Sunday, October 15, 2017

KEJOHANAN TERTUTUP TERENGGANU 2017

MAJLIS PENUTUP DAN PENYAMPAIAN HADIAH

Taklimat dan Penyampaian Hadiah Nombor Bertuah.


Penyampaian Hadiah Kepada Pemenang:


 Johan Divisyen 1, Mohd Aiman dari Kemaman.

 Tempat ke-3 Divisyen 2


 Johan Divisyen 2, Ahmad Ainan.




 Johan Divisyen 3



 Johan Beregu Divisyen 2.




  Johan Beregu divisyen 3, Ahmad Afnan dan Ahmad Ainan.


Ahmad Ainan johan berganda, johan perseorangan dan johan beregu.

KEJOHANAN SQUASH TERTUTUP TERENGGANU 2017

KEMERIAHAN SEMPENA HARI SUKAN NEGARA

 


 Perlawanan sengit antara Afnan dan Kemaman, Afnan menang straight set 2 - 0

 Tg. Muhammad sedang membuat pemanasan, sementara menanti lawan


 Pertemuan Ainan dan Kuala Nerus. Ainan menang.



 Atheef memulakan pengalaman dengan penuh bergaya, namun tidak bernasib baik untuk menang.



Pengalaman masuk gelanggang ditonton oleh ramai penonton menjadikan pengalaman berharga buat Irshad untuk terus membina keyakinan diri.
Ketika ini tiada yang lebih diperlukan selain Mama dan Papa.
Terima kasih Mama, terima kasih Papa. Irshad akan cuba lagi dalam kejohanan akan datang dan Insyaa Allah akan terus mencuba.






Kehadiran Pemain-pemain senior, penghargaan untuk mereka yang pernah mewakili Terengganu seketika lalu. Mereka hadir untuk memeriahkan kejohanan dalam acara beregu divisyen 1.

 

SUDAH MUNCUL BAKAL-BAKAL PEMAIN PELAPIS DUNGUN

Kalaulah mereka mampu bertahan.... Dungun tidak akan ketandusan pemain:

Ara : Berusia 4 tahun.





Dari Kiri : Irshad, Atheef dan Airisy



Danish - 2017

KEJOHANAN TERTUTUP TERENGGANU 2017

Penyertaan Enam Pemain Sahaja.

Kejohanan dibahagikan kepada tiga Divisyen.

Divisyen 1:
Pemain-pemain terdiri daripada pemain sekolah menengah, mewakili negeri dan mempunyai ranking terbaik junior circuit Malaysia.

Divisyen 2:
Pemain bawah 10 tahun dan pemain-pemain yang pernah mewakili negeri tetapi belum mencapai ranking terbaik, walaupun umur melebihi 10 tahun.

Divisyen 3:
Pemain bawah 10 tahun yang sudah bersedia untuk  mewakili negerike peringkat kebangsaan.


Kategori Fun Game:
Pemain yang baru menceburi sukan skuasy.

Dungun menghantar 3 pemain Divisyen 2 dan 3 pemain dalam kategori Fun Game.




Tiga pemain Divisyen 2:

Ahmad Afnan Fauzi
Ahmad Ainan Fauzi
Tg. Muhammad Tg. Halim

Pemain Kategori Fun Game:

Muhammad Atheef Ajmal Bin Arzul
Ahmad Irshad Naim Bin Ahmad Suhaimi
Airish Azureen Bt. Mohd Asmadi



KEJOHANAN SQUASH TERTUTUP TERENGGANU SEMPENA HARI SUKAN NEGARA

PENDEDAHAN UNTUK PARENTS ATAU PEMAIN?

Buat julung kali pemain cilik Dungun didedahkan  dengan perlawanan. Memulakan pengalaman pertama sebagai pemain squash mewakili daerah Dungun. Tentunya perjalanan yang jauh bermula dengan langkah pertama, pengalaman yang seterusnya bermula dengan pengalaman hari ini.

Bagi ibubapa pula hari ini menjadi pengukur untuk meneruskan sokongan kepada anak-anak atau mengambil keputusan sebaliknya. Meneruskan sokongan bererti memperuntukkan perbelanjaan yang lebih dari kebiasaan, masa rehat dan pengorbanan, tempat tinggal dan makan minum sebelum mereka mampu berdikari mengurus diri. Sebelum mampu mereka diserahkan kepada coach tanpa kehadiran kita. Hari ini menjadi medan pengalaman yang mungkin pengalaman pertama dan terakhir atau pengalaman yang belum pasti penghujungnya.


Di sini kami bermula. Terima kasih MSN, terima kasih coach Faisal dan Kak Ira serta semua urusetia terlibat.


Saya akan datang lagi untuk mencipta nama, sokong saya mama....sokong saya papa. Inilah dunia sukan saya Insyaa Allah.



Image may contain: 4 people, people smiling, people standing

Pemain-pemain Dungun  14. 10. 2017