Sunday, November 18, 2018

KEJOHANAN PEMBANGUNAN SKUASY KEBANGSAAN 2018


KEJOHANAN PEMBANGUNAN SKUASY KEBANGSAAN 2018

( SUKAN PRESTASI TINGGI SEKOLAH )

Tarikh :               7 - 11 November 2018.

Tempat :              National Squash Centre, Jalan Duta Kuala Lumpur.

Anjuran :             Bahagian Sukan Kementerian Pelajaran, CIMB dan SRAM


Kejohanan yang baharu diperkenalkan pada tahun lalu (2017)
Terengganu menghantar 12 pemain untuk menyertai kejohanan ini yang dikendali sepenuhnya oleh Pengerusi Teknik Skuasy Dungun, Cikgu Arzul dan dibantu oleh isterinya Pengurus Skuasy MSS Dungun. Cikgu Ismahira.

Tahniah ! untuk Cikgu berdua yang mendapat kepercayaan MSS Terengganu dan atas kesanggupan  untuk memikul tanggungjawab berat ini. 


 8 buah negeri terlibat dalam kejohanan ini, iaitu negeri-negeri yang memiliki pusat latihan kelolaan Jabatan Pelajaran masing-masing.  Pusat latihan di Terengganu terletak di sekolah sukan Bukit Nenas, Setiu. Kerjasama erat antara MSN, Sekolah Sukan Bukit Nenas dan Jabatan Pelajaran berjaya menggerakkan latihan berjadual dan pencungkilan bakat-bakat baharu yang menjadi teras kepada kejohanan ini.

Pemain-pemain baharu yang belum terlibat dalam kejohanan bertaraf kebangsaan sahaja yang dibenarkan untuk menyertainya. Syarat ini, yang menjadikan pemain-pemain baharu berpeluang untuk merasai penglibatan dalam kejohanan besar dan menimba pengalaman yang tiada dalam program sukan-sukan lain.



Tahniah ! kepada pemain-pemain yang terpilih. 






Pemain kembar dari Dungun juga terpilih menyertai kejohanan ini, hasil kesungguhan menyertai latihan di pusat latihan hujung minggu dan waktu-waktu cuti persekolahan.


  • Afeef Amsyar
  • Aqeef Amza

Kalaulah kategori 10 tahun turut diadakan, tentu ketiga-tiga beradik ni terpilih.




Cikgu Zul bukan sahaja team manager tapi juga terpaksa jadi Medic-Officer




Kenangan di rakam.





Tahniah ! Afeef dan Aqeef yang menghadiahkan kami kemenangan anda. 
BU12 Terengganu, tempat ke-3.



Terima Kasih coach Faisal dari MSN yang bertindak di belakang tabir kecemerlangan pemain dalam kejohanan ini








































No comments:

Post a Comment