Saturday, December 9, 2017

Selamat Tinggal Redtone 2017

HARI INI BERAKHIR SUDAH CABARAN TERENGGANU

Tiada esok lagi untuk kami pemain Terengganu kerana esok ditetapkan untuk lapan terbaik di semua kategori. Tiada yang layak buat kami....Cabaran kami berakhir hari ini.

Ainan mampu setakat ranking 24, setelah tewas pada pagi tadi kepada Chen Yu Bo dari Negeri Sembilan (1-2) dan Satchin Selvayanagam (0-2)




 Ainan tewas dua kali berturut, pagi dan petang meletakkannya ditempat ke-24





Meraikan pendatang baru dalam senarai JAGUH skuasy bawah 9 tahun dari Pahang, Darwish... akan ke perlawanan akhir esok. Semoga berjaya. Tahniah! Darwish.

No comments:

Post a Comment