Tuesday, January 29, 2013

Perlawanan Pemilihan Kategori L12

8 Pemain Akan Berentap Untuk Mendapat 4 Tempat Mewakili MSS Dungun.

Setiap kategori hanya 4 orang pemain sahaja dibenarkan bagi setiap daerah. Tahun-tahun sebelum ini, tiada masalah bagi kita kerana pemain kita tidak mencukupi tetapi pada tahun ini MSS Dungun telah menerima permohonan daripada SK Durian Mas untuk terlibat sama dalam Kejohanan Skuasy MSS Terengganu yang akan berlangsung pada 21 - 23 Februari 2013 di Kemaman Terengganu.

MSS Dungun amat mengalu-alukan kehadiran pemain-pemain baru bagi menyemarakkan lagi perkembangan sukan skuasy di daerah Dungun dan mewujudkan cabaran kepada pemain yang sedia ada. Pemain yang kurang berlatih sudah tentu akan berkemungkinan tersingkir. Justeru, satu kejohanan tertutup akan diadakan bagi mengadili pemain yang benar-benar layak mewakili daerah Dungun kali ini.

Perlawanan Pemilihan akan diadakan sebagaimana berikut:

Tarikh : 3 Februari 2013
Masa : 3.30 petang hingga 6.30 petang
Tempat : Gelanggang UITM Dungun

Kumpulan A


Kumpulan B



Monday, January 28, 2013

Makluman Perubahan Tarikh MSST

Perubahan Tarikh Kejohanan Skuasy MSS Terengganu

Tarikh baru telah diumumkan pada 21 - 23 Februari 2013. Seminggu lebih awal daripada tarikh yang di umumkan di sebelum ini. Cuma 6 hari sahaja lagi waktu latihan yang masih ada.

Pemain yang tidak menunjukkan peningkatan prestasi dan gagal menghadiri latihan atau jarang hadir akan digugurkan daripada pasukan.

Thursday, January 17, 2013

Awas! Waktu Latihan Amat Terhad

Sebelas Hari Sahaja Waktu Anda Berlatih

Kalau hadir penuh cuma 11 hari sahaja anda berlatih, pastikan anda berusaha untuk penuhi hari-hari latihan.
Surat daripada PPD telah pun dihantar ke sekolah masing-masing yang terlibat, jadi sekiranya terdapat arahan lain daripada pihak sekolah yang bertembung dengan arahan ini - arahan PPD mesti diutamakan. Sila jelaskan kepada pihak sekolah.


Thursday, January 10, 2013

KEJOHANAN SKUASY MSS TERENGGANU 2013

Latihan dan Pemilihan Pemain Bermula 13 Januari 2013








Setiap Ahad dan Khamis, jam 5.00 hingga 6.30 petang. Tiada lagi panggilan melalui sms kecuali jika latihan dibatalkan.
Para ibu bapa diharapkan agar dapat memberi maklum balas terhadap sms  yang diterima.