Friday, December 30, 2011

MSS DUNGUN KEHILANGAN DUA PEMAIN UTAMA

TAWARAN KE SEKOLAH BERASRAMA PENUH DAN IMTIAZ

Pencapaian cemerlang dalam peperiksaan UPSR yang lalu telah membawa mereka ke sekolah pilihan masing-masing. Farhah Jazlina telah ditawarkan bersekolah di Sekolah Tun Fatimah, Johor Bahru manakala Nurshahirah Nafisah di Sekolah Menengah Imtiaz Kemaman.




Farhah Jazlina Fauzi
                


Nurshahirah Nafisah Hj. Mohd Azli








Ketiadaan mereka berdua dalam skuad MSS Dungun 2012 menjadikan cabaran ke MSS Terengganu digalas oleh hanya dua orang pemain sahaja. Mereka ialah Yusairah Amani dari SM Sains Dungun dan Hani Amira dari SMK Seri Dungun.




Yusairah Amani Mohd Aliziyad



              Hani Amira Fitriah Borhannuddin






MSS Dungun sedang mengalami kepupusan pemain kategori Perempuan.

JOM ! KITA BERLATIH

PERSEDIAAN UNTUK KEJOHANAN MSST 2012
Tahun 2012 kita akan mulakan latihan kita dengan perlawanan merebut kedudukan terbaik dalam ranking daerah Dungun. Jadual perlawanan akan dimaklum pada hari latihan dan akan dihubungi melalui sms. Empat pemain terbaik setiap kategori akan  mewakili MSS Dungun.

Pemain yang tidak terlibat dengan perlawanan pada hari berkenaan, akan berlatih sendiri di gelanggang lain sebagai persediaan perlawanan berikutnya. Diharapkan agar ibubapa dapat memberi kerjasama kepada anak-anak masing-masing.

Tahun 2012, semua pemain sepatutnya mampu memberi saingan sengit dalam kejohanan MSS Terengganu nanti kerana tahun ini tiada lagi pemain baru.