Saturday, February 24, 2018

MAJLIS SUKAN SEKOLAH-SEKOLAH TERENGGANU (MSST) 2018


CABARAN  MSST 2018

PEMAIN-PEMAIN MSS DUNGUN YANG AKAN MEMBAWA CABARAN 2018.
22 - 24 Februari 2018, bertempat di Sekolah Sukan Terengganu Bukit Nenas, Setiu.
 


Muhammad Muadz Bin Zainorlam
L18 - Kolej Vokasional Dungun.






Ahmad Irfan Mohd Aliziyad
L15 - SM Seri Dungun


Bawah 12 Tahun 





Ahmad Ainan Bin Fauzi
 SK Batu 7




Ahmad Afnan Bin Fauzi
 SK Batu 7




Tg Muhammad Bin Tg Halim
SK Batu 7




Aqeef Amzar Bin Arzul
SK Batu 48







Afeef Amsyar Bin Arzul
SK Batu 48.

Insyaa Allah ..... Tahun hadapan kita akan mula semula menghantar penyertaan team P12.




Sunday, February 4, 2018

ADA KEJOHANAN RASMI TETAPI TIDAK DIIKTIRAF

BUKAN SEMUA KEJOHANAN RASMI DIIKTIRAF




RASMI :
·         Kejohanan yang diwartakan yang dianjur oleh Majlis-majlis Sukan yang bernaung di bawah KPM contohnya Majlis Sukan Sekolah-sekolah.
·         Kejohanan-kejohanan yang diwartakan yang dianjur oleh MSN dan badan-badan yang bernaung bawah SRAM
DIIKTIRAF:
·         Kejohanan yang diwartakan yang dianjur oleh Majlis Sukan yang bernaung di bawah KPM dan mendapat status penganjuran bersama SRAM atau Kementerian Belia dan Sukan.
·         Kejohanan-kejohanan yang diwartakan yang dianjur oleh MSN dan badan-badan yang bernaung bawah SRAM dan mematuhi format antarabangsa serta mendapat kelulusan SRAM.

Siapa yang mengiktirafkannya?

1.      Kalau di sekolah, memadai diiktiraf oleh PPD atau JPNT kerana melibatkan rekod kehadiran pelajar. Surat pelepasan dan arahan PPD atau JPNT menjadikan penyertaan dalam kejohanan tersebut RASMI dan disebut diiktiraf oleh PPD dan JPNT untuk direkodkan di peringkat Sekolah. 

2.      Adakah pencapaian dalam kejohanan tersebut diiktiraf untuk kita menyertai kejohanan yang lebih besar atau sekurang-kurangnya melonjakkan ranking sebagai pemain antara yang terbaik negeri atau Malaysia?

  • Jawapannya : TIDAK. Sesuatu kejohanan akan menjadi rasmi dan diiktiraf untuk direkodkan di peringkat kebangsaan mestilah melalui syarat yang ditetapkan oleh badan induk skuasy iaitu SRAM.
  • ·    Pengiktirafan SRAM bukan setakat diperakukan di Malaysia bahkan di peringkat Antarabangsa kerana SRAM bernaung di bawah Persatuan Skuasy Antarabangsa WSA dan PSA.

3.     Persatuan Skuasy Malaysia,  SRAM (Squash Racquets Association of Malaysia) adalah badan induk kepada persatuan-persatuan skuasy dan semua aktiviti kejohanan di Malaysia. SRAM mengawalselia kejohanan yang bagi memastikan kualiti pemain untuk diketengahkan di peringkat antarabangsa. Banyak kejohanan dianjur sendiri oleh SRAM dengan kerjasama Kementerian Pelajaran, Badan Berkanun dan Swasta dalam usaha melahirkan pemain Negara secara berterusan. 

Di Malaysia, SRAM adalah antara tiga badan sukan yang mencapai STANDARD pengurusan 5 bintang yang diumumkan pada tahun 2017 bersama FAM dan BAM.

