Monday, February 27, 2017

PENCARIAN PELAPIS MSS DUNGUN

PEMILIHAN BAKAT PELAPIS.


SELAMAT DATANG KE PEMILIHAN DAN PENILAIAN BAKAT.




Bakal mewakili Dungun ke MSS Terengganu.

Walaupun pemain Dungun tidak lagi seramai kumpulan pertama yang dapat menyaingi bilangan Besut, Kuala Nerus, Kuala Terengganu dan Kemaman tetapi cukup untuk menyatakan bahawa skuasy Dungun belum berkubur malah belum bersedia ke arah itu.  Kami akan terus memberi saingan dalam tempoh yang panjang. Persaingan dua tahun lagi akan terus meriah dan ceria.


Ahmad Irshad Naim Bin Ahmad Suhaimi

Muhd. Atheef Ajmal Bin Arzul


Alia Insyirah Bt. Mohd Aliziyad


Semoga terus memupuk minat untuk kekal sebagai pemain skuasy MSS Dungun.





Sunday, February 26, 2017

MSST 2017 LANCAR DAN CERIA

 TIADA LAGI PEMBATALAN KATEGORI

TIADA LAGI KALAH MATI

2017 MENCERIAKAN PEMAIN-PEMAIN.

Tahniah PT Skuasy Terengganu, Cg Zainuddin.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini kejohannan skuasy MSST amat tidak berseri, dengan lokasi kejohanan yang jauh di pedalaman, sistem kalah mati/ best of three, mengurangkan penyertaan dan dengan memansuhkan sesetengah kategori melengkapkan kesuraman kejohanan. 

Tahun ini atas inisiatif Pengerusi Teknik Skuasy Terengganu telah berjaya menceriakan kembali suasana kejohanan dengan mengembalikan sistem kumpulan/ liga dalam kumpulan, semua kategori yang ada penyertaan dipertandingkan dan bilangan penyertaan juga dikembalikan kepada 4 orang setiap kategori. 

Tahniah! jawatankuasa urusetia 2017. 

Semoga kaedah ini dapat  diteruskan, malah mungkin dapat ditambah baik pada tahun-tahun akan datang.

 

 

Sebahagian pemain MSS Dungun sedang menerima taklimat daripada PT skuasy Dungun pada hari terakhir latihan 22 Februari 2017.

Monday, February 13, 2017

SELAMAT DATANG CIKGU KHAIRUL KE WARGA SKUASY

SELAMAT DATANG CIKGU KHAIRUL.

Kehadiran Cikgu Khairul sebagai coach untuk pasukan skuasy Dungun amat dialu-alukan dan amat diharapkan dapat memberi komitmen yang padu untuk pasukan yang ketika ini hidup segan mati tak mahu.

Mungkin cikgu Khairul dapat memberi nafas baru dan meneruskan kesinambungan dalam usaha membina team yang mampu bersaing bukan sahaja di peringkat negeri dan kebangsaan malah di peringkat antarabangsa.


Coach bersama pemain-pemain bawah 11 tahun yang sentiasa hadir latihan.

JUNIOR CHAMPIONSHIP 2017

Ramai Pentadbir Sekolah Tidak Memahami antara Kejohanan Rasmi dan Kejohanan Tidak Rasmi.

Sungguh aneh kalau Guru Besar atau Penolong-penolong Kanan di sesetengah sekolah di negeri Terengganu ini khususnya di Dungun tidak dapat membezakan antara kejohanan rasmi dan tidak rasmi, kejohanan yang diiktiraf dan tidak iktiraf, kejohanan kecil, besar dan lebih besar. Malah ada yang kejohanan ditaja bersama antara SRAM (Squash Racquet Association of Malaysia), MSN dan Kementerian Pelajaran dianggap persendirian dan lebih kecil statusnya daripada kejohanan anjuran Majlis Sukan Sekolah-sekolah negeri Terengganu. Walaupun penglibatan murid dalam kejohanan yang bertaraf antarabangsa sekalipun tidak dianggap kejohanan besar yang memberi pengaruh dan impak kepada sekolah.
Surat diterima secara langsung daripada Kementerian membenarkan pemain berkenaan meninggalkan sekolah tidak mampu membuka mata dan minda guru-guru berkenaan betapa hebatnya pelajar mereka. 
Justru, hak dan kebajikan murid berkenaan terabai. Lebih aneh lagi bila pencapaian murid-murid berkenaan pula akan diambil kira untuk menunjukkan pencapaian prestasi sekolah.

Mereka adalah 'Bintang' yang mungkin terus menyerlah atau mungkin akan malap. 





Dapat pelepasan khas dari kementerian untuk menyertai kejohanan di atas. Murid murid (pemain) ditaja sepenuhnya oleh Majlis Sukan Negeri Terengganu. Guru-guru tidak perlu terlibat sebagai pengiring kerana semua urusan dikendalikan oleh MSN.


