Friday, October 18, 2013

BERAKHIR SUDAH....

Kumpulan Pertama Kokurikulum Squash  UITM 2013

Bergambar hari akhir.....


Monday, June 24, 2013

KEMBALI KE DUNGUN... SMK TG. INTAN ZAHARAH

 PERCUTIAN SUKAN / SKUASY DI MELAKA.

MSSM 2013 yang lalu di Melaka.
Penyertaan terakhir FARHAH JAZLINA mewakili Johor. Semoga Johor memaafkan Farhah....








Saturday, February 23, 2013

Sekitar MSST 2013

Kegelapan Menyelubungi Skuasy MSS Dungun 2013

Bermula dengan tahun malap pada 2012 apabila seorang sahaja Mohd Muadz Zainorlam yang berjaya menempatkan diri di tempat ke-3 seterusnya mewakili Terengganu ke MSSM di Pulau Pinang, tahun ini menjadi tahun gelap apabila semua pemain kontinjen Dungun di semua kategori gagal melayakkan diri ke separuh akhir.

Kemaman menyerlah dengan kewujudan Akademi Skuasy Azlan Iskandar, ramai pemain-pemain baru berjaya dilahirkan. Kemaman JOHAN. Tahniah! Kemaman.

 Pemain-pemain Dungun sedang memanaskan badan dan penyesuaian gelanggang

 Pegawai-pegawai kontinjen sedang memerhati perlawanan

 En. Mohd Faisal Pegawai Dungun

 Mohd Hanafi pemain L12 Dungun

Pemain-pemain sedang menerima taklimat kejohanan daripada Urusetia

 Perlawanan antara Mohd Hanafi dan Md Danish (KTU), Mohd Hanafi Menang.


 Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah


 Kontinjen Dungun tetap bersama meraikan majlis dan kemenagan pemain-pemain lain


 Fikran ( Kemaman ) Naib Johan L15



Sebelum berangkat pulang pemain Dungun sempat bergambar dengan Jurulatih profesionaldari Pakistan yang mengendalikan Akademi Skuasy Azlan Iskandar (AISA) di Mesra Mall. Pemain yang berminat boleh menyertai. Sekarang sudah ada lebih kurang 200 pemain di bawah program AISA di Kemaman. Mereka sentiasa menyertai kejohanan dalam negara. Semoga ada pemain atau ibu bapa di Dungun yang berminat.

Monday, February 18, 2013

JADUAL PERJALANAN KE KEJOHANAN 2013

JADUAL PERJALANAN KE KEJOHANAN SKUASY MSST 2013

Khamis : 21.2.2013
10.45 pagi
  • Ketibaan para pemain di perkarangan PPD Dungun
  • Semakan Borang R01 dan M01
  • Salinan Sijil Lahir dan Kad Pengenalan
  • Pengesahan borang
 
11.30 pagi
  • Bertolak ke Gelanggang Skuasy Mesra Mall, Kerteh, Kemaman dengan BAS
    12.30 tengahari
    • Makan Tengahari ( Disediakan)
    1.40 
    • Solat Zohor di Surau Mesra Mall
    •  Persiapan Perlawanan
    2.00 petang
    • Kejohanan Skuasy MSST berlangsung.
    6.30 petang
       Agihan pemain:
    • L12 dan 2 orang L18, Adha dan Izzat ( 8 orang ) bersama Cikgu Mohamad Faisal
    • L 15 dan Sharqawi (Awie) bersama Cikgu Azaha
    • P12 dan P15 bersama Pn. Fatimah
    • Ke Asrama SMK Kijal 
    • Daftar Penginapan
    • Urus Diri / makan malam / solat

    Jumaat : 22.2.2013
     6.00 pagi
    • Urus Diri
    • Solat Subuh
    • Sarapan
    8.30 pagi
    • Bertolak ke Gelanggang 
    12.30 tengahari
    Ke Masjid Kemasik untuk Solat Jumaat bagi pemain Lelaki
    3.00 petang
    • Kejohanan diteruskan.... dijangka berakhi 6.30 petang
    • Solat Asar di Surau Mesra Mall

    Sabtu : 23.2.2013
    • Kejohanan disambung semula untuk pemain yang layak ke separuh akhir dan Akhir pada jam 9.00 pagi.
    • Majlis Penutup dijangka pada jam 12.30 tengahari
    BERSURAI.....jumpa lagi 2014

    Friday, February 8, 2013

    Pemain yang akan beraksi 2014


    Pemain yang dijangka memberi cabaran pada kejohanan MSS Terengganu 2014 dan 2015



     Aissey SKSO



     Irfan SKPS


     Farisya SKBB


     Ayuni SKBB


    Arif  SKBt 7



    Hazim SKBB


    Insyaa Allah 2015.....



    Ainan & Afnan

    Sunday, February 3, 2013

    PENDAFTARAN PEMAIN KE MSST 2013

    PEMAIN YANG DIDAFTARKAN KE KEJOHANAN MSST 2013

    Pemain lelaki bawah 12 melebihi bilangan sepatutnya 4 orang. Namun kita tetap mendaftar 6 orang dengan harapan diterima oleh pihak teknikal berdasarkan ketiadaan pemain di kategori lain.
    Semua pemain diminta terus menjalani latihan sebagaimana jadual biasa.


