Thursday, March 15, 2012

KEJOHANAN SKUASY MSS MALAYSIA 2012 DI PULAU PINANG

Renungan dan Iktibar untuk Hamba Allah yang Beriman





Pemain-pemain Sabah yang sedang memberi perhatian kepada perlawanan antara mereka dan Terengganu yang sedang berlangsung dalam gelanggang. Sabah antara pasukan terkuat MSSM. Cuba perhatikan pemain mereka, dua daripada pemain mereka yang beragama Islam memakai tudung. Semoga 'tersentuh' pemain negeri lain yang beragama Islam untuk menobatkan hukum Allah di mana berada.
Lain-lain makluman MSSM 2012 sila lihat page Pulau Pinang 2012.

Saturday, March 3, 2012

LIN NAIB JOHAN KEJOHANAN SKUASY MSS JOHOR 2012.

MSS JOHOR 2012 

Farhah Jazlina ( Lin ) yang telah mendaftar di Sekolah Tun Fatimah Johor Bahru Januari lalu telah dipanggil oleh PPD Johor Bahru untuk menyertai Kejohanan Skuasy MSSJ, mewakili Johor Bahru kategori P15 yang berlangsung di Batu Pahat pada 24 hingga 26 Februari 2012.

Keputusan : Lin Naib Johan P15 MSSJ 2012.

TAHNIAH DAN SYABAS MUADZ !

MSST 2012 - PENCAPAIAN YANG AGAK MALAP BAGI MSS DUNGUN

Semua pemain kecundang di peringkat awal kecuali Muhammad Muadz Bin Zainorlam dari Sekolah Kebangsaan Sura berjaya melepasi halangan hingga ke final. Keputusan : Muhammad Muadz Naib Johan L 12 MSST.

Muhammad Muadz akan menjalani latihan pusat untuk mewakili Terengganu ke MSS Malaysia pada 1 hingga 10 March sebelum berangkat ke Pulau Pinang.