TAHUN 2017

WELCOME 2017

ALHAMDULILLAH, PERMULAAN YANG CEMERLANG.

 

BERMULA 2017 DENGAN KEJOHANAN NAFIIZWAN CUP SIRI 1

( TERTUTUP TERENGGANU )


MSS Dungun menghantar 6 pemain sahaja. Semua pemain dalam kategori divisyen 3 kecuali Farhah Jazlina dalam divisyen satu.
Pemain individu dibahagikan kepada tiga divisyen manakala beregu dibahagikan kepada dua divisyen.
Divisyen satu pemain individu terdiri daripada pemain-pemain senior, divisyen dua terdiri daripada pemain-pemain menengah dan dikenali di peringkat negeri serta pempunyai pencapaian yang tersendiri manakala selebihnya adalah pemain divisyen tiga yang kebanyakannya terdiri dari pemain-pemain sekolah rendah dan menengah yang belum mencipta nama.

Acara Beregu dibahagikan kepada dua kategori sahaja, divisyen satu kebanyakannya pemain menengah dan ke atas manakala selebihnya divisyen dua.

  • Lelaki dan perempuan tidak diasingkan dalam satu kategori.


Pemain MSS Dungun :
  1. Farhah Jazlina Fauzi
  2. Muhammad Mirzan Hakimi Mohd Syaris
  3. Muhammad Mifzal Hazim Mohd Syaris
  4. Ahmad Afnan Fauzi
  5. Ahmad Ainan Fauzi
  6. Tg Muhammad Tg Halim








Keputusan :


  • Tempat ke-4 beregu Divisyen 2, Ahmad Afnan dan Ahmad Ainan 
  • Johan divisyen 3, Ahmad Ainan.
  • Naib Johan divisyen 3, Ahmad Afnan.

 Ahmad Afnan ke - 2


 Ke - 4, Beregu



 Ahmad Ainan, Johan Div 3





HASIL PENJIMATAN 'BIJAK'  MSST 2016 MELUPUSKAN KATEGORI P12 DAN P18, MENGHADKAN BILANGAN PEMAIN DARI EMPAT KEPADA DUA ORANG KATEGORI LELAKI.


HARI INI MSST 2017:

Dungun cuma tinggal 9 orang pemain sahaja lagi. Semuanya pemain lelaki. ( Saki baki yang tidak lagi menjalani latihan ) Sesetengah pemain dan pemain perempuan sudah beralih permainan.

Kemaman yang satu ketika dulu lubuk pemain, kini seorang sahaja pemain P15, begitu juga dengan Kuala Nerus.

Walaupun hari ini, sekatan 'bijak' itu dilepaskan, bilangan penyertaan dikembalikan seperti biasa kepada 24 orang setiap daerah ( 4 orang setiap kategori ) namun hasilnya, hanya 2 orang pemain sahaja P18 berdaftar dari kuala Nerus, barangkali terus ke pertandingan akhir. Johan dan Naib Johan..

Keseluruhan Pendaftaran:

  1. Dungun 9 - lelaki semua
  2. Kuala Nerus  12 ( 6 lelaki dan 6 perempuan )
  3. Setiu 2 - lelaki
  4. Kemaman 13 ( 8 lelaki dan 5 perempuan )
  5. Besut 12 ( 8 lelaki dan 4 perempuan )
  6. Kuala Terengganu 10 ( 4 lelaki dan 6 perempuan ),  pemain baharu dan sedang dibina. Harap-harap tahun hadapan tidak dicantas lagi.

Inilah bahananya kalau mesyuarat tapi keputusan dah ada atau mesyuarat tapi mesti akur kepada keputusan pegawai tertentu. Tiada lagi pemikiran jangka panjang.



Ramai Pentadbir Sekolah Tidak Memahami antara Kejohanan Rasmi dan Kejohanan Tidak Rasmi.

Sungguh aneh kalau Guru Besar atau Penolong-penolong Kanan di sesetengah sekolah di negeri Terengganu ini khususnya di Dungun tidak dapat membezakan antara kejohanan rasmi dan tidak rasmi, kejohanan yang diiktiraf dan tidak iktiraf, kejohanan kecil, besar dan lebih besar. Malah ada yang kejohanan ditaja bersama antara SRAM (Squash Racquet Association of Malaysia), MSN dan Kementerian Pelajaran dianggap persendirian dan lebih kecil statusnya daripada kejohanan anjuran Majlis Sukan Sekolah-sekolah negeri Terengganu. Walaupun penglibatan murid dalam kejohanan yang bertaraf antarabangsa tidak dianggap kejohanan besar yang memberi pengaruh kepada sekolah.
Justru, hak dan kebajikan murid berkenaan terabai. Lebih aneh lagi bila pencapaian murid-murid berkenaan akan diambil kira untuk menunjukkan pencapaian prestasi sekolah.





