Thursday, November 29, 2018

Ong Beng Hee And Nicol David Trophy 2018

MELAKA, NOVEMBER 2018



Dah lebih 3 tahun menyertai kejohanan peringkat kebangsaan, belum pernah walau sekalipun sampai ke pencapaian top 16, apatah lagi menaiki podium. Tapi kali ini Alhamdulillah.....sudah mula menunjukkan peningkatan prestasi.....terima kasih coach Faisal  yang banyak bertungkus lumus memastikan pemain-pemain Terengganu tidak ketandusan malah mampu menyaingi projek pembangunan skuasy negeri-ngeri lain.


19 November, perjalanan bermula.


 Pemain dibahagikan dua group untuk perlawanan individu. Group Development dan Elite

22 November, Tamat Individu ( Dev / Elit)




Final, Afnan tewas kepada pemain Sabah Adrian Gerald Bin Khairuddin (1-3)
Tahniah! Adrian dan Afnan.












Pemain Elite Terengganu menduduki tempat ke 5


 Adik berjaya melangkah ke tempat ke 5. Walaupun ranking adik sebenarnya lebih tinggi tapi kali ini abang lebih bernasib baik.



 Abang dan kakak2 datang dari KL meraikan pencapaian cemerlang adik-adik di Melaka

Pertemuan Terengganu  Sabah, Terengganu tewas 0 - 3 acara berpasukan.

Pemain-pemain yang sedang digilap bakat oleh coach Faisal.
Pencapaian Terengganu di Kejohanan ini: 

          1. Asmanur Hanis - Johan ( Dev. GU12)
          2. Ahmad Afnan - Naib Johan ( Dev. BU12)
          3. Addin Iqwan - Ke 5 ( Elite BU12)
          4. Ahmad Ainan - Ke 5 ( Dev. BU12)




Asmanur Hanis - Johan (Dev. GU12)



Tahniah! Coach Faisal.

Terima kasih Coach, bakal wira2 Terengganu masih memerlukan khidmat anda....kemanakah mereka nanti jika anda mengundur diri? Mampukah mereka untuk terus bersaing?







Ibu-ibu yang setia di gelanggang. Gelanggang yang menjalin kemesraan.

Pertemuan yang tidak diduga. Kami sama-sama memulakan Squash Dungun hampir 12 tahun lalu.
Selepas En. Hasni di tukarkan ke Melaka dan Sabah lebih kurang 10 tahun lalu, kami terpisah dan tinggallah saya bersendirian memastikan Squash Dungun tidak berkubur sebagaimana gelanggangnya di Politeknik Sultan Mizan tempat kami bermula. Persahabatan kami bermula di gelanggang squash dan pertemuan kami selepas lama terpisah juga di gelanggang squash....


Ketika Ong Beng Hee Trophy sedang berlangsung di Melaka.......
SK Rantau Kerteh dengan kerjasama Akademi Skuasy KGRP juga menganjurkan kejohanan...

Terima kasih Cikgu Bidi, jawatankuasa dan urusetia kejohanan yang telah membuka ruang dan peluang untuk pemain-pemain Dungun turut bersama memeriahkan kejohanan.

 Tg Muhammad. Johan.

 Afeef Naib Johan



Aqeef tempat ke 3


Atheef - Johan kategori BU10


Airish, tahun 2019 nanti akan kita mula perkenalkan di kejohanan CIMB

Danish - Pemain Dungun termuda






Wednesday, November 28, 2018

East Coast Development Inter team Challenge 2018



7 - 11 November 2018

Dikendalikan Oleh:

  • Majlis Sukan Sekolah-sekolah Pahang
  • Majlis Sukan Negeri Pahang
  • Persatuan Skuasy Malaysia (SRAM)


Setiap negeri tidak dihadkan penyertaan pasukan pasukan . Hanya 3 kategori sahaja pertandingan dijalankan.
Kategori Bawah 10, Bawah 12 dan Bawah 16 Tahun.
Hampir 50 orang pemain Terengganu dari 5 daerah menyertainya dalam semua kategori. Tujuh orang daripadanya datang dari Dungun.






Pengerusi Teknik Skuasy Dungun 2018 - 2020, Cikgu Arzul.






Terengganu A, BU10





Terengganu B, BU10




Bila bawa si kecil tidak mungkin boleh ditinggalkan bersama team 

* Bintang Dungun 2018 bakal menyerlah di gelanggang kebangsaan. Insyaa Allah



walaupun tewas 1-2 ramai yang meraikan persembahan cemerlang Atheef dari SK Batu 48 ini.
Syabas ! Atheef.



Pemain kecil yang tidak kurang hebatnya dan amat menyerlah dalam kejohanan ini, Airish Azureen juga dari SK Batu 48. Menang pada set pertama, kalah pada set kedua pada mata dius ( tambahan dua mata ) selepas 10 - 10. Keputusan penuh kalah 1 - 2.








Ainan, Pertemuan dengan Kelantan. Ainan menang.




Afnan, pertemuan dengan Iktafil (Kelantan).
Afnan Menang.


 Pertemuan Terengganu A dan Terengganu B (BU12) di peringkat separuh akhir.



 Pertemuan Terengganu A dan Terengganu B (BU12) di peringkat separuh akhir.
Terengganu A, menang.





Pertemuan Tg Muhammad dan Haziq (Kelantan). Ku Mad Menang.



Terengganu A, U12.




 Terengganu A, Naib Johan.


Terengganu B, U12. Tempat ke-3.




Gabungan tiga negeri Pantai Timur. Pemenang 3 negeri bergambar megah. Tahniah Pahang. Insyaa Allah kita jumpa lagi di Kelantan tahun hadapan.



Dedikasi seorang guru menjayakan kecemerlangan murid....
semoga dihargai murid-murid sepanjang zaman.






Insyaa Allah, pemain yang akan kami akan perkenalkan di Kelantan nanti.



Perlawanan Tamat.... Jom kita bersantai..