Wednesday, August 7, 2019

OGOS 2019 RASMI BERSARA DARI KEJURULATIHAN SQUASH

Terima kasih coach Faisal.

Kesudian coach Faisal membantu pemain2 Dungun menjalani latihan tersusun melalui program akademi KGRP telah memberi ruang persaraan yang sekian lama dinanti.
Terima kasih juga kepada En.  Syaqil yang berperanan menghidupkan kembali Akademi Skuasy KGRP.

Dengan rasminya pasukan Skuasy Dungun yang terdiri dari team A , B dan C 2019 diserahkan kepada Pengurusan Akademi Skuasy KGRP pimpinan En. Syaqil dan dikendalikan oleh Coach Faisal.














Di hari2 terakhir sebagai jurulatih....


Siapakah Majikan?


Jika Surat Panggilan Bertugas dari Kementerian atau JPN disepikan oleh Pengurusan Sekolah.....


Aneh bila pengurusan sekolah tidak dapat memahami bahawa mematuhi arahan majikan adalah sebahagian dari tugas dan tanggungjawab mereka.
 
Menghalang guru keluar sekolah melaksanakan arahan yg diterima dengan apa cara sekalipun memperlihatkan keangkuhan dan cubaan menjadi saingan kepada majikan yang sama. Guru dan pengurusan sekolah bertugas di bawah kendalian majikan yang sama.
 
Tidak kira apa jawatan kita,  kita sama2 diamanahkan  mengurus tanggungjawab yang diberikan dan berperanan untuk memastikan setiap amanah tersebut dapat dijayakan dengan sempurna.
 
Mempersoalkan arahan majikan,  samalah mencadangkan kepada majikan agar mempersoalkan kelayakan anda dilantik dan memikul tanggungjawab sebagai pengurusan sekolah.
 
Sekadar catatan kenangan..... 


CONTOH SURAT TIDAK DAPAT DISERTAKAN ATAS FAKTOR MENJAGA KEPENTINGAN