Wednesday, November 4, 2015

PERLAWANAN PERSAHABATAN

MSN (Majlis Sukan Negeri Terengganu) akan mengadakan pemilihan pemain bawah 8 tahun untuk diserap dalam team Terengganu yang akan menyertai pertandingan di Kuala Lumpur pada awal Disember ini. Pemilihan akan diadakan di gelanggang Mesra Mall untuk mengisi satu kekosongan sahaja. Kita dijemput untuk menyertai pemilihan itu bersama pasukan Kemaman.
Kita akan mengambil peluang ini untuk mendedahkan pemain-pemain kecil kita dengan perlawanan sebenar di gelanggang berhawa dingin.
Saya juga akan mengambil peluang ini untuk memohon mengadakan perlawanan persahabatan antara pasukan pilihan Terengganu ini dengan pasukan bawah 12 kita sebagai persediaan menanti kejohanan MSST tahun 2016.
Memang pemain kita dahagakan perlawanan, dan perlu menyertai banyak perlawanan bagi meningkatkan kualiti sebagai pemain.