Sunday, October 30, 2011

JADUAL LATIHAN BULAN NOVEMBER 2011

 JANGAN ABAIKAN TARIKH LATIHAN
Dimaklumkan bahawa latihan hanya dapat dijalankan sebagaimana tarikh-tarikh berikut sahaja.  Kerjasama  pemain  dan para ibubapa  amat  diharapkan:

3 NOVEMBER - KHAMIS
16 NOVEMBER - RABU
21 NOVEMBER - ISNIN
28 NOVEMBER - ISNIN

* Sebarang perubahan akan dimaklumkan melalui sms.

Monday, October 17, 2011

Gangguan Jadual Latihan

Latihan yang dirancang sebagai persediaan menghadapi Kejohanan Skuasy MSS Terengganu 2012 tidak dapat dijalankan mengikut jadual kerana :
  • Mulai sekarang sehingga 25 Oktober, semua Pegawai Sukan UITM berada di luar Terengganu kerana menyertai sukan antara UITM, kerana itu gelanggang hanya di buka pada waktu pejabat sahaja. Jadual kita terbatal sepanjang tempoh tersebut.
  • 1 dan 2 November, saya terlibat dengan mesyuarat pengawasan peperiksaan SPM. Seterusnya akan terlibat dengan aktiviti pengawasan peperiksaan sehingga pertengahan Disember.
Justru, amat diharapkan kepada pemain-pemain skuasy MSS Dungun dan para ibubapa pemain supaya TIDAK mengabaikan waktu-waktu latihan yang amat terhad yang akan dimaklumkan melalui sms. Kerjasama semua juga diharapkan agar kita tidak diAIBkan di kejohanan nanti. Hanya latihan yang berterusan sahaja mampu mengurangkan AIB. Namun untuk menjalankan latihan secara berterusan terlalu banyak kekangannya dan amat sukar untuk dilaksanakan. JADI sekali lagi, JANGAN abaikan waktu yang ADA.