Perlawanan Semakin Rancak
Monday, December 12, 2016
Wednesday, December 7, 2016
REDTONE : KL JUNIOR OPEN (Hari Kedua)
( )
Tuesday, December 6, 2016
REDTONE
10th KL Junior Open Squash Championship ( Hari Kedua )
Ahmad Ainan akan bertemu pemain ranking pertama Malaysia BU11 Varoon Heng.
Apabila pemain ranking 38 bertemu ranking pertama, tentunya keputusan dapat diduga. Apapun lawan tetap lawan. Go Ainan Go!!!
Perlawanan seterusnya hari ini antara Tg. Muhammad dan Shahriman Mansur, manakala Ahmad Afnan akan bertemu Selvanikam. Selamat berjuang.
REDTONE
Tuesday, November 22, 2016
KEJOHANAN SKUASY TERTUTUP TERENGGANU SIRI DUA 2016
Minggu lepas berpeluang bertemu coach Faisal, semasa sembang-sembang dapat sedikit maklumat bahawa Kejohanan siri dua akan diadakan bulan Disember ini selepas kejohanan Redtone pada 6 - 11 Disember 2016.
Jom... kita mulakan persediaan kita.
Tuesday, October 18, 2016
Layak ke Grand Final CIMB
Alhamdulillah... penampilan pertama dalam circuit ini telah membuahkan hasil, bila kedua-dua pemain kembar ini berjaya melayakkan diri ke Grand Final.
Semoga mendorong semangat untuk terus berlatih.
Friday, October 14, 2016
LATIHAN SETIAP SABTU
Setiap sabtu 9.00 pg hingga 12.30 tgh, MSN menyediakan pusat latihan khas, dikendalikan oleh 2 orang jurulatih sepenuh masa. Mereka adalah coach Faisal dan coach Syukri.
Program latihan ini benar-benar membantu 3 pemain bawah 9 tahun Dungun yang memberi sepenuh komitmen menghadiri latihan ini. Sememangnya pemain-pemain Dungun memerlukan tempat latihan dan sparing partner yang berbagai peringkat.
Semoga bintang-bintang dapat bersinar di Dungun.
Thursday, October 13, 2016
Langkahan Tg Muhammad
Hari ini peluang itu menjelma untuk Tg Muhammad apabila coach MSN En. Faisal, menawarkan peluang untuknya menyertai kejohanan Redtone pada bulan Disember nanti.
Semoga pelawaan ini menjadi kenyataan dan peluang keemasan untuk Tg Muhammad menguji bakat bermain dalam kategori yang sesuai.
Go Muhammad go...
Sunday, October 2, 2016
Kejohanan Skuasy Tertutup Terengganu 2016 ( siri 1 )
PENCAPAIAN TERBAIK DUNGUN TAHUN INI. NAIB JOHAN.
Kerancakan pemain-pemain baharu daripada daerah lain menyertai kejohanan ini memperlihatkan kepupusan hanya berlaku di Dungun sahaja. Memperlihatkan juga usaha-usaha berterusan yang dijalankan oleh MSN mendatangkan hasil untuk negeri Terengganu.
Jelasnya, alasan penjimatan ini berjaya mencantas pemain-pemain di Dungun. Cuma tinggal 3 orang sahaja lagi pemain di Dungun yang turut menyertai kejohanan ini.
Sunday, August 21, 2016
PENANG JUNIOR OPEN 2016, BOYS UNDER 11th
Buat kali pertama penyertaan peringkat antarabangsa. Sekadar mencari pengalaman, membina keyakinan diri.
Penyertaan ketiga-tiga pemain Dungun ini hasil penilaian coach Faisal dari MSN Terengganu.
Kerjasama rapat Squash Dungun dengan MSN membolehkan bakat murid2 dalam bidang skuasy khusunya di daerah Dungun dapat dikembangkan dan tidak terabai malah mampu bersaing di peringkat yang lebih tinggi.
Terima kasih coach Faisal dan MSN.
