Sunday, October 15, 2017

KEJOHANAN SQUASH TERTUTUP TERENGGANU SEMPENA HARI SUKAN NEGARA

PENDEDAHAN UNTUK PARENTS ATAU PEMAIN?

Buat julung kali pemain cilik Dungun didedahkan  dengan perlawanan. Memulakan pengalaman pertama sebagai pemain squash mewakili daerah Dungun. Tentunya perjalanan yang jauh bermula dengan langkah pertama, pengalaman yang seterusnya bermula dengan pengalaman hari ini.

Bagi ibubapa pula hari ini menjadi pengukur untuk meneruskan sokongan kepada anak-anak atau mengambil keputusan sebaliknya. Meneruskan sokongan bererti memperuntukkan perbelanjaan yang lebih dari kebiasaan, masa rehat dan pengorbanan, tempat tinggal dan makan minum sebelum mereka mampu berdikari mengurus diri. Sebelum mampu mereka diserahkan kepada coach tanpa kehadiran kita. Hari ini menjadi medan pengalaman yang mungkin pengalaman pertama dan terakhir atau pengalaman yang belum pasti penghujungnya.


Di sini kami bermula. Terima kasih MSN, terima kasih coach Faisal dan Kak Ira serta semua urusetia terlibat.


Saya akan datang lagi untuk mencipta nama, sokong saya mama....sokong saya papa. Inilah dunia sukan saya Insyaa Allah.



Image may contain: 4 people, people smiling, people standing

Pemain-pemain Dungun  14. 10. 2017























1 comment: