolah :             Sekolah Kebangsaan Sultan Omar
Tahun    :             Enam
Mula Menyertai MSS Dungun: 2007
Pencapaian :  Ke-3  MSS  Terengganu


Nama :               Muhamad Ali Imran Bin Mohd Aliziyad
Kategori :           L 12
Sekolah :            Sekolah Kebangsaan Sultan Omar
Tahun    :            Empat
Mula Menyertai MSS Dungun: 2007
Pencapaian : Naib Johan  MSS Dungun