8 Pemain Akan Berentap Untuk Mendapat 4 Tempat Mewakili MSS Dungun.
Setiap kategori hanya 4 orang pemain sahaja dibenarkan bagi setiap daerah. Tahun-tahun sebelum ini, tiada masalah bagi kita kerana pemain kita tidak mencukupi tetapi pada tahun ini MSS Dungun telah menerima permohonan daripada SK Durian Mas untuk terlibat sama dalam Kejohanan Skuasy MSS Terengganu yang akan berlangsung pada 21 - 23 Februari 2013 di Kemaman Terengganu.MSS Dungun amat mengalu-alukan kehadiran pemain-pemain baru bagi menyemarakkan lagi perkembangan sukan skuasy di daerah Dungun dan mewujudkan cabaran kepada pemain yang sedia ada. Pemain yang kurang berlatih sudah tentu akan berkemungkinan tersingkir. Justeru, satu kejohanan tertutup akan diadakan bagi mengadili pemain yang benar-benar layak mewakili daerah Dungun kali ini.
Perlawanan Pemilihan akan diadakan sebagaimana berikut:
Tarikh : 3 Februari 2013
Masa : 3.30 petang hingga 6.30 petang
Tempat : Gelanggang UITM Dungun
Kumpulan A
Kumpulan B