Saturday, March 21, 2015

Cabaran Terengganu Berakhir

Dengan kekalahan Terengganu kepada Sarawak maka berakhirlah impian Terengganu untuk membawa pulang sekurang-kurangnya satu lagi  pingat yang akan menjadi pingat kedua melalui acara berpasukan.
Tiga daripada enam kategori berjaya ke suku akhir iaitu L12, L18 dan P18. Antara ketiga-tiga pasukan ini harapan tinggi diletakkan kepada pasukan P18. Namun rezeki tidak menyebelahi P18 Terengganu kerana tewas 1-2 kepada Sarawak dalam satu pertarungan yang sengit.
Sarawak bukan sahaja berjaya menewaskan Terengganu malah muncul sebagai juara 2015.
Selamat tinggal Pusat Skuasy Nasional Bukit Jalil.

P18 INDIVIDU TERENGGANU SEKADAR MERAIH GANGSA

Semua pemain Terengganu tewas dalam acara individu kecuali Nurina P18, mara ke separuh akhir dan mendapat pingat gangsa sebagai pengubat duka kontinjen Terengganu yang masih mengharapkan pingat tambahan melalui acara berpasukan.

Friday, March 20, 2015

P18 INDIVIDU TERENGGANU SEKADAR MERAIH GANGSA

Semua pemain Terengganu tewas dalam acara individu kecuali Nurina P18, mara ke separuh akhir dan mendapat pingat gangsa sebagai pengubat duka kontinjen Terengganu yang masih mengharapkan pingat tambahan melalui acara berpasukan.

Sunday, March 15, 2015

Mssm 2015

Ketika kejohanan sedang berlangsung pemain Malaysia sedang berlatih di dua gelanggang yang di kosongkan hari ini. Mereka datang berbeza waktu, agaknya telah diatur jadual mereka supaya coach dpt beri tumpuan kpd setiap individu. Gambar di bawah menunjukkan dua pemain Malaysia sedang berlatih di bawah kendalian jurulatih dari England. Pemain yang bertudung itu menurut maklumat diperolehi adalah pemain Malaysia ranking ke-5.

Saturday, March 14, 2015

MSSM 2015

Lutfi - Terengganu, pertemuan dgn Selangor. L12.

Pertemuan Pertama Pagi Ini.

Pertemuan P12 Terengganu dan Perak.

MSSM 2015

Sebahagian pemain MSS Terengganu sedang menyesuaikan diri dengan gelanggang Pusat Skuasy Negara, Bukit Jalil. Walaupun semalam telah diberi masa satu jam dengan 5 gelanggang untuk pemain Terengganu menyesuaikan diri namun hari ini penyesuaian masih diperlukan kerana keadaan aircond yg terlalu sejuk. 10 gelanggang digunakan untuk kejohanan ini. Hari ini akan berlangsung  kejohanan individu. Semoga berjaya membawa pulang pingat ke Terengganu.

Tuesday, March 3, 2015

PERJALANAN KE SETIU

ATURCARA PERJALANAN

4hb. Mac 2015 ( Khamis )

7.30 pg.
  • Semua pemain berkumpul di PPD Dungun. 
  • Pemberian wang saku dari sekolah masing.
  • Pembahagian jersey / baju T rasmi kontinjen  Dungun
  • Taklimat dan agihan kumpulan kenderaan
  • Urusan borang M01 dan M02 serta yang berkaitan yang belum lengkap

8.00 pg.
  • Bertolak ke Setiu.
  • 11.00 pg. Kejohanan Berlangsung.
WAKTU BALIK AKAN DIMAKLUM MELALUI W/SAP SQUASH DUNGUN.

AGIHAN PENGANGKUTAN PEMAIN.

Naza Citra:
  1. Mohd Ali Imran
  2. Ustazah Fatimah
  3. Farhah Jazlina
  4. Ahmad Ainan
  5. Ahmad Afnan

Produa Myvy

  1. Muhammad Hakim
  2. Najwa Ayuni 
  3. Nafisah Syahirah
  4. Yusairah Amani

Proton Exora

  1. Mirzan Hakimi
  2. Muhammad Muadz
  3. Mifzal Hazim
  4. Muhammad Naqib
  5. Ahmad Irfan
  6. Arif