Pakaian Wajib Dalam Kejohanan MSSM
Disarankan kepada para ibu bapa / penjaga agar menyediakanya kepada anak masing-masing sebagai langkah keselamatan. Meminjam bagi sesetengah pemain 'geli' terutama yang baru lepas main, dibasahi peluh. Satu lagi masalah bila ketika nama kita dipanggil untuk main, eyewear yang nak dipinjam sedang digunakan oleh rakan kita di gelanggang lain.
Berapa harganya?
Bergantung yang mana pilihan hati... Berjenama? atau tiada jenama?Gambar di atas, sebelah kiri Dunlop harganya dulu sekitar RM60 dan Kanan berwarna kuning tu Wilson, harganya sekitar RM80. Dicadangkan beli 'Prince' harga sekitar RM95. Berjenama dan mahal harganya berbaloi sebab ada tali belakang dan yang penting tidak berkabus ketika bermain.
Tidak berjenama?
Lihat gambar di bawah ni.... macam berjenama juga kan?Harga? RM 14 sahaja boleh dibeli di kedai Hard Ware tapi jangan pilih yang macam pemesen rumput pakai, pilihlah yang macam gambar di bawah ni atau yang orang-orang offshore pakai. Cuma masalah sikit mudah berkabus dan mesti selalu lap.
Keperluan Setiap Pemain Ke Gelanggang
Beg sandang mudah dibawa ke mana-mana untuk mengisi :
- Reket Peribadi- Minuman
- Tuala kecil
- Eyewear / bola dan sebagainya.
No comments:
Post a Comment