Friday, February 2, 2018

CIKGU PERLU FAHAM ....



Maaf disebut....sebab.....

Ramai Pentadbir Sekolah Tidak Memahami antara Kejohanan Rasmi dan Kejohanan Tidak Rasmi.




Sungguh aneh kalau Guru Besar atau Penolong-penolong Kanan di sesetengah sekolah di negeri Terengganu ini khususnya di Dungun tidak dapat membezakan antara kejohanan rasmi dan tidak rasmi, kejohanan yang diiktiraf dan tidak iktiraf, kejohanan kecil, besar dan bertaraf bintang. Malah ada yang kejohanan ditaja bersama antara SRAM (Squash Racquet Association of Malaysia), MSN dan Kementerian Pelajaran dianggap persendirian dan lebih kecil statusnya daripada kejohanan yang dianjur oleh Majlis Sukan Sekolah-sekolah negeri Terengganu. Penglibatan murid dalam kejohanan yang bertaraf antarabangsa sekalipun masih tidak dianggap kejohanan besar yang dapat memberi pengaruh kepada sekolah.

Justru, hak dan kebajikan murid berkenaan terabai. Tiada markah untuk pemain skuasy yang mewakili negeri, tiada markah penyertaan peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Hanya sekadar 5 markah bonus. Lebih aneh lagi bila pencapaian murid-murid berkenaan diambil kira pula untuk menunjukkan pencapaian prestasi sekolah dan diwar-warkan dalam majlis-majlis ucapan oleh pengurusan sekolah kepada  tetamu jemputan.











Surat di atas adalah contoh surat daripada KPM yang memberi kerjasama sepenuhnya dalam setiap kejohanan bertaraf bintang. Murid-murid pemain yang terpilih oleh Majlis Sukan Negeri masing-masing akan mendapat pelepasan khas dari Bahagian Sukan, Kementerian Pelajaran Malaysia. Kejohanan peringkat national biasanya pemain-pemain Terengganu mendapat tajaan Majlis Sukan Negeri Terengganu. Guru-guru tidak perlu terlibat sebagai pengiring kerana semua urusan dikendalikan oleh MSN kecuali guru-guru yang dipilih oleh Jabatan sebagai tanda sokongan dan kerjasama.

 ("National" tu bahasa skuasy, kalau bahasa olahraga mereka kata 'kebangsaan'. Hihihi.... )


Bukti tidak faham dan keliru:

Surat di bawah dikatakan atau difahami oleh sesetengah guru yang berautoriti jugalah di peringkat sekolah kononnya lebih bernilai daripada surat di atas. Entah di mana nilainya yang membezakan kedua-dua surat di atas dan di bawah tidak seorang pun guru atau pentadbir yang berkata demikian dapat menjelaskan samada berdasarkan prosedur atau hiraki pentadbiran. Masing-masing bila ditanya jawapan berbeza - beza menzahirkan rekaan dan kecelaruan pengetahuan.
Kalau berdasarkan prosedur atau hiraki pentadbiran tentulah surat di atas lebih berautoriti, kan?





SUKAN BERPRESTASI TINGGI




Sesetengah guru pula celaru dan tidak faham dalam menilai dan meletakkan status sukan prestasi tinggi, sukan elit dan sukan umum kokurikulum sekolah. Malah ada yang tidak dapat membezakan antara sukan individu dan sukan berpasukan dalam membandingkan corak pemilihan dan penyertaan dalam setiap kejohanan. Mereka berpendapat dan  memperkatakan laluan pemilihan skuasy di peringkat daerah terlalu mudah dengan membandingkan sukan-sukan berpasukan dan sukan-sukan yang dimainkan oleh ramai murid.

Wahai tuan, hampir semua murid perempuan mampu bermain bola jaring begitu juga bola sepak bagi murid lelaki. Murid juga mudah diajar untuk main bola tampar, hoki dan seumpamanya kerana infrastruktur yang sedia ada di sekolah sekalipun tiada guru yang menjadi jurulatih. Tentulah pemilihan perlu diadakan di peringkat sekolah dan daerah bagi memastikan hak murid untuk mewakili peringkat-peringkat tertentu tidak terabai dan dinafikan.

Mereka perlu dipilih hinggakan sesetengah mereka dipilih walaupun tanpa skill yang baik kerana nak cukupkan bilangan pemain bagi sekolah yang bilangan muridnya kecil. Mungkin mereka dipilih berdasarkan saiz fizikal. Senangnya proses pemilihan, kan?

Skuasy amat berbeza, tidak semua daerah ada gelanggang. Dungun atas ihsan UITM dapatlah tumpang-tumpang main, itu pun dengan bilangan yang amat terhad. Kemaman di Mesra Mall dengan bayaran RM12/jam/gelanggang dan di Kelab Rantau Petronas hanya untuk anak-anak ahli sahaja. Kuala Terengganu di Komleks Sukan Kuala Ibai dengan bayaran RM10.60/jam/gelanggang (termasuk gst). Kuala Nerus atas ihsan UMT, Besut di Pusat Rakan Sukan dan Setiu di Sekolah Sukan Bukit Nenas. Marang dan Kuala Berang tiada Gelanggang.

Bayangkan kalau murid-murid yang berjauhan daripada pusat-pusat latihan tersebut sudah tentu tidak mampu mengenali sukan skuasy apa lagi untuk menjalani latihan. Kedai sukan yang membekal peralatan skuasy yang lengkap juga tiada. Kalau ada pun yang menyediakan cuma peralatan yang asas dan yang berkualiti rendah sahaja.

