BUKAN SEMUA KEJOHANAN RASMI DIIKTIRAF
RASMI :
·
Kejohanan yang
diwartakan yang dianjur oleh Majlis-majlis Sukan yang bernaung di bawah KPM
contohnya Majlis Sukan Sekolah-sekolah.
·
Kejohanan-kejohanan yang
diwartakan yang dianjur oleh MSN dan badan-badan yang bernaung bawah SRAM
DIIKTIRAF:
· Kejohanan yang
diwartakan yang dianjur oleh Majlis Sukan yang bernaung di bawah KPM dan
mendapat status penganjuran bersama SRAM atau Kementerian Belia dan Sukan.
·
Kejohanan-kejohanan yang
diwartakan yang dianjur oleh MSN dan badan-badan yang bernaung bawah SRAM dan
mematuhi format antarabangsa serta mendapat kelulusan SRAM.
Siapa yang mengiktirafkannya?
1.
Kalau di sekolah, memadai
diiktiraf oleh PPD atau JPNT kerana melibatkan rekod kehadiran pelajar. Surat
pelepasan dan arahan PPD atau JPNT menjadikan penyertaan dalam kejohanan
tersebut RASMI dan disebut diiktiraf oleh PPD dan JPNT untuk direkodkan di
peringkat Sekolah.
2.
Adakah pencapaian dalam kejohanan
tersebut diiktiraf untuk kita menyertai kejohanan yang lebih besar atau
sekurang-kurangnya melonjakkan ranking sebagai pemain antara yang terbaik
negeri atau Malaysia?
- Jawapannya : TIDAK. Sesuatu kejohanan akan
menjadi rasmi dan diiktiraf untuk direkodkan di peringkat kebangsaan mestilah
melalui syarat yang ditetapkan oleh badan induk skuasy iaitu SRAM.
- ·
Pengiktirafan SRAM bukan setakat diperakukan
di Malaysia bahkan di peringkat Antarabangsa kerana SRAM bernaung di bawah
Persatuan Skuasy Antarabangsa WSA dan PSA.
3. Persatuan Skuasy Malaysia, SRAM (Squash Racquets Association of
Malaysia) adalah badan induk kepada persatuan-persatuan skuasy dan semua
aktiviti kejohanan di Malaysia. SRAM mengawalselia kejohanan yang bagi
memastikan kualiti pemain untuk diketengahkan di peringkat antarabangsa. Banyak
kejohanan dianjur sendiri oleh SRAM dengan kerjasama Kementerian Pelajaran,
Badan Berkanun dan Swasta dalam usaha melahirkan pemain Negara secara
berterusan.
Di Malaysia, SRAM adalah antara tiga badan sukan yang mencapai STANDARD pengurusan 5 bintang yang diumumkan pada tahun 2017 bersama FAM dan BAM.
Kesimpulannya:
- Kejohanan peringkat MSS
Daerah hanya untuk mengisi pemilihan wakil daerah ke MSST. Kejohanan itu rasmi
tapi tidak diiktiraf pencapaiannya kecuali rekod sekolah sahaja.
- MSST – Kejohanan rasmi tapi
tidak diiktiraf oleh SRAM kerana tidak mencapai syarat dan standard yang
ditetapkan.
- MSSM – Kejohanan rasmi dan
mendapat pengiktirafan SRAM kerana standardnya dipantau selia oleh SRAM dan
Bahagian Sukan Kementerian Pelajaran, namun pencapaian pemain tetap tidak
diambil kira dalam pencapaian ranking Malaysia.
SRAM adalah badan induk yang diberi tanggungjawab sepenuhnya untuk mengurus
segala yang berkaitan dengan sukan SKUASY Negara. Pengiktirafannya adalah
pengiktirafan tertinggi dan diperakui di peringkat antarabangsa.
Semua
sukan di Negara kita mempunyai badan induk masing-masing yang bernaung di bawah
Kementerian Belia dan Sukan. Contohnya FAM bagi Bola Sepak, BAM bagi Badminton,
KOAM bagi Olahraga dan sebagainya.
CONTOH KEJOHANAN RASMI TAPI TIDAK DIIKTIRAF
Kejohanan dirancang untuk melahirkan bintang di peringkat negeri Terengganu.
Kejohanan rasmi, diiktiraf oleh MSN sahaja untuk pemilihan
mewakili negeri ke kejohanan yang bertaraf national dan international sepertimana
MSST adakan kejohanan untuk pemilihan ke MSSM. Bezanya, MSN mengadakan
kejohanan mengikut kategori usia sebagaimana yang dijalankan peringkat antarabangsa iaitu:
- Bawah 9 Tahun
- Bawah 11 Tahun
- Bawah 13 Tahun
- Bawah 15 Tahun
- Bawah 17 Tahun dan seterusnya…manakala MSST sebagaimana
format MSSM:
- Bawah 12 Tahun
- Bawah 15 Tahun dan Bawah 18 Tahun.
CONTOH KEJOHANAN YANG DIIKTIRAF DI MALAYSIA DAN ANTARABANGSA
Kejohanan yang mempengaruhi ranking pemain junior Malaysia atau ranking Antarabangsa
KL open : kejohanan rasmi
peringkat international diiktiraf antarabangsa.
Pertemuan Afnan dari
Malaysia/Terengganu dengan pemain Japan.