TINDAKAN MSST AMAT MENGECEWAKAN.
Keputusan MSST menyekat bilangan penyertaan daerah dalam setiap kategori dan menghapuskan kategori P12 dan P18 mengecewakan pemain terlibat dan ibu bapa mereka yang menyediakan segala keperluan anak-anak dengan harapan menyertai kejohanan di peringkat MSST.
Walaupun mereka bukan pemain terbaik di peringkat negeri tetapi mereka adalah empat orang yang terbaik dalam daerah mereka mengikut kategori masing-masing. Tidakkah mereka ini wajar mendapat pengiktirafan yang membuktikan penglibatan mereka dalam sukan yang menonjolkan negara kita di mata dunia? Tidakkah para pegawai sukan MSST sedar bahawa amat sukar untuk mendapatkan atlet di peringkat sekolah, daerah dan negeri Terengganu dalam permainan skuasy? Wajarkah pemain-pemain yang dibina di peringkat daerah dibunuh dengan alasan 'potensi' sedangkan tiada sebarang usaha untuk membina potensi dan tiada sebarang usaha membina gantian. Wahai pegawai besar yang 'tidak buat apa-apa' tapi mudah buat keputusan hargailah usaha-usaha pegawai 'kecik' peringkat daerah, berfikirlah sebagai guru yang sentiasa berfikir mencari ruang dan peluang kepada para pelajar membina potensi diri. Tiada istilah untung 'segera' dalam pendidikan.
Kalau yang terbaik peringkat negeri, kita dah sembelihkan dengan penghapusan kategori mereka, bolehkah kita gantikan yang baru? Berapa lama? Kalau kategori P12 dimatikan, apa jadi dua atau tiga tahun akan datang, yang akan melibatkan ketiadaan P15 dan seterusnya P18. Begitu juga pemain no 3 dan 4, bagaimana mereka akan jadi no 1 dan 2 jika peluang dan ruang tidak diberi jepada mereka.
Berfikirlah sebagai master-mind wahai pegawai besar. Kerja tukang sapu menyapu bersih apa2 yang dianggap sampah dan menyakitkan matanya tetapi tugas guru amat berbeza kalau boleh sampah itu hendak diolah supaya tidak menjadi sampah, berusaha untuk dikitar semula atau membina masyarakat supaya tidak membuang sampah dimerata, maka tiadalah sampah. Memang susah jadi guru atau jadi jurulatih dibandingkan jadi tukang sapu. Tapi itulah tanggungjawab yang mesti dipikul.
Bayangkan pula kalau seorang atlet sejak darjah empat hingga tingkatan empat mewakili negeri dalam sukan ini, bila di tingkatan 5, di saat dia memerlukan sijil tertinggi untuk mengiringi akademiknya tiba2 dinafikan penyertaan dengan membatalkan kategorinya. Mana penghargaan MSST? Pemain mana lagi yang akan menjadi pelapis untuk mengganti pemain SUKMA Terengganu yang ada sekarang?
Kalaulah begini mudah cara penyelesaian pegawai 'besar', lebih mudah lagi ditiadakan juga pengerusi2 teknik daerah kerana urusan pemain boleh diserahkan kepada majlis sukan negeri (MSN) manakala MSST hanya pergi tanya sahaja pemain mana ada potensi untuk dihantar ke MSSM. Senang kan?
Contohnya tahun ini, 2016 L12 tidak perlu susah untuk buat pemilihan kerana sudah ada ranking negeri. Ambil sahaja Idan dan adiknya ikwan, L15 ambil Lutfi dan Irfan, L18 ambil Fikran dan pilih seorang lg. Senang kan? Semudah petik jari sebab kita tak perlu buat apa2, sebab MSN dah proses, latihan pusat pun tidak perlu, sebab MSN akan latih. Jadi perlu apa lagi pemilihan yang kononnya nak pemain yang berpotensi. Tidak perlu fikir lagi urusan belanja. Untuk apa lagi pengerusi teknik daerah?
Pengerusi teknik akan menjadi berperanan jika pegawai 'besar' lebih fokus kepada matlamat kokurikulum bukan matlamat tukang sapu. Semua menjadi lebih berperanan jika pegawai 'besar' masih terasa dia juga adalah guru, bukan bekas guru.
Dalam keadaan ini guru atau jurulatih sepatutnya memikir langkah ke arah menggalakkan pertumbuhan dan pembangunan pemain bukan "aku peduli apa, asal selesai kerja aku, siap laporan aku, beres!..."
Malangnya pemain skuasy Dungun yang bangun dalam serba kekurangan, namun tidaklah semalang pesakit yang dipotong tangan kerana doktor ingin merawat kaki.
No comments:
Post a Comment