Kesimpulannya:


  •  Kejohanan peringkat MSS Daerah hanya untuk mengisi pemilihan wakil daerah ke MSST. Kejohanan itu rasmi tapi tidak diiktiraf pencapaiannya kecuali rekod sekolah sahaja.
  •  MSST – Kejohanan rasmi tapi tidak diiktiraf oleh SRAM kerana tidak mencapai syarat dan standard yang ditetapkan.
  • MSSM – Kejohanan rasmi dan mendapat pengiktirafan SRAM kerana standardnya dipantau selia oleh SRAM dan Bahagian Sukan Kementerian Pelajaran, namun pencapaian pemain tetap tidak diambil kira dalam pencapaian ranking Malaysia.


SRAM adalah badan induk yang diberi tanggungjawab sepenuhnya untuk mengurus segala yang berkaitan dengan sukan SKUASY Negara. Pengiktirafannya adalah pengiktirafan tertinggi dan diperakui di peringkat antarabangsa.

Semua sukan di Negara kita mempunyai badan induk masing-masing yang bernaung di bawah Kementerian Belia dan Sukan. Contohnya FAM bagi Bola Sepak, BAM bagi Badminton, KOAM bagi Olahraga dan sebagainya.


CONTOH KEJOHANAN RASMI TAPI TIDAK DIIKTIRAF











Kejohanan dirancang untuk melahirkan bintang di peringkat negeri Terengganu.




Kejohanan rasmi, diiktiraf oleh MSN sahaja untuk pemilihan mewakili negeri ke kejohanan yang bertaraf national dan international sepertimana MSST adakan kejohanan untuk pemilihan ke MSSM. Bezanya, MSN mengadakan kejohanan mengikut kategori usia sebagaimana yang dijalankan peringkat antarabangsa iaitu:


  • Bawah 9 Tahun 
  • Bawah 11 Tahun
  • Bawah 13 Tahun
  • Bawah 15 Tahun
  • Bawah 17 Tahun dan seterusnya…manakala MSST sebagaimana format MSSM:
  • Bawah 12 Tahun
  • Bawah 15 Tahun dan Bawah 18 Tahun.


CONTOH KEJOHANAN YANG DIIKTIRAF DI MALAYSIA DAN ANTARABANGSA
 Kejohanan yang mempengaruhi ranking pemain junior Malaysia atau ranking Antarabangsa



   











KL open : kejohanan rasmi peringkat international diiktiraf antarabangsa.
Pertemuan Afnan dari Malaysia/Terengganu dengan pemain Japan.


Saturday, February 3, 2018

BAHAGIAN SUKAN KPM




FAHAMI ASPIRASI SUKAN NEGARA DALAM PENYAMPAIAN KITA, INSYAA ALLAH JAWATAN  KITA DIPANDANG HEBAT DAN BERPENGETAHUAN  :
Kita mesti bergerak , menyelaras dan melaksanakan sukan di peringkat sekolah seiring dengan hasrat dan matlamat Kementerian Pelajaran Malaysia yang diurus-selia oleh Bahagian Sukan KPM.


KENALI BAHAGIAN SUKAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


Peneraju : KETUA JABATAN








Tanpa uruselia Bahagian Sukan KPM, Majlis Sukan Negeri dan Majlis Sukan Negara sudah tentu aspirasi Sukan Negara menghadapi kebuntuan. Justru, kerjasama langsung dua kementerian ini iaitu Kementerian Belia dan Sukan dan Kementerian Pendidikan Malaysia harus difahami JELAS oleh pendokong utama di sekolah-sekolah yang merupakan akar umbi penghasilan produk negara.



SBT PILIHAN SBP

Semua sekolah berasrama penuh memilih SBT berdasarkan kekuatan persekitaran dan infrastruktur yang mereka miliki. Bagaimana kita sekolah harian biasa? Tidakkah terasa kelebihan kepada kita dengan adanya pasukan elit berbanding dengan sekolah harian biasa yang lain?