Friday, May 22, 2015

Tahniah Wan Mohd Izat

Wan Mohd Izat mula menyertai pasukan skuasy Dungun ketika berada di tingkatan dua SMK Balai Besar, ketika itulah juga mula mengenali skuasy.
Kebetulan pula ketika itu pasukan skuasy MSS Dungun ketiadaan pemain bawah 15 lelaki.
Sekadar melengkapkan bilangan pemain, Izat bersama dua kawannya dilatih beberapa kali bagi menyertai kejohanan MSS Terengganu buat kali pertamanya.
Selepas itu, tahun berikutnya Izat dan rakan-rakannya masih terpilih mewakili daerah Dungun.
Semasa di tingkatan 5, mereka mereka menarik diri dari kejohanan kerana berpindah sekolah. Khairul Adha telah bermain untuk pasukan Kemaman manakala Afiq dan Izat terus menggantung reket.
Kini, Izat telah berjaya menempatkan dirinya dalam pasukan skuasy Matrikulasi Pahang. Pastinya markah kokurikulum tidak lagi menjadi beban. Tahniah Izat.

Monday, May 4, 2015

Perlawanan persahabatan Terengganu Kelantan

Perlawanan persahabatan antara pilihan Kelantan dan Pilihan Terengganu telah ditutup dengan rasminya serta penyampaian hadiah oleh Tuan Hj. Ibni, Pengarah MSN Terengganu. Majlis tamat jam 2.30 ptg.

Friday, May 1, 2015

Perlawanan Persahabatan Antara Kelantan dan Terengganu.

Farhah Jazlina telah dipilih untuk menyertai pasukan pilihan terengganu dalam satu pertemuan skuasy persahabatan dengan pasukan pilihan negeri Kelantan. Program yang dianjurkan bersama antara MSN Terengganu dan MSN Kelantan dengan kerjasama Jabatan Pelajaran Terengganu telah berlangsung selama 2 hari, 1 hingga 2 Mei diadakan di sekolah sukan Bukit Nenas, Setiu.


Taklimat sebelum perlawanan disampaikan oleh  En. shamsul ( Jurulatih MSN Kelantan) dan En. Faisal (Jurulatih MSN Terengganu)