Monday, December 15, 2014

Cabaran 2015 Bermula

PERSEDIAAN 2015 BERMULA

Pemain MSS Dungun mula dipanggil untuk sentuhan pemanasan badan. Walaupun panggilan pertama ini tidak secara rasmi, permohonan pinjam gelanggang sekali seminggu belum lagi dibuat namun separuh daripada pemain yang ada sudah mula menunjukkan kesungguhan untuk memberi cabaran dalam kejohanan MSS Terengganu yang dijadualkan akhir Februari 2015.

Masalah biasa kita ialah ketiadaan gelanggang dan kebenaran yang tehad. Satu atau dua kali seminggu selama 1jam setengah.
Semoga pemain-pemain dapat manfaatkan waktu dan tempat yang terhad ini sebaik mungkin.









Wednesday, November 26, 2014

Farisya dan Ayuni Cemerlang.

KEPUTUSAN UPSR 2014 - Pemain Skuasy Dungun antara yang cemerlang.

TAHNIAH FARISHA !! 
5A UPSR 2014

TAHNIAH JUGA UNTUK AYUNI - 4A + 1B.








 Farisya ( 5A UPSR 2014 )







( 4A + 1B UPSR 2014 )






SQUASH MSS DUNGUN BAKAL KEHILANGAN PEMAIN UTAMA P15, 2015.

Farisya Aqila Alzahri yang memperolehi 5A dalam peperiksaan UPSR yang lalu merupakan pemain utama P15 MSS Dungun 2015 dijangka akan mendapat tawaran tingkatan satu di sekolah berasrama penuh. Jika jangkaan ini, insyaa Allah menjadi kenyataan maka MSS Dungun akan kehilangan seorang pemain yang berbakat untuk mengetuai cabaran P15 di kejohanan Skuasy MSS Terengganu pada bulan Februari 2015 nanti.
Farisya adalah satu-satunya pemain Dungun kategori  P15 yang konsisten berlatih dalam waktu yang terhad berbanding dengan pemain lain, disamping berpengalaman dalam menyertai pertandingan. Sedangkan pemain lain sudah menggantungkan reket sebaik sahaja tamat kejohanan MSS Terengganu pada awal March 2014.

Apa pun Tahniah Farisya, Tahniah Ayuni semoga terus cemerlang.

Monday, March 17, 2014

KEJOHANAN SKUASY AISA (AZLAN ISKANDAR SQUASH ACADEMY) KEMAMAN 2014

 DUNGUN DIJEMPUT MENYERTAI KEJOHANAN AISA KEMAMAN


AISA Kemaman Menganjur Kejohanan Pertama Sempena ' Malaysian Tour Squash Circuit 2014' dan MSS Dungun telah menghantar 7 peserta pelbagai kategori.

Keputusan :
Johan ' Malaysian Tour Squash Circuit 2014 - Faizwan dari Terengganu, menerima hadiah RM4000


 Naib Johan ' Malaysian Tour Squash Circuit 2014 - Kam Heng dari Perak, menerima hadiah RM2800





 Keputusan Pemain Junior:



 Johan P15 - Farhah Jazlina Fauzi, SMK Tg. Intan Zaharah, Dungun.


Naib Johan P15 - Nurshahirah Nafisah Mohd Azli, SMK Tg. Intan Zaharah, Dungun.

Johan L15 - Mohd Hakim Bin Mazlan, SMK Tg. Intan Zaharah, Dungun.

 
Naib Johan L15 - Muhammad Muadz Bin Zainorlam, SMK Sura Dungun.

 Tempat Ke-4 - Mohd Mirzan Hakimi Bin Mohd Syaris, SMK Tg. Intan Zaharah, Dungun.

 Johan P12 - Farisya Aqila Bt. Alzahri, SK Balai Besar, Dungun.

  • Tempat ke-4, L10 - Muhammad Mifzal Hazim Bin Mohd Syaris, SK Balai Besar ( Tidak hadir pada hari penyampaian hadiah)

Himpunan pemenang-pemenang:


 Bergambar bersama juara dan naib juara ' Malaysian Tour Squash Circuit 2014'



 Pasukan Dungun:


Monday, February 24, 2014

Kejohanan Skuasy MSS Terengganu 2014 Di Sek. Sukan Bukit Nenas, Setiu, Terengganu.

Pingat Emas Tunggal Untuk Kontinjen Dungun.

Farhah Jazlina Bt. Fauzi  - Johan Kategori P 15.














Keputusan Penuh:

KTU - 3 Pingat Emas
KTS - 1 Pingat Emas
Kemaman - 1 Pingat Emas
Dungun - 1 Emas.
Besut - Tiada Emas.



Thursday, February 13, 2014

PEGAWAI KONTINJEN MSS DUNGUN 2014

SENARAI PEGAWAI KONTINJEN DUNGUN 2014

Kejohanan MSS Terengganu.
Tarikh : 20 - 22 Februari 2014
Tempat: Sekolah Sukan Bukit Nenas, Setiu, Terengganu.
Waktu Bertolak : 10.00 pagi.

1. En. Azaha Bin Jusoh - SK Pusat, Pengurus Pasukan.
2. En. Fauzi Bin Ismail - SMK Tg. Intan Zaharah, Jurulatih
3. Pn. Fatimah Bt. Zakaria - SK Balai Besar, Jurulatih
4. Pn. Suhaila Bt. Ismail - SK Balai Besar, Chaperon.

