Thursday, February 26, 2015

Guru Pengiring

Pemain skuasy MSS Dungun akan bertolak ke Setiu pada 4 Mac ini bagi menyertai kejohanan MSS Terengganu akan berlangsung pada 4 - 5 Mac, diiringi oleh empat orang guru:
* En. Fauzi Ismail - Pengurus Pasukan.
* En. Mohd Hafizan Armin Abd Manan, SMK Tg Intan Zaharah - Jurulatih.
* Pn. Fatimah Zakaria, SK Balai Besar - Jurulatih.
* Pn. Suhaila Ismail, SK Balai Besar - Jurulatih/ Chaperon.

Sunday, February 15, 2015

L 12 Menjalani Latihan Persediaan

Walaupun tidak meletakkan apa-apa harapan pemain L12 tetap gigih dan memberi komitmen yang tinggi mengikuti jadual latihan.

Saturday, February 14, 2015

AIZEK KEHILANGAN PEMAIN UTAMA

Muhammad Hakim bin Mazlan dengan rasminya menerima lamaran Kolej Vokasional Dungun apabila mendaftar diri minggu lepas dalam bidang elektrikal. Selain pemain skuasy, Hakim juga merupakan pemain utama pasukan bola sepak SMKTIZ.

 

 

 


Kini menjadi pelajar di Kolej Vokasional Dungun.

Friday, February 13, 2015

TARIKH KEJOHANAN DITUNDA

Kejohanan skuasy MSS Terengganu yang dijadualkan berlangsung pada 26-28 Februari 2015 telah ditunda kepada 5-6 Mac 2015. Penangguhan ini menjadikan penambahan hari latihan kita 2 hari lagi iaitu khamis 26 Februari dan hari akhir latihan kita ialah 2 Mac 2015. Insyaa Allah.