Monday, February 24, 2014

Kejohanan Skuasy MSS Terengganu 2014 Di Sek. Sukan Bukit Nenas, Setiu, Terengganu.

Pingat Emas Tunggal Untuk Kontinjen Dungun.

Farhah Jazlina Bt. Fauzi  - Johan Kategori P 15.














Keputusan Penuh:

KTU - 3 Pingat Emas
KTS - 1 Pingat Emas
Kemaman - 1 Pingat Emas
Dungun - 1 Emas.
Besut - Tiada Emas.



Thursday, February 13, 2014

PEGAWAI KONTINJEN MSS DUNGUN 2014

SENARAI PEGAWAI KONTINJEN DUNGUN 2014

Kejohanan MSS Terengganu.
Tarikh : 20 - 22 Februari 2014
Tempat: Sekolah Sukan Bukit Nenas, Setiu, Terengganu.
Waktu Bertolak : 10.00 pagi.

1. En. Azaha Bin Jusoh - SK Pusat, Pengurus Pasukan.
2. En. Fauzi Bin Ismail - SMK Tg. Intan Zaharah, Jurulatih
3. Pn. Fatimah Bt. Zakaria - SK Balai Besar, Jurulatih
4. Pn. Suhaila Bt. Ismail - SK Balai Besar, Chaperon.

Sunday, February 9, 2014

EYE WEAR

Pakaian Wajib Dalam Kejohanan MSSM




Disarankan kepada para ibu bapa / penjaga agar menyediakanya kepada anak masing-masing sebagai langkah keselamatan. Meminjam bagi sesetengah pemain 'geli' terutama yang baru lepas main, dibasahi peluh. Satu lagi masalah bila ketika nama kita dipanggil untuk main, eyewear yang nak dipinjam sedang digunakan oleh rakan kita di gelanggang lain.

Berapa harganya?

Bergantung yang mana pilihan hati... Berjenama? atau tiada jenama?
Gambar di atas, sebelah kiri Dunlop harganya dulu sekitar RM60 dan Kanan berwarna kuning tu Wilson, harganya sekitar RM80. Dicadangkan beli 'Prince' harga sekitar RM95. Berjenama dan mahal harganya berbaloi sebab ada tali belakang dan yang penting tidak berkabus ketika bermain.

Tidak berjenama?

Lihat gambar di bawah ni.... macam berjenama juga kan?
Harga? RM 14 sahaja boleh dibeli di kedai Hard Ware tapi jangan pilih yang macam pemesen rumput pakai, pilihlah yang macam gambar di bawah ni atau yang orang-orang offshore pakai. Cuma masalah sikit mudah berkabus dan mesti selalu lap.



Keperluan Setiap Pemain Ke Gelanggang







 Beg sandang mudah dibawa ke mana-mana untuk mengisi :

- Reket Peribadi
- Minuman
- Tuala kecil
- Eyewear / bola dan sebagainya.





Saturday, February 8, 2014

SENARAI PEMAIN SKUASY MSS DUNGUN TERKINI

Kategori Bawah 18 Tahun:

TIADA PENYERTAAN


Kategori Bawah 15 Lelaki :

1 MUHAMMAD HAKIM BIN MAZLAN SM TG INTAN ZAHARAH
2 MUHAMMAD MUADZ B. ZAINORLAM SMK SURA
3 MUHAMMAD NAQIB BIN OTHMAN SM IMTIAZ DUNGUN
4 MOHD ALI IMRAN BIN MOHD ALIZIYAD SM IMTIAZ DUNGUN
5 MUHAMMAD MIRZAN HAKIMI MOHD SYARIS SM TG INTAN ZAHARAH   


Kategori  Bawah 15 Perempuan:

1 FARHAH JAZLINA BT. FAUZI SM TG INTAN ZAHARAH
2 NORSHAHIRAH NAFISAH BT. MOHD AZLI SM TG INTAN ZAHARAH
3 IMAN NURHIDAYAH BT. IZANI SM IMTIAZ DUNGUN   


Kategori Bawah 12 Tahun ( Lelaki )

1 ARIF BIN AZMAN SK BATU 7
2 MUHAMMAD MIFZAL HAZIM MOHD SYARIS SK BATU 7


Kategori Bawah 12 Tahun ( Perempuan )

1 FARISYA AQILA BT. ALZAHRI SK BALAI BESAR
2 NUR NAJWA AYUNI BT. JAMAL SK BALAI BESAR
3 FARZANA IZZATI BT. ALZAHRI SK BALAI BESAR 




Tuesday, February 4, 2014

MSS Dungun Kehilangan Seorang Lagi Pemain

Irfan Terpaksa Tarik Diri

Atas nasihat doktor Irfan tidak dapat bersama dalam kejohanan kali ini. Insyaa Allah tahun depan Irfan akan kembali dalam team Dungun. Selamat berehat semoga cepat sembuh.



Perlawanan pra kejohanan antara Naqib dan Mirzan  (Naqib berjaya menewaskan Mirzan )


Hasrat Hazim (L12) untuk menewaskan Iman ( P15) gagal apabila dia ditewaskan straight set.