Wednesday, November 26, 2014

Farisya dan Ayuni Cemerlang.

KEPUTUSAN UPSR 2014 - Pemain Skuasy Dungun antara yang cemerlang.

TAHNIAH FARISHA !! 
5A UPSR 2014

TAHNIAH JUGA UNTUK AYUNI - 4A + 1B.








 Farisya ( 5A UPSR 2014 )







( 4A + 1B UPSR 2014 )






SQUASH MSS DUNGUN BAKAL KEHILANGAN PEMAIN UTAMA P15, 2015.

Farisya Aqila Alzahri yang memperolehi 5A dalam peperiksaan UPSR yang lalu merupakan pemain utama P15 MSS Dungun 2015 dijangka akan mendapat tawaran tingkatan satu di sekolah berasrama penuh. Jika jangkaan ini, insyaa Allah menjadi kenyataan maka MSS Dungun akan kehilangan seorang pemain yang berbakat untuk mengetuai cabaran P15 di kejohanan Skuasy MSS Terengganu pada bulan Februari 2015 nanti.
Farisya adalah satu-satunya pemain Dungun kategori  P15 yang konsisten berlatih dalam waktu yang terhad berbanding dengan pemain lain, disamping berpengalaman dalam menyertai pertandingan. Sedangkan pemain lain sudah menggantungkan reket sebaik sahaja tamat kejohanan MSS Terengganu pada awal March 2014.

Apa pun Tahniah Farisya, Tahniah Ayuni semoga terus cemerlang.