    PENDAFTARAN PASUKAN SKUASY MSS DUNGUN 2013
    Ketua Kontinjen : En. Fauzi Bin Ismail ( SMK Tg. Intan Zaharah )
    Pengurus Pasukan : En. Azaha Bin Jusoh  ( SK Pusat, Dungun )
    Jurulatih Lelaki :  En. Mohamad Faisal Bin Othman ( SK Durian Mas 1 )
    Jurulatih Perempuan :  Pn. Fatimah Bt. Zakaria ( SK Balai Besar )




    Kategori L12:



    Bil Nama Sekolah
    1 MUHAMMAD HARITH AISSY BIN BORHANUDDUN SK SULTAN OMAR
    2 ARIF BIN AZMAN SK BATU 7
    3 AHMAD IRFAN BIN MOHD ALIZIYAD SK PULAU SERAI
    4 WAN MUHAMMAD HANAFI BIN WAN MANSOR SK DURIAN MAS 1
    5 MOHD ZAFRAN BIN ZAINORLAM SK BATU 7
    6 MUHAMMAD MIRZAN HAKIMI MOHD SYARIS SK BALAI BESAR



    Kategori L15:



    1 MUHAMMAD HAKIM BIN MAZLAN SM TIZ
    2 MUHAMMAD MUADZ B. ZAINORLAM SMK SURA
    3 MOHD ALI IMRAN BIN MOHD ALIZIYAD SM IMTIAZ DUNGUN



    Kategori L 18 :



    1 SYAFIQ SYARQAWI BIN HUSAIN SM TEKNIK DUNGUN
    2 WAN MOHD IEZZAT EMRAN B. WAN ROSLY SMK BALAI BESAR
    3 KHAIRUL ADHA SAFWAN B. KHAIRULL SALLEKH SMK BALAI BESAR



    Kategori P12 :



    1 FATIN AINUR INSYIRAH BT. AZHAR SK SULTAN OMAR
    2 FARISYA AQILA BT. ALZAHRI SK BALAI BESAR
    3 NUR NAJWA AYUNI BT. JAMALUDIN SK BALAI BESAR



    Kategori P15 :



    1 YUSAIRAH AMANI BT. MOHD ALIZIYAD SM SAINS DUNGUN
    2 NORSHAHIRAH NAFISAH BT. MOHD AZLI SM TIZ

    Tuesday, January 29, 2013

    Perlawanan Pemilihan Kategori L12

    8 Pemain Akan Berentap Untuk Mendapat 4 Tempat Mewakili MSS Dungun.

    Setiap kategori hanya 4 orang pemain sahaja dibenarkan bagi setiap daerah. Tahun-tahun sebelum ini, tiada masalah bagi kita kerana pemain kita tidak mencukupi tetapi pada tahun ini MSS Dungun telah menerima permohonan daripada SK Durian Mas untuk terlibat sama dalam Kejohanan Skuasy MSS Terengganu yang akan berlangsung pada 21 - 23 Februari 2013 di Kemaman Terengganu.

    MSS Dungun amat mengalu-alukan kehadiran pemain-pemain baru bagi menyemarakkan lagi perkembangan sukan skuasy di daerah Dungun dan mewujudkan cabaran kepada pemain yang sedia ada. Pemain yang kurang berlatih sudah tentu akan berkemungkinan tersingkir. Justeru, satu kejohanan tertutup akan diadakan bagi mengadili pemain yang benar-benar layak mewakili daerah Dungun kali ini.

    Perlawanan Pemilihan akan diadakan sebagaimana berikut:

    Tarikh : 3 Februari 2013
    Masa : 3.30 petang hingga 6.30 petang
    Tempat : Gelanggang UITM Dungun

    Kumpulan A


    Kumpulan B



    Monday, January 28, 2013

    Makluman Perubahan Tarikh MSST

    Perubahan Tarikh Kejohanan Skuasy MSS Terengganu

    Tarikh baru telah diumumkan pada 21 - 23 Februari 2013. Seminggu lebih awal daripada tarikh yang di umumkan di sebelum ini. Cuma 6 hari sahaja lagi waktu latihan yang masih ada.

    Pemain yang tidak menunjukkan peningkatan prestasi dan gagal menghadiri latihan atau jarang hadir akan digugurkan daripada pasukan.

    Thursday, January 17, 2013

    Awas! Waktu Latihan Amat Terhad

    Sebelas Hari Sahaja Waktu Anda Berlatih

    Kalau hadir penuh cuma 11 hari sahaja anda berlatih, pastikan anda berusaha untuk penuhi hari-hari latihan.
    Surat daripada PPD telah pun dihantar ke sekolah masing-masing yang terlibat, jadi sekiranya terdapat arahan lain daripada pihak sekolah yang bertembung dengan arahan ini - arahan PPD mesti diutamakan. Sila jelaskan kepada pihak sekolah.


    Thursday, January 10, 2013

    KEJOHANAN SKUASY MSS TERENGGANU 2013

    Latihan dan Pemilihan Pemain Bermula 13 Januari 2013








    Setiap Ahad dan Khamis, jam 5.00 hingga 6.30 petang. Tiada lagi panggilan melalui sms kecuali jika latihan dibatalkan.
    Para ibu bapa diharapkan agar dapat memberi maklum balas terhadap sms  yang diterima.