Saturday, March 3, 2018

MSST 2018: Penyampaian Pingat dan Penutup

MSST 2018: Penyampaian Pingat dan Penutup.

 

24. 2. 2018.  Hari Ke-3.

Setelah dua malam berkampung di SSBN.

Keputusan Kontinjen Dungun:

  • Tg. Muhammad - Johan Kumpulan, namun tewas di perinkat suku akhir.
  • Ahmad Ainan - Johan Kumpulan dan menang di peringkat suku akhir
  • Ahmad Afnan - Johan Kumpulan dan menang di peringkat suku akhir
 
Pemain lain tewas di peringkat kumpulan.

  • Muhammad Muadz (L18) menduduki tempat ketiga .
  • Ahmad Afnan Naib Johan (L12)
  • Ahmad Ainan tempat ke-3 (L12) 



 Pertemuan separuh akhir antara Ahmad Ainan dan Addin Iqwan. Keputusan : Ainan tewas 0-3




 Kontinjen Dungun, MSST 2018




 Johan L18 dari Besut - Iqbal.



N. Johan L18 dari Kuala Nerus - Syahmi.


Tempat ke-3,  L18 dari Dungun - Muhammad Muadz.


 Johan  L15 - Syahidan (Idan) dari Kuala Nerus.




Naib Johan,  L15 dari Kuala Nerus - Asyraf Danial.


Tempat ke-3,  L15 dari Kemaman - Aiman Amsyar.

 Johan L12 - Addin Iqwan, Kuala Nerus.

Naib Johan L12 - Ahmad Afnan Bin Fauzi mewakili MSS Dungun.
 
 
 
Tempat ke-3 L12 - Ahmad Ainan Bin Fauzi mewakili MSS Dungun.



P 12 - Aisyah (Nama timangan) tempat ke-3, mewakili Kuala Nerus.



 Tahun  Terakhir Muadz mewakili MSS Dungun. 
Kemesraan dua peringkat usia dalam team Dungun

MSST 2018 : KEJOHANAN YANG KEMBALI CERIA

PEMILIHAN KE MSSM 2018 : TAHNIAH ATAS KEJAYAAN PENGANJURAN.


Walaupun pertandingan yang diadakan ini merupakan program pemilihan atlet Skuasy ke Kejohanan MSSM, tetapi saya lebih suka untuk terus menamakan pemilihan ini sebagai kejohanan.

Sekali setahun pertandingan yang dianjurkan oleh MSST ini mampu menjadikan para atlet skuasy negeri Terengganu menonjolkan diri dalam pertandingan yang dianggap besar di peringkat negeri. Setahun dua yang lalu mungkin kita segan untuk memanggilnya  sebagai kejohanan kerana bilangan atlet diperkecilkan jumlahnya, dimainkan secara kalah mati dan ditambah pula dengan pengurangan kategori. Suasana menjadi suram, kecewa dan membosankan para jurulatih, guru pengiring dan ibubapa kepada atlet2 terlibat.

2018, keceriaan yang hilang itu telah dikembalikan dengan penuh kemeriahan. Bangku penonton dipenuhi dan meriah hingga ke hari terakhir. Pada hari penutup penyampain pingat/medal telah menjadikan program pemilihan ini benar-benar meriah dan ceria. Mana mungkin penglibatan ini diperkecilkan dengan tidak menamakannya sebagai Kejohanan.
  • Tiada lagi sistem kalah mati.
  • Pertandingan diadakan secara liga dalam kumpulan dan ada juga kategori yang dijalankan secara round-robin.
  • Diadakan juga pertandingan di peringkat suku akhir, separuh akhir sebelum ke akhir, menjadikan jumlah perlawanan keseluruhannya lebih 170 perlawanan.
  • Semua kategori dipertandingkan, tiada lagi pemansuhan kategori.
  • Jumlah pemain juga tidak lagi dihadkan.
  • Kejohanan yang benar2 mampu menghasilkan pilihan terbaik.

Justru, wajar kita mengucapkan tahniah kepada semua pihak yang terlibat dalam penganjuran Kejohanan Skuasy MSST 2018 ini.

Terima kasih dan penghargaan kepada:
  • Tuan Pengetua Sekolah Sukan Bukit Nenas : Cikgu Mohd Arif
  •  Pegawai Penyelia Sukan JPNT : Tuan Hj. Alias Zakaria
  • Penganjur Kejohanan : PPD Setiu
  • Pengerusi Teknik Skuasy MSST : Tuan Hj. Zainuddin
  • Semua PT Skuasy Daerah. 
  • Cikgu2 pegawai Urusetia Kejohanan. 

Sebahagian dari mereka yang bergerak disebalik kecemerlangan penganjuran MSST 2018


 SEMOGA TAHUN HADAPAN TERUS CEMERLANG.