Surat di bawah dikatakan lebih bernilai daripada surat di atas. Entah di mana nilainya yang membezakan kedua-dua surat di atas dan di bawah tidak seorang pun guru atau pentadbir berkenaan dapat menjelaskan samada berdasarkan prosedur atau hiraki pentadbiran. Masing-masing bila ditanya jawapan berbeza - beza menzahirkan rekaan dan kecelaruan pengetahuan.







Sesetengah guru celaru dan tidak faham dalam menilai dan meletakkan status sukan prestasi tinggi, sukan elit dan sukan umum kokurikulum sekolah. Malah ada yang tidak dapat membezakan antara sukan individu dan sukan berpasukan. Mereka memperkatakan laluan pemilihan di peringkat daerah terlalu mudah dengan membandingkan sukan-sukan berpasukan dan sukan-sukan yang dimainkan oleh ramai murid.

Hampir semua murid perempuan mampu bermain bola jaring begitu juga bola sepak bagi murid lelaki. Murid mudah diajar untuk main bola tampar, hoki dan seumpamanya kerana infrastruktur yang sedia ada di sekolah. Tentulah pemilihan perlu diadakan di peringkat sekolah dan daerah bagi memastikan hak murid untuk mewakili peringkat-peringkat tertentu tidak terabai dan dinafikan.

Skuasy amat berbeza, tidak semua daerah ada gelanggang. Dungun atas ihsan UITM dapatlah tumpang-tumpang main. Kemaman di Mesra Mall dengan bayaran RM12/jam/gelanggang dan di Kelab Rantau Petronas hanya untuk anak-anak ahli sahaja. Kuala Terengganu di Komleks Sukan Kuala Ibai dengan bayaran/jam/ gelanggang (harga tidak pasti). Kuala Nerus atas ihsan UMT, Besut di Pusat Rakan Sukan dan Setiu di Sekolah Sukan Bukit Nenas. Marang dan Kuala Berang tiada Gelanggang.

Bayangkan kalau murid-murid yang berjauhan daripada pusat-pusat latihan tersebut sudah tentu tidak mampu mengenali sukan skuasy apa lagi untuk menjalani latihan. Kedai sukan yang membekal peralatan skuasy lengkap juga tiada. Kalau ada pun yang menyediakan peralatan yang asas dan kualiti rendah sahaja.
Justru, ibubapa yang ingin melibatkan anak mereka dalam sukan skuasy perlu mengambil inisiatif sendiri untuk mencari coach dan menghantar latihan setiap hari dan waktu yang ditetapkan. Di Terengganu kebanyakan coach tidak mengambil bayaran kecuali di Kemaman yang mengguna khidmat coach profesional dari Pakistan. Di luar negeri Terengganu bayaran coaching skuasy seumpama kelas-kelas tution malah ada yang lebih mahal.

Pemain-pemain skuasy yang dilatih akan melalui proses pemilihan awal untuk mewakili daerah dan menentukan ranking daerah mengikut kategori masing-masing. Pemain ranking teratas akan mewakili daerah atau negeri ke kejohanan yang bertaraf *(bintang) samada peringkat national atau international.
Bagi menyertai kejohanan peringkat national atau international pemain akan melalui tapisan dan pemilihan yang akan dikendalikan oleh Majlis Sukan Negeri (MSN). Mereka yang berjaya dalam pemilihan dan tapisan MSN akan ditanggung sepenuhnya penyertaan tersebut.
Sesetengah kejohanan yang tidak menghadkan bilangan penyertaan setiap negeri, pemain yang tidak terpilih boleh mendaftar dengan bayaran sendiri tetapi mesti melalui MSN. Daftar sendiri secara terus ke Persatuan Skuasy Malaysia tanpa melalui Persatuan skuasy negeri atau MSN tidak akan diterima.

Nah! siapa kata laluan MUDAH. Ibubapa mesti benar-benar komited untuk melihat pencapaian anak-anak atau sekurang-kurangnya memberi peluang dan ruang kepada mereka bersaing di peringkat yang tidak mampu disediakan oleh pihak sekolah. Bukan setakat masa dan tenaga tetapi juga wang ringgit.

Pemain-pemain pula mesti menjalani latihan yang berterusan di bawah kendalian coach agar mampu mempertahankan ranking atau melonjakkan ranking dari masa ke semasa samada ranking di peringkat daerah, negeri atau kebangsaan. Tanpa usaha dan komitmen ibubapa secara berterusan pemain-pemain tidak mungkin mampu bertahan lama. Sanggupkah pihak sekolah mengambil peranan? Ada cikgu-cikgu yang sanggup? Kalau ada cikgu yang sanggup pihak sekolah tidak sepatutnya membebankan cikgu berkenaan dengan sukan-sukan lain agar tumpuan tidak berbelah bahagi.

Hargailah ibubapa yang dapat membekalkan pemain kepada sekolah. Pihak sekolah hanya rekodkan penglibatan peringkat national dan international untuk menunjukkan pencapaian murid mereka di bidang kokurikulum. Bagi setiausaha PIBG mampu merekodkan penglibatan ibubapa dalam sarana ibubapa, bidang sukan dan kokurikulum.