Sunday, February 9, 2014

EYE WEAR

Pakaian Wajib Dalam Kejohanan MSSM




Disarankan kepada para ibu bapa / penjaga agar menyediakanya kepada anak masing-masing sebagai langkah keselamatan. Meminjam bagi sesetengah pemain 'geli' terutama yang baru lepas main, dibasahi peluh. Satu lagi masalah bila ketika nama kita dipanggil untuk main, eyewear yang nak dipinjam sedang digunakan oleh rakan kita di gelanggang lain.

Berapa harganya?

Bergantung yang mana pilihan hati... Berjenama? atau tiada jenama?
Gambar di atas, sebelah kiri Dunlop harganya dulu sekitar RM60 dan Kanan berwarna kuning tu Wilson, harganya sekitar RM80. Dicadangkan beli 'Prince' harga sekitar RM95. Berjenama dan mahal harganya berbaloi sebab ada tali belakang dan yang penting tidak berkabus ketika bermain.

Tidak berjenama?

Lihat gambar di bawah ni.... macam berjenama juga kan?
Harga? RM 14 sahaja boleh dibeli di kedai Hard Ware tapi jangan pilih yang macam pemesen rumput pakai, pilihlah yang macam gambar di bawah ni atau yang orang-orang offshore pakai. Cuma masalah sikit mudah berkabus dan mesti selalu lap.



Keperluan Setiap Pemain Ke Gelanggang







 Beg sandang mudah dibawa ke mana-mana untuk mengisi :

- Reket Peribadi
- Minuman
- Tuala kecil
- Eyewear / bola dan sebagainya.





Saturday, February 8, 2014

SENARAI PEMAIN SKUASY MSS DUNGUN TERKINI

Kategori Bawah 18 Tahun:

TIADA PENYERTAAN


Kategori Bawah 15 Lelaki :

1 MUHAMMAD HAKIM BIN MAZLAN SM TG INTAN ZAHARAH
2 MUHAMMAD MUADZ B. ZAINORLAM SMK SURA
3 MUHAMMAD NAQIB BIN OTHMAN SM IMTIAZ DUNGUN
4 MOHD ALI IMRAN BIN MOHD ALIZIYAD SM IMTIAZ DUNGUN
5 MUHAMMAD MIRZAN HAKIMI MOHD SYARIS SM TG INTAN ZAHARAH   


Kategori  Bawah 15 Perempuan:

1 FARHAH JAZLINA BT. FAUZI SM TG INTAN ZAHARAH
2 NORSHAHIRAH NAFISAH BT. MOHD AZLI SM TG INTAN ZAHARAH
3 IMAN NURHIDAYAH BT. IZANI SM IMTIAZ DUNGUN   


Kategori Bawah 12 Tahun ( Lelaki )

1 ARIF BIN AZMAN SK BATU 7
2 MUHAMMAD MIFZAL HAZIM MOHD SYARIS SK BATU 7


Kategori Bawah 12 Tahun ( Perempuan )

1 FARISYA AQILA BT. ALZAHRI SK BALAI BESAR
2 NUR NAJWA AYUNI BT. JAMAL SK BALAI BESAR
3 FARZANA IZZATI BT. ALZAHRI SK BALAI BESAR 




Tuesday, February 4, 2014

MSS Dungun Kehilangan Seorang Lagi Pemain

Irfan Terpaksa Tarik Diri

Atas nasihat doktor Irfan tidak dapat bersama dalam kejohanan kali ini. Insyaa Allah tahun depan Irfan akan kembali dalam team Dungun. Selamat berehat semoga cepat sembuh.



Perlawanan pra kejohanan antara Naqib dan Mirzan  (Naqib berjaya menewaskan Mirzan )


Hasrat Hazim (L12) untuk menewaskan Iman ( P15) gagal apabila dia ditewaskan straight set.

 








Sunday, January 26, 2014

P 18 MSS DUNGUN 2014

Dungun Kehabisan Pemain .

MSS Dungun pada tahun 2014 ini cuma tinggal seorang pemain perempuan sahaja dan tiada lagi pemain lelaki kategori bawah 18. Malangnya pemain ini, Yusairah Amani tidak dapat menyertai kejohanan MSST kali ini kerana tarikh yang bertembung dengan kejohanan sukan SBP ( Sekolah Berasrama Penuh)

Yusairah Amani Bt. Mohd Aliziyad - SM Sains Dungun.

Pasukan Bawah 15 Tahun ( Perempuan )

Hanya 3 Orang Pemain Sahaja:
1. Farhah Jazlina Bt. Fauzi - SMK Tg. Intan Zaharah
2. Norshahirah Nafisah  Bt. Mohd Azli - SMK Tg. Intan Zaharah
3. Iman Nurhidayah Bt. Izani - SM Imtiaz (Penyertaan Pertama)


Pasukan Bawah 12 Tahun Lelaki

Cuma 3 Orang Pemain Sahaja:
1. Ahmad Irfan Bin Mohd Aliziyad - Sek. Keb. Sultan Omar
2. Arif Bin Azman - Sek. Keb. Batu 7
3. Muhammad Mirzan Hakimi Bin Mohd Syaris - Sek. Keb. Batu 7 ( Penyertaan Pertama)