Friday, March 22, 2019

MSS DUNGUN 2019 MERIAH.

JULUNG KALINYA MERIAH!!!
TAHNIAH PENGERUSI TEKNIK DAERAH.

Hahahaha..... Dulu masa saya jadi PT tak pernah pun saya buat pemilihan peringkat daerah untuk ke MSST sebabnya pemain yang saya ambil untuk dilatih sebagai pemain skuasy daerah tak pernah lebih bilangan. Jadi semua yang dilatih, bagus atau tidak semuanya secara automatik terpilih mewakili daerah. Suka parents mereka sebab anak mereka mewakili daerah Dungun.

Sekarang, tidak lagi semudah itu......
Dulu kita berlatih untuk kejohanan MSST sahaja.
Habis MSST ..... kita tunggu lah tahun depan pulak....

Tapi kini, kita telah diberi ruang dan peluang oleh Persatuan Skuasy Terengganu untuk bersama memberi cabaran kepada setiap pemain di negeri Terengganu bagi mendapat tempat mewakili negeri Terengganu ke Kejohanan peringkat kebangsaan anjuran SRAM atau badan-badan gabungannya dan kita juga mendapat peluang untuk menyertai kejohanan peringkat antarabangsa yang dianjur dalam negara.

Lantaran itu, kita kena fokus kepada kualiti pula.... Semua pemain berpeluang jika rajin berlatih dan dapat sokongan penuh daripada parents. Pemain yang tak capai tahap minima yang ditetapkan tidak akan dipilih untuk menyertai sebarang kejohanan luar.

TAHNIAH PENGERUSI TEKNIK (PT) SQUASH DAERAH DUNGUN YANG BAHARU.




 Puan / Teacher Ismahira Pengerusi Teknik Skuasy Daerah Dungun, menggantikan Cikgu Arzul yang dilantik sebagai Pengerusi Teknik (PT) Squash Negeri Terengganu.
TAHNIAH! Cg Ismahira dan Cg Arzul.





 Album MSS Daerah Dungun 2019:



Ucapan aluan oleh PT Daerah, mengalukan kehadiran tetamu jemputan ke Majlis Penutup MSS Dungun. 


    • Turut hadir di Majlis Penutup:

    1. Penyelia Kanan Sukan PPD Dungun, En. Yuslan.
    2. Penyelia Sukan MSS Dungun / PPD Dungun, En. Kamaruzzaman.
    3. Pengerusi Teknik Skuasy MSS Terengganu, Cg Arzul.
    4. Guru Besar SK Seberang Dungun, Cg. Molok
    5. Pegawai dari Unit Sukan UITM, En. Zulhafizazuddin
    6. Penolong Kanan Kokurikulum SK Batu 48, Pn. Lijah.
    7. Penolong Kanan Kokurikulum SK Batu 7, En. Othman.
    8. Penolong Kanan Kokurikulum SK Balai Besar, En. Khairul Azwa.

















 Johan P10, Airish bersama PK Ko



 Johan dan Naib Johan, SK Batu 7




  Atheef, Johan L10 dari SK Seberang Dungun.





















 Pemenang2 dari SK Seberang Dungun, diraikan oleh GB mereka




Penyampaian pingat dan sijil oleh PT Skuasy MSST














Penyampaian cenderahati penghargaan kepada Unit Sukan UITM atas kebenaran menggunakan gelanggang bagi menjalanai latihan dan penganjuran kejohanan oleh En. Yuslan, Penyelia Kanan Sukan PPD Dungun.