Dapat pelepasan khas dari kementerian untuk menyertai kejohanan yang ditaja oleh Majlis Sukan Negeri Terengganu. Guru-guru tidak perlu terlibat sebagai pengiring kerana semua urusan dikendalikan oleh MSN.

"National" tu bahasa skuasy, kalau bahasa olahraga mereka kata 'kebangsaan'. Hihihi....

 
Surat di bawah dikatakan lebih bernilai daripada surat di atas. Entah di mana nilainya yang membezakan kedua-dua surat di atas dan di bawah tidak seorang pun guru atau pentadbir berkenaan dapat menjelaskan samada berdasarkan prosedur atau hiraki pentadbiran. Masing-masing bila ditanya jawapan berbeza - beza menzahirkan rekaan dan kecelaruan pengetahuan.







Sesetengah guru celaru dan tidak faham dalam menilai dan meletakkan status sukan prestasi tinggi, sukan elit dan sukan umum kokurikulum sekolah. Malah ada yang tidak dapat membezakan antara sukan individu dan sukan berpasukan. Mereka memperkatakan laluan pemilihan skuasy di peringkat daerah terlalu mudah dengan membandingkan sukan-sukan berpasukan dan sukan-sukan yang dimainkan oleh ramai murid.

Hampir semua murid perempuan mampu bermain bola jaring begitu juga bola sepak bagi murid lelaki. Murid mudah diajar untuk main bola tampar, hoki dan seumpamanya kerana infrastruktur yang sedia ada di sekolah. Tentulah pemilihan perlu diadakan di peringkat sekolah dan daerah bagi memastikan hak murid untuk mewakili peringkat-peringkat tertentu tidak terabai dan dinafikan.

Skuasy amat berbeza, tidak semua daerah ada gelanggang. Dungun atas ihsan UITM dapatlah tumpang-tumpang main. Kemaman di Mesra Mall dengan bayaran RM12/jam/gelanggang dan di Kelab Rantau Petronas hanya untuk anak-anak ahli sahaja. Kuala Terengganu di Komleks Sukan Kuala Ibai dengan bayaran/jam/ gelanggang (harga tidak pasti). Kuala Nerus atas ihsan UMT, Besut di Pusat Rakan Sukan dan Setiu di Sekolah Sukan Bukit Nenas. Marang dan Kuala Berang tiada Gelanggang.

Bayangkan kalau murid-murid yang berjauhan daripada pusat-pusat latihan tersebut sudah tentu tidak mampu mengenali sukan skuasy apa lagi untuk menjalani latihan. Kedai sukan yang membekal peralatan skuasy yang lengkap juga tiada. Kalau ada pun yang menyediakan peralatan yang asas dan kualiti rendah sahaja.
Justru, ibubapa yang ingin melibatkan anak mereka dalam sukan skuasy perlu mengambil inisiatif sendiri untuk mencari coach dan menghantar latihan setiap hari dan waktu yang ditetapkan. Di Terengganu kebanyakan coach tidak mengambil bayaran kecuali di Kemaman yang mengguna khidmat coach profesional dari Pakistan. Di luar negeri Terengganu bayaran coaching skuasy seumpama kelas-kelas tution malah ada yang lebih mahal.

Pemain-pemain skuasy yang dilatih akan melalui proses pemilihan awal untuk mewakili daerah dan menentukan ranking daerah mengikut kategori masing-masing. Pemain ranking teratas akan mewakili daerah atau negeri ke kejohanan yang bertaraf *(bintang) samada peringkat national atau international.
Bagi menyertai kejohanan peringkat national atau international pemain akan melalui tapisan dan pemilihan yang akan dikendalikan oleh Majlis Sukan Negeri (MSN). Mereka yang berjaya dalam pemilihan dan tapisan MSN akan ditanggung sepenuhnya penyertaan tersebut.
Sesetengah kejohanan yang tidak menghadkan bilangan penyertaan setiap negeri, pemain yang tidak terpilih boleh mendaftar dengan bayaran sendiri tetapi mesti melalui MSN. Daftar sendiri secara terus ke Persatuan Skuasy Malaysia tanpa melalui Persatuan skuasy negeri atau MSN tidak akan diterima.

Nah! siapa kata laluan MUDAH. Ibubapa mesti benar-benar komited untuk melihat pencapaian anak-anak atau sekurang-kurangnya memberi peluang dan ruang kepada mereka bersaing di peringkat yang tidak mampu disediakan oleh pihak sekolah. Bukan setakat masa dan tenaga tetapi juga wang ringgit.

