Tuesday, December 25, 2012

TAHNIAH ! ALI IMRAN

MSS DUNGUN KEHILANGAN SEORANG LAGI PEMAIN

Tahniah kepada Mohd Ali Imran Bin Mohd Aliziyad atas pencapaian cemerlang (5A) UPSR 2012 , sehubungan dengan itu beliau telah ditawarkan ke Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra Kota Bharu.




Cabaran MSS Dungun 2013 ke MSS Terengganu akan diambil alih oleh adik beliau, Ahmad Irfan Tahun Empat SK Pulau Serai, Dungun.


Irfan Boleh!!!

Wednesday, December 12, 2012

Latihan Membuka Tirai 2013

Tarikh Istimewa 12.12.12 Latihan Skuasy 2013 Bermula


Sebelum penggal persekolahan 2013 bermula, mungkin kita akan cuba berlatih sekali seminggu. Permulaan sessi ini kita akan mulakan  dengan kumpulan hasil pemilihan bakat yang lalu. Kalau  sempat pandai ( sekadar boleh servis pun jadilah...) dapatlah menyertai Kejohanan Skuasy MSS Terengganu yang dijangka akan diadakan di Mesra Mall, Kertih, Kemaman.

Waktu Latihan:

4.45 petang - 6.15 petang.

Mohon para ibu bapa menunggu anak-anak waktu balik, dengan kata lain datang mengambil anak-anak 5 minit lebih awal daripad waktu tamat latihan.









Thursday, December 6, 2012

Keputusan Pemilihan Bakat

KEPUTUSAN PEMILIHAN BAKAT MAJLIS SUKAN NEGERI (MSN) BELUM DIKETAHUI

Namun .....

Calon yang berminat mula turun menjalani latihan pengenalan skuasy.
Mereka dari SK Balai Besar:



Farzana Izzati



Farisya




Alisa



Yasmin



Mirzan

Hazim

Ayuni

CABARAN!!

Sesiapa dalam kalangan mereka yang cepat menguasai akan diserap terus ke pasukan daerah yang dijangka menyertai kejohanan MSS Terengganu pada bulan March atau April 2013. Tiga bulan sahaja lagi dengan cuma latihan sekali atau dua kali sahaja seminggu. Pastikan anda tidak ketinggalan latihan.

Monday, December 3, 2012

PERINGATAN KEPADA IBU BAPA / PENJAGA

 khususnya kepada ibubapa penjaga pemain bawah 12 tahun

1. Bila hantar anak-anak untuk berlatih sila pastikan anak-anak sudah selamat untuk ditinggalkan dan gelanggang sudah dibuka atau tidak berkunci.

2. Datang untuk mengambil anak-anak balik 5 minit sebelum waktu berakhir.
3. Kerjasama amat diharapkan demi kelancaran program latihan.
4. Pemain senior boleh berlatih sendiri atau berlatih sesama mereka.

Wednesday, November 7, 2012

AKTIVITI PENILAIAN DAN PEMILIHAN BAKAT

Pelajar yang hadir mewakili SK Balai Besar, SK Pulau Serai, SK Batu 7, SK Sura dan Sekolah Menengah Tengku Intan Zaharah.










PENILAIAN DAN PEMILIHAN BAKAT SKUASY ANJURAN MAJLIS SUKAN NEGERI

PENILAIAN DAN PEMILIHAN BAKAT SKUASY

Majlis Sukan Negeri (MSN) dengan kerjasama Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu (JPNT) telah menganjurkan satu program penilaian dan pemilihan bakat skuasy bagi mencapai matlamat melahirkan ramai pemain berbakat sebagai aset kepada negeri Terengganu.







Atas inisiatif Penyelia Sukan PPD En. Muhamad B. Jusoh dan Pengerusi Teknik Daerah Dungun telah menjemput pelajar-pelajar berminat sekitar daerah Dungun ( sekolah berdekatan gelanggang) untuk hadir menilai kebolehan.

SEBELUM PROGRAM BERMULA

Sementara menunggu ketibaan pegawai-pegawai MSN dan seorang jurulatih Profesional dari Pakistan untuk memulakan program pemilihan bakat. Pelajar sempat diberi pendedahan asas latihan awalan skuasy :












 Aktivti Penilaian Bakat :












Friday, October 19, 2012

LATIHAN DAN PENGLIBATAN YANG BERTINDIH

MAAF KERANA LATIHAN SKUASY TERHENTI LAMA

Menjelang Ramadhan yang lalu, latihan skuasy terpaksa dihentikan kerana pelbagai sebab:
  • Bulan puasa / Hari Raya
  • Cuti Sekolah
  • Cuti UITM - gelanggang ditutup
  • Sibuk dengan aktiviti sukan lain:
    • Olahraga
    • 1murid 1sukan
    • Sukan Piala Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)
    • Memilih pemain dan melatih pemain Bola Tampar
Kini sibuk pula dengan penyediaan pelajar untuk menyertai pemilihan SUKMA dalam acara sukan WOODBALL. Alangkah bagusnya kalau ada 1 atau 2 orang lagi jurulatih Skuasy di daerah Dungun ini yang sanggup melatih atlit secara percuma .


