Latihan Cuma 2 Hari Sahaja Lagi.
Walaupun dalam keadaan suram latihan berjalan seperti biasa.
Tiada sebarang harapan dalam penyertaan kali ini, sekadar menimba pengalaman dan membina keyakinan diri. Kita tidak mahu membiarkan kemahiran yang sudah disiram dan dibaja dengan kemampuan minima dibenam dan ditimbus oleh langkah penjimatan pegawai yang mempunyai tahap penyelesaian 'mudah'.
Bayangkanlah kebanyakan permainan lain semua 8 daerah menghantar pemain samada atas nama pemilihan atau kejohanan peringkat MSST, namun dalam permainan skuasy hanya BESUT, KEMAMAN, K. NERUS/K. TERENGGANU dan DUNGUN sahaja. Penyertaan pula sepatutnya jika penuh 24 orang setiap daerah ( 4 orang setiap kategori ), namun kesukaran untuk membina pemain menjadikan jumlah itu tidak mampu dipenuhi oleh semua daerah. Bagi daerah kita Dungun, pemain kita sudah tinggal 13 orang sahaja, sebelum dikuburkan minggu lepas. Selepas sempurna dikebumikan kononnya nak yang berpotensi sahaja tinggallah 7 orang sahaja pemain Dungun. Tahun depan? Orang yang dah dikuburkan tanpa talqin itu mungkinkah akan bangun lagi? Lebih berpotensi? Kalau kepayahan itu pun tidak mampu untuk mendapat layanan yang munasabah, bagaimana mungkin untuk mengharapkan perubahan mentaliti 'win win situation.'
Malangnya jika dalam kalangan guru ada yang tidak faham objektif kenapa diwajibkan peringkat sekolah mengadakan merentas desa, olahraga dan 1M1S. Faham tapi tidak tahu merealisasikan amat mengecewakan jika 'dia' yang tidak tahu itu dipertanggungjawabkan dalam bidang sukan.
No comments:
Post a Comment