Saturday, November 13, 2021

NJC 2021 : ESOK HARI TERAKHIR

Setelah beberapa tahun menyertai NJC, tahun ini kali pertama Dungun mempersembahkan penyertaan yg cemerlang. Sebelum ini tidak pernah sampai ke hari terakhir, tapi kali ini 4 pemain Terengganu yg masih bertahan adalah pemain dari Dungun. - Danish Bakhtiar BU9 - Airish Azureen Asmadi GU11 - Nur Tasneem Sapian GU11 - Ahmad Afnan Fauzi BU15 Penyertaan Terengganu kali ini dgn 15 pemain. 11 sudah tumbang... Semoga terus cemerlang dibawah kendalian Coach Faisal... Terima kasih coach.

Tuesday, November 9, 2021

LATIHAN PRA NJC 2021

Bertuah pemain Terengganu.... khidmat sosial daripada ketua jurulatih kebangsaan En. Shahril membakar semangat pemain² yg baru mula berjinak dengan kejohanan peringkat kebangsaan. Terima kasih coach!

Monday, November 8, 2021

Pencapaian Terbaik MSS Dungun

MSSM 2021 tidak mampu dilaksanakan sebagaimana biasa. Norma baru, akibat COVID-19 merangkumi semua aktiviti termasuk aktiviti sukan. Acara pertandingan kemahiran atas talian diperkenalkan untuk semua sukan di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan. Ramai pemain Dungun yg telah berjaya menguasai kejohanan ini untuk mewakili Terengganu ke peringkat Kebangsaan. Pencapaian terbaik di peringkat kebangsaan (MSSM 2021).

NATIONAL JUNIOR CHAMPIONSHIP 21

KEJOHANAN REMAJA KEBANGSAAN 2021 Setelah hampir dua tahun tertangguh semua kejohanan skuasy akibat Covid 19, kini sinar mentari mula menampakkan wajah. NJC selalunya diadakan di awal tahun kini diumumkan akan dilangsungkan pada 10 - 14 November 2021 . Pemain Dungun/Terengganu terpaksa betolak lebih awal bagi menjalani latihan persediaan kerana ketiadaan gelanggang dan coach untuk mengendalikannya secara serentak.