Skuasy adalah sukan yang agak lewat diperkenalkan di daerah Dungun. Bermula dengan langkah Pegawai Sukan, En. Muhamad Bin Jusoh dan Penyelia Kanan Sukan PPD Dungun, En. Abd. Manan Ibrahim memilih saya dan dua rakan iaitu Pn. Tan Lee Kim dari Sek. Menengah Sultan Omar dan En. Hasni pensyarah Politeknik SMZA Dungun untuk menyertai Kursus/Latihan Kejurulatihan dan Pengadilan anjuran Majlis Sukan Negara dengan kerjasama Majlis Sukan Negeri dan Jabatan Pelajaran Terengganu.
Pn. Lee Kim memulakan latihan kepada enam orang pelajar perempuan tingkatan dua sekolahnya manakala saya dan En. Hasni melatih 11 murid sekolah rendah darjah dua dan tiga sebagai pasukan 'Projek Khas'. Setahun kemudian Pn. Lee Kim terpaksa berundur kerana kekangan waktu dan diikuti kemudiannya oleh pelajar-pelajarnya atas alasan pertembungan waktu dengan kelas tusyen. Setahun berikutnya, En. Hasni pula bertukar ke Melaka. Pada akhir tahun 2009 pemain skuasy MSS Dungun cuma tinggal 5 orang.
Namun pada tahun 2009, projek mula menampakkan hasil bila seorang pemain MSS Dungun terpilih mewakili negeri (MSS Terengganu) kategori P12. Ketika itu Terengganu menjadi tuan rumah MSSM, beberapa ketika sebelum runtuhnya stadium kebanggaan Terengganu.
Walaupun cuma 5 pemain sahaja yang tinggal pada tahun 2010 dan mewakili daerah Dungun ke MSS Terengganu, namun 3 orang telah berjaya menempatkan diri dalam skuad negeri (MSST).
Terima kasih kepada Pengarah Politeknik (PSMZA) Dungun atas kebenaran menggunakan gelanggang sebagai pusat latihan 2/3 kali seminggu dari tahun 2007 hingga 2009, terima kasih juga dipanjangkan kepada Pegawai Sukan (PSMZA) En. Ibarahim dan lain-lain pegawai yang banyak memberi kerjasama dalam usaha membangunkan skuasy daerah Dungun.
No comments:
Post a Comment