Thursday, March 16, 2017

MSSM 2017 SELANGOR.

Hari ini 15 March 2017, baru dapat maklumat, Hakim tidak hadir melapor diri untuk menyertai latihan pusat di Sekolah Sukan Bukit Nenas yang berlangsung sejak 12 Mac lagi.
Maknanya, tiada pemain Dungun dalam kontinjen Terengganu. Hakim adalah pemain tunggal dari Dungun.

Alasan Hakim:
1. Banyak kelas amali.
2. Cikgunya/ pihak pentadbiran kolej senyap je, tiada yang nak bagi cadangan penyelesaian, malah tidak memaklumkan panggilan latihan pusat...

Habis apa Akim boleh buat.... tiada pihak yang ambil tahu masalah dan cuba selesaikan masalah. Nak kontek urusetia latihan pusat pun Akim tiada maklumat. Kira tiada rezeki je lah..

Apa pun Hakim, awak dah buktikan awak masih ada skill walaupun sudah lama gantung reket, walaupun hanya beberapa hari sahaja menjalani latihan sebelum pemilihan MSST 2017.

Anda mampu berbangga dengan pencapaian diri dalam sukan Skuasy. Kami pun rasa bangga dengan pengakhiran anda menyertai MSST.

Kali pertama mewakili Terengganu ketika Tahun Enam di sekolah rendah. 
Penamatnya sekali lagi terpilih pada tahun ini 2017, penghujung usia kelayakan menyertai MSSM.

Tahniah, Hakim. Semoga MSST menjadi kenangan buatmu.

Friday, March 10, 2017

SETIU MEMULAKAN LANGKAH PERTAMANYA

Memanfaatkan gelanggang yang ada di Sekolah Sukan Bukit Nenas, sekolah-sekolah di sekitar telah mengambil langkah membina team skuasy masing-masing.
Menjelang 2018 dijangkakan Setiu akan mengeluar produk sulungnya untuk bersaing di peringkat MSST.
Usaha membina produk yang mampu bersaing dengan daerah2 lain yang lebih senior dalam bidang skuasy ini tentunya memerlukan komitmen 'master mind'.
Beruntungnya Setiu diwaktu ini, peranan master mind itu diambil sendiri oleh coach Faisal, jurulatih yang dihantar khusus oleh Majlis Sukan Negeri bagi tujuan pembangunan sukan Skuasy di Terengganu.




 Kehadiran bakal pemain Setiu yang menyahut seruan untuk menjalani pemilihan bakat.

 Bakal pemain sedang menerima taklimat daripada coach Faisal berhubung peraturan dan jadual latihan serta hala tuju pemain-pemain yang suatu hari nanti akan menjejaki Nafiizwan, anak Terengganu yang menjuarai terbuka Kanada.




Tuesday, March 7, 2017

KALAU RUYUNG TIDAK DIPECAH...

Bab ini memang membosankan..... bayangkan dari kosong.... nak latih membina koordinasi.... drill.... hingga parents yang tengok pun rasanya tidak yakin kemampuan anak2 mereka.

Tapi berilah saya masa sebulan atau dua bulan lagi untuk lihat perubahan mereka. apa pun bakat juga memainkan peranan penting untuk anak2 ini menguasai kemahiran dengan cepat. Bagi saya merasai kepuasan bila mereka mula menguasai basic skill sesuai dengan tahap masing2. Tapi amat kecewa bila dah menguasai basic tiba-tiba tidak lagi hadir latihan..... kerana berbagai sebab yang tidak dapat dielakkan, bila datang semula terpaksa latih basic balik.... wahhh bosannya.... ha.. ini baru benar2 bosan

Mulalah nak ungkit, baru2 ni berpeluang bersembang dengan parent dari Kuala Lumpur di Pusat Skuasy Jalan Duta. Dia cerita di Kuala Lumpur ni kalau nak dapat personal coach untuk anak kita kena bayar Rm60/jam, sesetengah tu sampai rm100. Dia terpaksa pilih cara yang lebih murah dengan mendaftar di bawah Persatuan Skuasy Kuala Lumpur dapatlah harga RM60 sebulan, 2 jam seminggu. 3 orang anak bermakna dia RM180 untuk dapatkan latihan 2 jam seminggu.

Kita di Terengganu, kalau kena bayar memang tiada lagi agaknya pemain skuasy di Terengganu.













Kalau tidak dapat 2 bulan kita cuba hingga kita dapat rasa kepuasan melihat mereka dapat bermain, dapat jadi pengadil mula menunjukkan semangat melawan dan semangat untuk menang. Ibubapa patut memberi peluang untuk anak2 menikmati zaman kanak-kanak mereka, peluang membina bakat, peluang mencari pengalaman, peluang belajar di luar bilik darjah, peluang membina keyakinan diri.

Di sini, di gelanggang skuasy pastinya medan untuk mereka capai semua itu..... sabar dan berilah komitmen. Jangan biarkan mereka jadi hantu 'game', berkurung dalam bilik melayani game dan segala macam permainan maya.


Sunday, March 5, 2017

TG MUHAMMAD MASIH DITAHAN DI WAD HKL

Sudah tiga malam Tg. Muhammad bermalam di HKL. Mungkinkah hari ini dibenarkan keluar?. Semoga Tg. Muhammad cepat sembuh. Insyaa Allah.


Percutian 3 hari 3 malam bagi Cikgu Masyitah di HKL. Kenangan untuk Tg. Muhammad.

Friday, March 3, 2017

KEMALANGAN BOLEH BERLAKU DI MANA-MANA SAHAJA

Gastrik atau Keracunan:

Bilik kecil bercermin di penjuru gelanggang skuasy menjadi bilik medic sepanjang kejohanan berlangsung diketuai oleh seorang doktor. Di sinilah Tg. Muhammad dipantau beberapa ketika sehingga doktor membuat keputusan menghantar Tengku Muhammad ke HKL akibat muntah-muntah dan badan menjadi bertambah lesu. Tg. Muhammad dihantar ke hospital dengan ambulan yang tersedia untuk sebarang kemungkinan terhadap atlet-atlet skuasy.









Cerita semalam belum pun habis, Tg. Muhammad masih di tahan di hospital HKL hari ini Afnan pula terpaksa dihantar ke bilik Medic kerana luka yang agak dalam dan membengkak akibat jatuh atas jalan bertar semasa menjalani latihan ringan di perkarangan stadium Hoki Tun Abdul Razak.


Wednesday, March 1, 2017

12th NATIONAL JUNIOR CHAMPIONSHIP

12th NATIONAL JUNIOR CHAMPIONSHIP

Tarikh : 1 - 5 March 2017

Tempat : National Squash Centre (NSC), Jalan Duta, Kuala Lumpur.

Penginapan : 

Pearl International Hotel.

Pemain disambut oleh Penyambut Tamu hotel, menyusun dan menghantar beg-beg ke bilik di tingkat 15.








Game pertama mula petang esok 1 Mac, 2.30 petang. Semoga melepasi cabaran pertama.




Maklumat lanjut  klik di page Tahun 2017>>>