Thursday, March 31, 2016
Terima Kasih MSN, terima kasih coach Faisal
Alhamdulillah, walaupun telah diabaikan oleh MSST 2016. Namun, MSN masih ingin terus menjaga aset yang masih ada dan menggilap bakat yang sedang berkembang disamping terus berusaha menampilkan bakat baharu. Selepas itu bolehlah MSST pula mendabik dada. Kesian coach MSN Terengganu yang mula kelihatan bersendirian dalam usaha membina pemain akar umbi. Mudah-mudahan keadaan ini tidak berlarutan, tahun hadapan mungkin kembali pulih. Itu pun kalau ada pegawai yang berinisiatif muncul.
Saturday, February 20, 2016
MANGSA SISTEM PEMILIHAN PASUKAN SKUASY MSST 2016
Bila pegawai yang dipertanggungjawabkan oleh MSST untuk melaksanakan program pemilihan dengan menjimatkan kos.
Langkah yang diambil:
1. Sejak tahun lepas, kejohanan skuasy MSST yang diadakan setiap tahun ditukar nama kepada pemilihan dan dilaksanakan secara kalah mati.
2. Tahun lepas masih mengekalkan semua kategori dengan 4 orang setiap kategori tetapi yang akan dibawa kekejohanan MSSM 3 orang pemain setiap kategori. Tiada pemain ke-4 atau pemain simpanan.
3. Tahun 2016, 'dimurnikan' lagi:
a. Ada kategori 2 orang, ada 3 dan ada 4. Apa ni? Formula apa? Standardnya kalau dua, dua belaka, kalau putus 3, biar semua 3, barulah tidak nampak double standard dan nampak ada formula atau sistem.
b. Mansuh kategori P12 dan P18. Bijakkah penyelesaian tu?
Keputusan pegawai sukan? Inilah dinamakan lawak yang tidak lucu.
Lawak atau tidak, MSS Dungun dengan rasa yang amat kecewa dan sedih terpaksa membiarkan pemain-pemainnya ditimbus oleh mereka yang tidak suka membincang kepentingan lain. Persemadian dikuburan yang tidak bernisan.
Inilah mangsa Anda di Dungun:
Farhah Jazlina:
Mula mewakili Terengganu
pada tahun 2009 ketika darjah 4.
Tempat ke 3 Terengganu 2010 dan Johan Terengganu bawah 12 tahun 2011.
Naib Johan MSS Johor tahun 2012 dan 2013 bawah 15 ketika berada di SBP Tun Fatimah.
Tingkatan 3 kembali semula ke Terengganu dan Johan bawah 15.
2015 tempat ke 3 Terengganu bawah 18. 2016 tingkatan 5, dinafikan penglibatan beliau dalam skuasy MSST apabila keputusan memansuhkan kategori P18 dalam pemilihan 2016. Apakah sijil peringkat daerah sahaja untuk mengiringi sijil SPM nanti? Itulah takdirnya.
2. Shahirah Nafisah:
Mewakili daerah Dungun ke MSST sejak tahun 2011, di tahun Enam hingga 2015. Sekarang di tingkatan 5, tiada lagi penyertaan kerana d batalkan kategori P18
3. Farzana, murid tahun 5.
Mula mewakili daerah dungun pada tahun 2014. Tahun 2016 P12 dimansuhkan, kononnya langkah penjimatan.
4. Ahmad Afnan, murid tahun 3.
Mula menyertai pasukan skuasy Dungun pada tahun lalu 2015. Tidak dapat menyertai kerana tahun ini, atas nama langkah penjimatan hanya 2 orang sahaja dibenarkan menyertai pemilihan peringkat negeri. Maka terbantutlah proses pendedahan dan mematangkan pemain baru.
5. Ahmad Ainan, seperti juga kembarnya ahmad afnan mereka adalah mangsa kepada langkah penjimatan. Bayangkan baru darjah 3 sudah menguasai kemahiran untuk bersaing di gelanggang. Masa yang panjang untuknya mengasah bakat melalui kejohanan di peringkat negeri, namun dinafikan penyertaan atas sebab kedangkalan berfikir mencari penyelesaian penjimatan telah membuat keputusan menghadkan penyertaan kepada dua orang sahaja bagi kategori L12. Maka terpaksalah dicicirkan dua orang daripada 4 orang.