Kejohanan Woodball dalam Prog. Terengganu City Night Games pada 19 Oktober yang lalu, pemain SMK Tg. Intan Zaharah berjaya menjuarai kategori Terbuka, Naib Johan bawah 20 dan tempat ke-3 Terbuka. Dua minggu sebelum, empat pemain Tg. Intan Zaharah yang dihantar menyertai pemilihan pemain SUKMA berjaya melayakkan diri ke pusingan akhir pemilihan. Mereka berjaya menempatkan diri mereka dalam ranking ke-2, ke-3, 10 dan 14 daripada 17 atlit yang layak ke pusingan akhir.


Usaha membentuk pasukan bola tampar, tiang bola tampar dipasang cangkuk tali dan roller. Kerja kimpalan dibantu oleh Cikgu Sapawi dan Cikgu Zam

 
Pasukan Bola Tampar lelaki dan perempuan yang baru dibentuk menyertai kejohanan 1murid 1Sukan  ( 4 sepasukan ) di SMK Ketengah Jaya.

 

Wednesday, July 18, 2012

LATIHAN PERSEDIAAN 2013

JOM ! KITA MULAKAN LATIHAN

Kita akan mulakan latihan sebagai persediaan menghadapi kejohanan MSS Terengganu 2013 selepas Hari Raya nanti. Tarikh akan diberitahu melalui Sistem Pesanan Ringkas (sms). Sepatutnya latihan dijalankan secara berterusan tetapi kita tidak dapat berbuat demikian kerana kekangan berbagai aspek.
Pemain-pemain MSS Dungun amat diharapkan agar memanfaatkan secara maksima hari-hari latihan yang kita ada.

Sunday, April 29, 2012

AISA






Sempena Kejohanan Skuasy Pantai  Timur, AISA dilancarkan untuk pelajar-pelajar negeri Terengganu khususnya Kemaman dan Dungun. Pendaftaran dan latihan bermula 1 Mei 2012 di Mesra Mall. Latihan dikendalikan oleh Jurulatih Profesional sepenuh masa dari Pakistan.

Pemain akan diasingkan kepada dua kategori, Beginner dan Advance Group. Jadi sesiapa yang berminat walaupun baru nak belajar pun boleh sertai.

Bayaran?????

Tak mahal, kalau kita sewa gelanggang sendiri RM8 - 10 sejam dan biarkan anak-anak main sendiri sementara ibubapa pergi shopping. Selepas sejam anak-anak tidak akan dapat apa-apa kelebihan selain hanya berpeluh sahaja. Menyertai akademi hanya dikenakan bayaran RM30 sahaja bagi beginner SEBULAN bukan sejam. Tetapi RM50 sebulan bagi Advace Group. Hari dan masa boleh pilih sendiri, bagi pelajar petang boleh hadir waktu pagi 10 pg - 1.00 ptg manakala pelajar pagi boleh pilih waktu petang 3.00 - 7.00 ptg.

Pemain Dungun lebih sesuai pada hari Jumaat dan Sabtu.

Berminat sila datang sendiri bersama ibubapa pada 1 Mei 2012, jam 11.00 pg.

Susah nak datang latihan?
Jika ramai yang berminat, kita boleh bergilir datang dan kita uruskan jadual penghantaran.
Insyaalah boleh selesai.

Diharapkan menjelang 2013 pemain Dungun setaraf pemain lain.

Siapakah Azlan Iskandar yang mengasas akademi ini?

Azlan Iskandar pemain no. 1 Malaysia
Ranking ke 10 Dunia sekarang.
KEJOHANAN SKUASY ANTARA SEKOLAH PANTAI TIMUR
Anjuran Bersama : KBS, AISA dan SK Rantau 
Tarikh : 27 - 29 April 2012
Tempat : Mesra Mall, Kemaman




Muhammad Muadz peserta tunggal dari Dungun yang mewakili Terengganu di kejohanan tersebut.
Semua kategori diwakili oleh 5 pemain dari setiap negeri kecuali Pahang yang tidak menghantar semua kategori.
Keputusan :
Kelantan muncul Johan Keseluruhan dan Naib Johan , Terengganu.

Thursday, March 15, 2012

KEJOHANAN SKUASY MSS MALAYSIA 2012 DI PULAU PINANG

Renungan dan Iktibar untuk Hamba Allah yang Beriman





Pemain-pemain Sabah yang sedang memberi perhatian kepada perlawanan antara mereka dan Terengganu yang sedang berlangsung dalam gelanggang. Sabah antara pasukan terkuat MSSM. Cuba perhatikan pemain mereka, dua daripada pemain mereka yang beragama Islam memakai tudung. Semoga 'tersentuh' pemain negeri lain yang beragama Islam untuk menobatkan hukum Allah di mana berada.
Lain-lain makluman MSSM 2012 sila lihat page Pulau Pinang 2012.

Saturday, March 3, 2012

LIN NAIB JOHAN KEJOHANAN SKUASY MSS JOHOR 2012.

MSS JOHOR 2012 

Farhah Jazlina ( Lin ) yang telah mendaftar di Sekolah Tun Fatimah Johor Bahru Januari lalu telah dipanggil oleh PPD Johor Bahru untuk menyertai Kejohanan Skuasy MSSJ, mewakili Johor Bahru kategori P15 yang berlangsung di Batu Pahat pada 24 hingga 26 Februari 2012.

Keputusan : Lin Naib Johan P15 MSSJ 2012.