Pemain-pemain pula mesti menjalani latihan yang berterusan di bawah kendalian coach agar mampu mempertahankan ranking atau melonjakkan ranking dari masa ke semasa samada ranking di peringkat daerah, negeri atau kebangsaan. Tanpa usaha dan komitmen ibubapa secara berterusan pemain-pemain tidak mungkin mampu bertahan lama. Sanggupkah pihak sekolah mengambil peranan? Ada cikgu-cikgu yang sanggup? Kalau ada cikgu yang sanggup pihak sekolah tidak sepatutnya membebankan cikgu berkenaan dengan sukan-sukan lain agar tumpuan tidak berbelah bahagi.

Hargailah ibubapa yang dapat membekalkan pemain kepada sekolah. Pihak sekolah hanya rekodkan penglibatan peringkat national dan international untuk menunjukkan pencapaian murid mereka di bidang kokurikulum. Bagi setiausaha PIBG mampu merekodkan penglibatan ibubapa dalam sarana ibubapa, bidang sukan dan kokurikulum.




MSST 2017 MULA MENYINAR MEMPERLIHATKAN KECERIAAN.
TIADA LAGI KALAH MATI
TIADA LAGI HAD PENYERTAAN
TIADA LAGI PEMANSUHAN KATEGORI.

 Hazim menang dalam perlawanan ini


 Tg. Muhammad tewas kepada Kuala Nerus


 Sedang bersarapan




 Arif menang dalam perlawanan ini



 Muadz tewas kepada pemain pilihan pertama



 Hakim berjaya dalam perlawanan ini, menang 2-0









 Ainan tewas di suku akhir dalam satu perlawanan sengit 1-2

















PT Skuasy Dungun menerima sijil penyertaan kejohanan mewakili pemain-pemain MSS Dungun

Keputusan Penuh:


Muhammad Mirzan, Muhammad Muadz dan Tg. Muhammad tewas di peringkat kumpulan.
Irfan dan Arif tewas di pusingan kedua kalah mati.
Ainan, Afnan dan Hazim kalah di suku akhir
Muhammad Hakim final tempat ke 3/4 ( tempat ke-4) dan mewakili negeri ke MSSM di Selangor.
Tahniah!!! Hakim.



12th NATIONAL JUNIOR CHAMPIONSHIP

1 Mac 2017
2 Mac 2017


 KEPUTUSAN :





Terengganu masih bertahan dengan Addin Iqwan, yang lain semua dah berakhir. Teruskan perjuangan Iqwan.
Anda satu-satunya harapan kami untuk mara ke ranking top 10 Malaysia.

Sekitar Kejohanan Berlangsung: 












12th CIMB Foundation Rising Stars 

National Junior Circuit 

1st Leg 2017

Venue : Pusat Squash Jalan Duta

Tournament days

Wednesday, April 5, 2017 to Sunday, April 9, 2017


Akan Lahirkah Bintang di daerah Dungun?





8 April, 7.15 mlm.

Hari ini, tamat cabaran untuk Afnan, Ainan dan Tg Muhammad. Esok akan bertolak pulang dengan kegagalan melonjakkan ranking masing-masing.





 Pertemuan antara Adik dan Abang. Adik menang.



 Tg Muhammad menang dalam perlawanan ini, mengalahkan Putra Jaya







Insya Allah kita jumpa lagi di Melaka, pertengahan Mei nanti dan akan cuba sebaik mungkin.





9 April, 9.00 pagi ( sebelum bertolak pulang )



CABARAN DECATHLON / ACARA SANTAI















JOM KITA KE MELAKA !!!!

Antara Misi dan Harapan :

 

 

Persinggahan dari Dungun ke Melaka, selepas makan tengahari di Gambang.

3.00 petang di  Petronas, Muadzam.




Menanti hidangan malam di Bandar Hilir, sebelum mereka dihantar ke Temasek Hotel penginapan rasmi kontinjen- kontinjen skuasy.

7.30 malam


Sampai di lobi Hotel.











Dikalahkan oleh pemain no. 1 dari Sarawak, Harith Danial Jefri.




Semua pemain diwajibkan menjalani praktikal pengadil sebaik sahaja tamat perlawanan masing-masing untuk match berikutnya di gelanggang berkenaan.





















Ahmad Ainan pemain ranking 33 telah tewas kepada Anil Prakash pemain ranking 16



Parents selalunya tidak ketinggalan memberi sokongan moral kepada anak masing-masing.












Mini Game - Tertutup Terengganu.
Anjuran : MSN Terenggamu.
Tempat : Sekolah Sukan Bukit Nenas, Setiu.
Tarikh : 19 - 20 mei 2017.

 Johan - Afnan, N. Johan - Ainan, ke-3 - Syazwani dan ke-4, Tg. Muhammad.

 Majlis Penyampaian Hadiah Divisyen 3



Semoga terus cemerlang.











No comments:

Post a Comment