Kegelapan Menyelubungi Skuasy MSS Dungun 2013
Bermula dengan tahun malap pada 2012 apabila seorang sahaja Mohd Muadz Zainorlam yang berjaya menempatkan diri di tempat ke-3 seterusnya mewakili Terengganu ke MSSM di Pulau Pinang, tahun ini menjadi tahun gelap apabila semua pemain kontinjen Dungun di semua kategori gagal melayakkan diri ke separuh akhir.Kemaman menyerlah dengan kewujudan Akademi Skuasy Azlan Iskandar, ramai pemain-pemain baru berjaya dilahirkan. Kemaman JOHAN. Tahniah! Kemaman.
Pemain-pemain Dungun sedang memanaskan badan dan penyesuaian gelanggang
Pegawai-pegawai kontinjen sedang memerhati perlawanan
En. Mohd Faisal Pegawai Dungun
Mohd Hanafi pemain L12 Dungun
Pemain-pemain sedang menerima taklimat kejohanan daripada Urusetia
Perlawanan antara Mohd Hanafi dan Md Danish (KTU), Mohd Hanafi Menang.
Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah
Kontinjen Dungun tetap bersama meraikan majlis dan kemenagan pemain-pemain lain
Fikran ( Kemaman ) Naib Johan L15
Sebelum berangkat pulang pemain Dungun sempat bergambar dengan Jurulatih profesionaldari Pakistan yang mengendalikan Akademi Skuasy Azlan Iskandar (AISA) di Mesra Mall. Pemain yang berminat boleh menyertai. Sekarang sudah ada lebih kurang 200 pemain di bawah program AISA di Kemaman. Mereka sentiasa menyertai kejohanan dalam negara. Semoga ada pemain atau ibu bapa di Dungun yang berminat.