Wednesday, February 19, 2020

KEJOHANAN MSST 2020



Format dua tiga tahun sebelum ini masih diguna pakai iaitu mengumpul semua pemain2 daerah dan disaring dalam satu bentuk kejohanan individu  untuk memilih pemain ke MSSM. Kaedah yang dilihat berkesan untuk meringkaskan program dan menjimatkan belanja.



Kalau dulu lebih kepada pertandingan antara daerah yang pemenangnya dipilih mewakili negeri Terengganu ke MSSM.  Diumumkan juga daerah yang menjuarai kejohanan menjadikan PPD begitu berusaha untuk bersama dengan PT daerah masing-masing.
Namun sistem sekarang lebih kepada pemilihan individu yang berjaya mendapat tempat pertama, kedua dan ketiga bersama. Mereka akan dipilih mewakili negeri Terengganu tanpa memerlukan penyertaan peringkat daerah.








Pada tahun ini MSSM dijalankan di Kuantan. Lebih menggemparkan apabila diumumkan MSST hanya akan menghantar seorang pemain sahaja  bagi setiap kategori. Bermakna Terengganu menarik diri dari penyertaan acara berpasukan yang memerlukan 3 pemain setiap kategori atau 4 jika termasuk seorang simpanan. Mungkin menggunakan jawapan selamat dan tidak memalukan bila  pegawai berkenaan melaporkan kepada Tuan Pengarah JPNT dengan jawapan 'Tiada Pemain'. Selamatlah mereka....bagaimana dengan PT negeri dan PT-PT daerah? Jurulatih yang bertungkus lumus membina bakat dan melahirkan pemain dari kosong pengetahuan langsung  tidak dipedulikan?

Maka tertanya-tanyalah kita:

  • Adakah pegawai pendidikan yang bertanggung jawab dalam MSST menyampaikan maklumat yang jelas kepada Pengarah Pelajaran sehingga membawa keputusan menarik diri  acara berpasukan dan memperuntukkan seorang pemain sahaja menyertai kejohanan yang Kementerian Pelajaran sendiri anjur?
  • Bagi saya sangat aneh, kalau bos kita anjur tapi kita tak nak sertai atau kita nak sertai sekadar ambil hati sahaja. Kalau pihak lain yang anjur ada juga munasabahnya jika kita tarik diri kerana masalah kewangan..kan? 
  • Bagaimana akan jadi kalau semua JPN tidak mahu hantar? adakah Kementerian akan berbangga dengan tindakan 'bijak' Pengarah Pelajaran yang Negeri-negeri tidak menyertai? Apa jadi kalau semua JPN pilih pendekatan yang sama dengan Terengganu? 
  • Tidakkah pegawai berkenaan sedar bahawa dengan menyekat ruang dan peluang ini telah menafikan hak pelajar mengembangkan potensi diri? Itu kan matlamat pendidikan....
  • Kenapa JPN lain tak buat seperti Terengganu? Tentu sekali kerana mereka faham peranan mereka dalam menjayakan hasrat Kementerian dan tentu mereka tahu anjuran kementerian pelajaran adalah kesinambungan kepada corak sistem pendidikan. Mereka semestinya faham bahawa MSSM adalah program Kokurikulum sukan yang tertinggi  dirancang oleh Kementerian dan Penganugerahan Pencapaian tertinggi kepada pelajar, hasil dari pengembangan potensi diri yang berjaya dilaksanakan.
  • Adakah pegawai pelajaran di JPNT yang dilantik mengurus Kokurikulum sukan sudah gagal memahami fungsi tersebut atau hanyut dalam zon selesa tidak bekerja? Kerja sekadar dinilai ada kerja?









Kemeriahan terserlah bila parents turut memberi sokongan




Lebih aneh lagi bila ada dalam kalangan pegawai pelajaran yang dilantik mengurus urusan sukan MSST mempersoalkan potensi pelajar untuk dihantar menyertai kejohanan. Adakah mereka berpotensi untuk menang?

Soalan begini mengingatkan kita satu ketika dulu, terdapat sekolah yang mengurung pelajarnya yang tidak berpotensi untuk lulus peperiksaan UPSR agar tidak menduduki peperiksaan demi menjaga prestasi  pencapaian sekolah. Adakah guru-guru ini sudah ditempatkan di bahagian sukan pula? atau pegawai sukan sudah dijangkiti virus 'hasil tanpa baja'. 

Memberi soalan demikian telah  menggambarkan unit sukan di JPNT kini ketandusan idea untuk mencungkil potensi murid tetapi diwaktu yang sama amat berharap untuk menjadi penumpang potensi murid.

Lagi aneh jika difikirkan institusi pendidikan yang tidak mampu membina potensi tapi mencipta halangan dari mencari idea mengembangkan potensi.






Potensi yang telah dicungkil di peringkat daerah dan negeri nak dibiarkan begitu sahaja?


Janganlah suatu hari nanti pegawai-pegawai berfikiran begini dipilih untuk menduduki apa-apa jawatan penting dalam FAM. Ada potensi? Kempunanlah kita nak tengok aksi pemain Malaysia di peringkat antarabangsa...












Bertungkus lumus melahirkan pemain untuk dipersembahkan kepada pegawai2 di bilik aircond yang akan bertanya ' ada potensi atau tidak, untuk hantar menyertai MSSM?


Aku ingin sarankan kepada PT-PT agar tanya mereka kembali, Pernahkah 'tuan' rancang untuk bina potensi?




Saturday, February 1, 2020

KEJOHANAN MSS DUNGUN 2020


Tarikh : 28 - 29 Januari 2020
Tempat : UITM Dungun.


Kemeriahan dibicarakan oleh Photo

























Majlis Penutup Dan Penyampaian Hadiah


Perasmian Penutup oleh Penyelia Sukan PPD Dungun, En. Ab. Razak Jusoh







Pemenang L18


JOHAN - Mohd Irfan Aliziyad
(SM Vokasional)




NAIB JOHAN - Mohd Arif Azman
(SM TIZ)





Pemenang L15




JOHAN - Ahmad Afnan Fauzi
(SM IMTIAZ DUNGUN)




NAIB JOHAN - Ahmad Ainan Fauzi
(SM IMTIAZ DUNGUN)




KETIGA - Tengku Muhammad Tengku Halim
(SMTIZ)









PEMENANG L12 DAN P12





















KEPUTUSAN PENUH:
L12.

JOHAN - DANISH ZIKRY (SRIAD)
NAIB JOHAN - ISYRAF (SK BATU 48)
KETIGA - MUHAMMAD ATHEIF (SK SEBERANG)
KEEMPAT - YUSOF (SKSO)





KEPUTUSAN PENUH:
P12.

JOHAN - AIRISH AZUREEN (SK BATU 48)
NAIB JOHAN - TASNEEM (SRIAD)
KETIGA - MARYAM (SKSO)
KEEMPAT - ASIAH (SKB48)