Tiga atau empat tahun akan datang tidak perlu lagi nak berfikir pasal penjimatan, kerana sudah tiada pemain baru lagi untuk dipilih. Kembali seperti asal kemaman dan kuala terengganu sahaja yang membekal pemain, mungkin besut masih boleh bertahan. Dungun sudah menghenti pengambilan pemain baru kerana tidak sanggup melihat mereka kena 'sembelih'. Tidak sampai hati melihat kekecewaan yang bakal ditanggung. Berlatih tapi tidak dapat menyertai kejohanan.
Tahun depan jika dikekalkan formula 'hebat' ini untuk langkah berjimat, maka kekallah pemain2 yang tidak terpilih di peringkat daerah tahun ini untuk terus menunggu. Kalau sabar. Tunggu masuk kategori lain. Kalau sekarang darjah 3, tunggulah empat tahun lagi. Itu pun kalau 4 tahun lagi perancang formula yang bijak ini tidak merancang untuk jadi bertambah bijak.
Monday, February 15, 2016
Persediaan Ke Pemilihan MSST 2016
Latihan Cuma 2 Hari Sahaja Lagi.
Walaupun dalam keadaan suram latihan berjalan seperti biasa.
Tiada sebarang harapan dalam penyertaan kali ini, sekadar menimba pengalaman dan membina keyakinan diri. Kita tidak mahu membiarkan kemahiran yang sudah disiram dan dibaja dengan kemampuan minima dibenam dan ditimbus oleh langkah penjimatan pegawai yang mempunyai tahap penyelesaian 'mudah'.
Bayangkanlah kebanyakan permainan lain semua 8 daerah menghantar pemain samada atas nama pemilihan atau kejohanan peringkat MSST, namun dalam permainan skuasy hanya BESUT, KEMAMAN, K. NERUS/K. TERENGGANU dan DUNGUN sahaja. Penyertaan pula sepatutnya jika penuh 24 orang setiap daerah ( 4 orang setiap kategori ), namun kesukaran untuk membina pemain menjadikan jumlah itu tidak mampu dipenuhi oleh semua daerah. Bagi daerah kita Dungun, pemain kita sudah tinggal 13 orang sahaja, sebelum dikuburkan minggu lepas. Selepas sempurna dikebumikan kononnya nak yang berpotensi sahaja tinggallah 7 orang sahaja pemain Dungun. Tahun depan? Orang yang dah dikuburkan tanpa talqin itu mungkinkah akan bangun lagi? Lebih berpotensi? Kalau kepayahan itu pun tidak mampu untuk mendapat layanan yang munasabah, bagaimana mungkin untuk mengharapkan perubahan mentaliti 'win win situation.'
Malangnya jika dalam kalangan guru ada yang tidak faham objektif kenapa diwajibkan peringkat sekolah mengadakan merentas desa, olahraga dan 1M1S. Faham tapi tidak tahu merealisasikan amat mengecewakan jika 'dia' yang tidak tahu itu dipertanggungjawabkan dalam bidang sukan.
Wednesday, February 3, 2016
2016 TAHUN DUKACITA
TINDAKAN MSST AMAT MENGECEWAKAN.
Keputusan MSST menyekat bilangan penyertaan daerah dalam setiap kategori dan menghapuskan kategori P12 dan P18 mengecewakan pemain terlibat dan ibu bapa mereka yang menyediakan segala keperluan anak-anak dengan harapan menyertai kejohanan di peringkat MSST.
Walaupun mereka bukan pemain terbaik di peringkat negeri tetapi mereka adalah empat orang yang terbaik dalam daerah mereka mengikut kategori masing-masing. Tidakkah mereka ini wajar mendapat pengiktirafan yang membuktikan penglibatan mereka dalam sukan yang menonjolkan negara kita di mata dunia? Tidakkah para pegawai sukan MSST sedar bahawa amat sukar untuk mendapatkan atlet di peringkat sekolah, daerah dan negeri Terengganu dalam permainan skuasy? Wajarkah pemain-pemain yang dibina di peringkat daerah dibunuh dengan alasan 'potensi' sedangkan tiada sebarang usaha untuk membina potensi dan tiada sebarang usaha membina gantian. Wahai pegawai besar yang 'tidak buat apa-apa' tapi mudah buat keputusan hargailah usaha-usaha pegawai 'kecik' peringkat daerah, berfikirlah sebagai guru yang sentiasa berfikir mencari ruang dan peluang kepada para pelajar membina potensi diri. Tiada istilah untung 'segera' dalam pendidikan.
