Tuesday, March 7, 2017

KALAU RUYUNG TIDAK DIPECAH...

Bab ini memang membosankan..... bayangkan dari kosong.... nak latih membina koordinasi.... drill.... hingga parents yang tengok pun rasanya tidak yakin kemampuan anak2 mereka.

Tapi berilah saya masa sebulan atau dua bulan lagi untuk lihat perubahan mereka. apa pun bakat juga memainkan peranan penting untuk anak2 ini menguasai kemahiran dengan cepat. Bagi saya merasai kepuasan bila mereka mula menguasai basic skill sesuai dengan tahap masing2. Tapi amat kecewa bila dah menguasai basic tiba-tiba tidak lagi hadir latihan..... kerana berbagai sebab yang tidak dapat dielakkan, bila datang semula terpaksa latih basic balik.... wahhh bosannya.... ha.. ini baru benar2 bosan

Mulalah nak ungkit, baru2 ni berpeluang bersembang dengan parent dari Kuala Lumpur di Pusat Skuasy Jalan Duta. Dia cerita di Kuala Lumpur ni kalau nak dapat personal coach untuk anak kita kena bayar Rm60/jam, sesetengah tu sampai rm100. Dia terpaksa pilih cara yang lebih murah dengan mendaftar di bawah Persatuan Skuasy Kuala Lumpur dapatlah harga RM60 sebulan, 2 jam seminggu. 3 orang anak bermakna dia RM180 untuk dapatkan latihan 2 jam seminggu.

Kita di Terengganu, kalau kena bayar memang tiada lagi agaknya pemain skuasy di Terengganu.













Kalau tidak dapat 2 bulan kita cuba hingga kita dapat rasa kepuasan melihat mereka dapat bermain, dapat jadi pengadil mula menunjukkan semangat melawan dan semangat untuk menang. Ibubapa patut memberi peluang untuk anak2 menikmati zaman kanak-kanak mereka, peluang membina bakat, peluang mencari pengalaman, peluang belajar di luar bilik darjah, peluang membina keyakinan diri.

Di sini, di gelanggang skuasy pastinya medan untuk mereka capai semua itu..... sabar dan berilah komitmen. Jangan biarkan mereka jadi hantu 'game', berkurung dalam bilik melayani game dan segala macam permainan maya.


No comments:

Post a Comment