PERSEDIAAN UNTUK KEJOHANAN MSST 2012
Tahun 2012 kita akan mulakan latihan kita dengan perlawanan merebut kedudukan terbaik dalam ranking daerah Dungun. Jadual perlawanan akan dimaklum pada hari latihan dan akan dihubungi melalui sms. Empat pemain terbaik setiap kategori akan mewakili MSS Dungun.
Pemain yang tidak terlibat dengan perlawanan pada hari berkenaan, akan berlatih sendiri di gelanggang lain sebagai persediaan perlawanan berikutnya. Diharapkan agar ibubapa dapat memberi kerjasama kepada anak-anak masing-masing.
Tahun 2012, semua pemain sepatutnya mampu memberi saingan sengit dalam kejohanan MSS Terengganu nanti kerana tahun ini tiada lagi pemain baru.
No comments:
Post a Comment