Kalau yang terbaik peringkat negeri, kita dah sembelihkan dengan penghapusan kategori mereka, bolehkah kita gantikan yang baru? Berapa lama? Kalau kategori P12 dimatikan, apa jadi dua atau tiga tahun akan datang, yang akan melibatkan ketiadaan P15 dan seterusnya P18. Begitu juga pemain no 3 dan 4, bagaimana mereka akan jadi no 1 dan 2 jika peluang dan ruang tidak diberi jepada mereka.
Berfikirlah sebagai master-mind wahai pegawai besar. Kerja tukang sapu menyapu bersih apa2 yang dianggap sampah dan menyakitkan matanya tetapi tugas guru amat berbeza kalau boleh sampah itu hendak diolah supaya tidak menjadi sampah, berusaha untuk dikitar semula atau membina masyarakat supaya tidak membuang sampah dimerata, maka tiadalah sampah. Memang susah jadi guru atau jadi jurulatih dibandingkan jadi tukang sapu. Tapi itulah tanggungjawab yang mesti dipikul.
Bayangkan pula kalau seorang atlet sejak darjah empat hingga tingkatan empat mewakili negeri dalam sukan ini, bila di tingkatan 5, di saat dia memerlukan sijil tertinggi untuk mengiringi akademiknya tiba2 dinafikan penyertaan dengan membatalkan kategorinya. Mana penghargaan MSST? Pemain mana lagi yang akan menjadi pelapis untuk mengganti pemain SUKMA Terengganu yang ada sekarang?
Kalaulah begini mudah cara penyelesaian pegawai 'besar', lebih mudah lagi ditiadakan juga pengerusi2 teknik daerah kerana urusan pemain boleh diserahkan kepada majlis sukan negeri (MSN) manakala MSST hanya pergi tanya sahaja pemain mana ada potensi untuk dihantar ke MSSM. Senang kan?
Contohnya tahun ini, 2016 L12 tidak perlu susah untuk buat pemilihan kerana sudah ada ranking negeri. Ambil sahaja Idan dan adiknya ikwan, L15 ambil Lutfi dan Irfan, L18 ambil Fikran dan pilih seorang lg. Senang kan? Semudah petik jari sebab kita tak perlu buat apa2, sebab MSN dah proses, latihan pusat pun tidak perlu, sebab MSN akan latih. Jadi perlu apa lagi pemilihan yang kononnya nak pemain yang berpotensi. Tidak perlu fikir lagi urusan belanja. Untuk apa lagi pengerusi teknik daerah?
Pengerusi teknik akan menjadi berperanan jika pegawai 'besar' lebih fokus kepada matlamat kokurikulum bukan matlamat tukang sapu. Semua menjadi lebih berperanan jika pegawai 'besar' masih terasa dia juga adalah guru, bukan bekas guru.
Dalam keadaan ini guru atau jurulatih sepatutnya memikir langkah ke arah menggalakkan pertumbuhan dan pembangunan pemain bukan "aku peduli apa, asal selesai kerja aku, siap laporan aku, beres!..."
Malangnya pemain skuasy Dungun yang bangun dalam serba kekurangan, namun tidaklah semalang pesakit yang dipotong tangan kerana doktor ingin merawat kaki.
Wednesday, January 27, 2016
Thursday, January 7, 2016
KEJOHANAN MSST 2016
Pemain2 squash MSS Dungun mula turun ke gelanggang sebagai memanaskan badan menjelang kejohanan pertengahan Februari 2016.
Seperti biasa tiada keghairahan dalam kalangan pemain2 Dungun untuk berlatih sebelum panggilan rasmi daripada PPD.
Latihan di luar rasmi ini hanya dihadiri oleh pemain2 kecil dan pemain yang memang benar2 minat.