Jika Surat Panggilan Bertugas dari Kementerian atau JPN disepikan oleh Pengurusan Sekolah.....
Aneh bila pengurusan sekolah tidak dapat memahami bahawa mematuhi arahan majikan adalah sebahagian dari tugas dan tanggungjawab mereka.
Menghalang guru keluar sekolah melaksanakan arahan yg diterima dengan apa cara sekalipun memperlihatkan keangkuhan dan cubaan menjadi saingan kepada majikan yang sama. Guru dan pengurusan sekolah bertugas di bawah kendalian majikan yang sama.
Tidak kira apa jawatan kita, kita sama2 diamanahkan mengurus tanggungjawab yang diberikan dan berperanan untuk memastikan setiap amanah tersebut dapat dijayakan dengan sempurna.
Mempersoalkan arahan majikan, samalah mencadangkan kepada majikan agar mempersoalkan kelayakan anda dilantik dan memikul tanggungjawab sebagai pengurusan sekolah.
Sekadar catatan kenangan.....
No comments:
Post a Comment