Monday, May 22, 2017

SELAMAT TINGGAL SKUASY TERENGGANU

SELAMAT TINGGAL MSN TERENGGANU DAN MSST

 

Farhah Jazlina:

Langkahan kakinya ke IPT meninggalkan pasukan skuasy Terengganu.

 

2015 Penyertaan terakhir Farhah dalam kejohanan MSST dan MSSM, kerana pada tahun 2016 kategori  P18 tidak dipertandingkan peringkat MSST bagi memenuhi perancangan penjimatan kos MSST.

 

April 2017, penyertaan terakhir dalam pasukan skuasy Terengganu dibawah kendalian coach Faisal dan coach Siti Munirah  dalam kejohanan CIMB 1st Leg 2017 di Pulau Pinang.

 

Skuasy mungkin terpaksa dilupakan dahulu kerana tiada skuasy di Kolej Mara Kulim. Mudah-mudahan dapat diteruskan lagi bila menjejak kaki di UMK tahun hadapan, 2018.

 


Sempat bergambar kenangan dan sebagai simbolik majlis perpisahan dengan kedua-dua coach kesayangan pasukan skuasy Terengganu En. Faisal dan Cik Siti Munirah yang gigih berusaha mencungkil bakat, mengembang dan membina pasukan skuasy Terengganu.



 Insyaa Allah, panjang umur dimurahkan rezeki dapat kita jumpa lagi . Farhah merakamkan jutaan terima kasih kepada kedua-dua coach Terengganu. Semoga dapat melahirkan permata skuasy yang menyinar di  Terengganu sedikit masa nanti.

Pertemuan Pemain Menjelang Ramadhan.

Mini Game - Tertutup Terengganu.
Anjuran : MSN Terenggamu.
Tempat : Sekolah Sukan Bukit Nenas, Setiu.
Tarikh : 19 - 20 mei 2017.

 Johan - Afnan, N. Johan - Ainan, ke-3 - Syazwani dan ke-4, Tg. Muhammad.

 Majlis Penyampaian Hadiah Divisyen 3



Semoga terus cemerlang.

 

Sekitar Kejohanan : 






Pertemuan Tg. Muhammad dan Ainan di Peringkat Kumpulan



Wednesday, May 17, 2017

CIMB Junior Circuit 2nd Leg 2017 Melaka


Antara Misi dan Harapan :

 

 

Persinggahan dari Dungun ke Melaka, selepas makan tengahari di Gambang.

3.00 petang di  Petronas, Muadzam.




Menanti hidangan malam di Bandar Hilir, sebelum mereka dihantar ke Temasek Hotel penginapan rasmi kontinjen- kontinjen skuasy.

7.30 malam


Sampai di lobi Hotel.











Dikalahkan oleh pemain no. 1 dari Sarawak, Harith Danial Jefri.




Semua pemain diwajibkan menjalani praktikal pengadil sebaik sahaja tamat perlawanan masing-masing untuk match berikutnya di gelanggang berkenaan.























Ahmad Ainan pemain ranking 33 telah tewas kepada Anil Prakash pemain ranking 16



Parents selalunya tidak ketinggalan memberi sokongan moral kepada anak masing-masing.