Bila pegawai yang dipertanggungjawabkan oleh MSST untuk melaksanakan program pemilihan dengan menjimatkan kos.
Langkah yang diambil:
1. Sejak tahun lepas, kejohanan skuasy MSST yang diadakan setiap tahun ditukar nama kepada pemilihan dan dilaksanakan secara kalah mati.
2. Tahun lepas masih mengekalkan semua kategori dengan 4 orang setiap kategori tetapi yang akan dibawa kekejohanan MSSM 3 orang pemain setiap kategori. Tiada pemain ke-4 atau pemain simpanan.
3. Tahun 2016, 'dimurnikan' lagi:
a. Ada kategori 2 orang, ada 3 dan ada 4. Apa ni? Formula apa? Standardnya kalau dua, dua belaka, kalau putus 3, biar semua 3, barulah tidak nampak double standard dan nampak ada formula atau sistem.
b. Mansuh kategori P12 dan P18. Bijakkah penyelesaian tu?
Keputusan pegawai sukan? Inilah dinamakan lawak yang tidak lucu.
Lawak atau tidak, MSS Dungun dengan rasa yang amat kecewa dan sedih terpaksa membiarkan pemain-pemainnya ditimbus oleh mereka yang tidak suka membincang kepentingan lain. Persemadian dikuburan yang tidak bernisan.
Inilah mangsa Anda di Dungun:
Farhah Jazlina:
Mula mewakili Terengganu
pada tahun 2009 ketika darjah 4.
Tempat ke 3 Terengganu 2010 dan Johan Terengganu bawah 12 tahun 2011.
Naib Johan MSS Johor tahun 2012 dan 2013 bawah 15 ketika berada di SBP Tun Fatimah.
Tingkatan 3 kembali semula ke Terengganu dan Johan bawah 15.
2015 tempat ke 3 Terengganu bawah 18. 2016 tingkatan 5, dinafikan penglibatan beliau dalam skuasy MSST apabila keputusan memansuhkan kategori P18 dalam pemilihan 2016. Apakah sijil peringkat daerah sahaja untuk mengiringi sijil SPM nanti? Itulah takdirnya.
2. Shahirah Nafisah:
Mewakili daerah Dungun ke MSST sejak tahun 2011, di tahun Enam hingga 2015. Sekarang di tingkatan 5, tiada lagi penyertaan kerana d batalkan kategori P18
3. Farzana, murid tahun 5.
Mula mewakili daerah dungun pada tahun 2014. Tahun 2016 P12 dimansuhkan, kononnya langkah penjimatan.
4. Ahmad Afnan, murid tahun 3.
Mula menyertai pasukan skuasy Dungun pada tahun lalu 2015. Tidak dapat menyertai kerana tahun ini, atas nama langkah penjimatan hanya 2 orang sahaja dibenarkan menyertai pemilihan peringkat negeri. Maka terbantutlah proses pendedahan dan mematangkan pemain baru.
5. Ahmad Ainan, seperti juga kembarnya ahmad afnan mereka adalah mangsa kepada langkah penjimatan. Bayangkan baru darjah 3 sudah menguasai kemahiran untuk bersaing di gelanggang. Masa yang panjang untuknya mengasah bakat melalui kejohanan di peringkat negeri, namun dinafikan penyertaan atas sebab kedangkalan berfikir mencari penyelesaian penjimatan telah membuat keputusan menghadkan penyertaan kepada dua orang sahaja bagi kategori L12. Maka terpaksalah dicicirkan dua orang daripada 4 orang.
Tiga atau empat tahun akan datang tidak perlu lagi nak berfikir pasal penjimatan, kerana sudah tiada pemain baru lagi untuk dipilih. Kembali seperti asal kemaman dan kuala terengganu sahaja yang membekal pemain, mungkin besut masih boleh bertahan. Dungun sudah menghenti pengambilan pemain baru kerana tidak sanggup melihat mereka kena 'sembelih'. Tidak sampai hati melihat kekecewaan yang bakal ditanggung. Berlatih tapi tidak dapat menyertai kejohanan.
Tahun depan jika dikekalkan formula 'hebat' ini untuk langkah berjimat, maka kekallah pemain2 yang tidak terpilih di peringkat daerah tahun ini untuk terus menunggu. Kalau sabar. Tunggu masuk kategori lain. Kalau sekarang darjah 3, tunggulah empat tahun lagi. Itu pun kalau 4 tahun lagi perancang formula yang bijak ini tidak merancang untuk jadi bertambah bijak.