Justru, ibubapa yang ingin melibatkan anak mereka dalam sukan skuasy perlu mengambil inisiatif sendiri untuk mencari coach dan menghantar latihan setiap hari dan waktu yang ditetapkan. Di Terengganu kebanyakan coach tidak mengambil bayaran kecuali di Kemaman yang mengguna khidmat coach profesional dari Pakistan. Di luar negeri Terengganu bayaran coaching skuasy seumpama kelas-kelas tution malah ada yang lebih mahal.

Pemain-pemain skuasy yang dilatih akan melalui proses pemilihan awal untuk mewakili daerah dan menentukan ranking daerah mengikut kategori masing-masing. Peranan ini dilaksanakan oleh Pengerusi Teknik Daerah yang dilantik oleh PPD. Peranan PT Skuasy juga berbeza dengan PT sukan-sukan lain yang sudah dikenali dan sudah lama wujud. PT Skuasy dilantik oleh PPD untuk mencari, memilih bakat, memperkenalkan mereka dengan sukan skuasy dan seterusnya menubuhkan pasukan Skuasy Daerah Dungun. Tanpa PT wujudkah pasukan skuasy daerah Dungun? Mampukah mana-mana sekolah mengadakan pasukan skuasy sendiri? Bagaimana cara untuk kita melaksanakan tanggungjawab menggerakkan dasar dan matlamat sukan negara? Mahukah kita berada di belakang daerah dan negeri lain dalam menghasilkan produk?

Tuan-tuan tidak perlu turun padang, serahkan tanggungjawab ini kepada PT yang dilantik bersama jawatankuasanya, mencari, memilih dan melatih para pemain. Tapi tuan-tuan perlu memberi sokongan dan sumbangan kerjasama yang sewajarnya. Wujudkan suasana yang adil kepada para pemain yang tuan-tuan akan perolehi hasil tanpa susah payah. 

Tanpa tuan-tuan ketahui pemain-pemain akan diuruskan oleh PT perlawanan sesama mereka untuk menentukan ranking dan akan mewakili daerah. Di peringkat negeri pula mereka akan menyertai   kejohanan anjuaran MSST dan jika mendapat tempat mereka akan mewakili negeri ke MSSM.
Penyertaan dalam kejohanan  yang bertaraf *(bintang) samada peringkat national atau international (Kebangsaan atau Antarabangsa) senarai nama mengikut ranking daerah untuk menyertai pemilihan yang dikendalikan oleh jurulatih khas MSN di pusat latihan yang juga ditetap oleh MSN. Pemain terpilih akan dipanggil menjalani latihan pusat hujung minggu. Mereka yang terpilih ini akan ditanggung sepenuhnya ketika penyertaan tersebut. Sesetengah kejohanan yang tidak menghadkan bilangan penyertaan setiap negeri, pemain yang tidak terpilih boleh mendaftar dengan bayaran sendiri tetapi mesti melalui MSN kerana mereka perlu mencapai tahap minima yang ditetapkan. Daftar sendiri secara terus ke Persatuan Skuasy Malaysia tanpa melalui Persatuan skuasy negeri atau MSN tidak akan diterima.



Nah! siapa kata laluan mereka MUDAH. Ibubapa mesti benar-benar komited untuk melihat pencapaian anak-anak atau sekurang-kurangnya memberi peluang dan ruang kepada mereka bersaing di peringkat yang tidak mampu disediakan oleh pihak sekolah. Bukan setakat masa dan tenaga tetapi juga wang ringgit. Begitulah juga pemain bowling, golf, dan sukan-sukan lain yang asing bagi murid-murid. Sungguh malang jika ketika negara berbangga dengan kewujudan mereka tetapi kehadiran mereka di sekolah dipandang sepi dari sokongan.

Pemain-pemain yang terpilih ini mesti menjalani latihan yang berterusan di bawah kendalian coach agar mampu mempertahankan ranking atau melonjakkan ranking dari masa ke semasa samada ranking di peringkat daerah, negeri atau kebangsaan. Tanpa usaha dan komitmen ibubapa secara berterusan pemain-pemain tidak mungkin mampu bertahan lama. Sanggupkah pihak sekolah mengambil peranan? Ada cikgu-cikgu yang sanggup? Kalau ada cikgu yang sanggup pihak sekolah tidak sepatutnya membebankan cikgu berkenaan dengan sukan-sukan lain agar tumpuan tidak berbelah bahagi.



Sewajarnya pihak sekolah berbangga dan menghargai ibubapa yang dapat membekalkan pemain kepada mereka. Pihak sekolah hanya rekodkan penglibatan peringkat national dan international untuk menunjukkan pencapaian murid mereka di bidang kokurikulum. 

Bagi setiausaha PIBG mampu merekodkan penglibatan ibubapa dalam sarana ibubapa, bidang sukan dan kokurikulum.

Semoga penjelasan ini mampu menyuraikan kekusutan kepada sesetengah guru, mungkin juga mampu menggerakkan guru-guru menyelaraskan aktiviti seiring dengan Visi dan Misi Sukan Negara dan Kementerian Pelajaran.
 



SEKOLAH-SEKOLAH YANG MEMPUNYAI PEMAIN SKUASY DAERAH DUNGUN

( PERNAH  DAN  SEMASA)

  • SMK Tg. Intan Zaharah
  • SM Sains Dungun
  • SMK Sura
  • SM Vokasional Dungun
  • SMK Seri Dungun
  • SMK Balai Besar
  • SM Imtiaz Dungun

  • SK Pulau Serai
  • SK Sultan Omar
  • SK Sura
  • SK Batu 48
  • SK Batu 7
  • SK Balai Besar



......bersambung ( KENALI BHG SUKAN KPM)


No comments:

Post a Comment