Thursday, March 16, 2017

MSSM 2017 SELANGOR.

Hari ini 15 March 2017, baru dapat maklumat, Hakim tidak hadir melapor diri untuk menyertai latihan pusat di Sekolah Sukan Bukit Nenas yang berlangsung sejak 12 Mac lagi.
Maknanya, tiada pemain Dungun dalam kontinjen Terengganu. Hakim adalah pemain tunggal dari Dungun.

Alasan Hakim:
1. Banyak kelas amali.
2. Cikgunya/ pihak pentadbiran kolej senyap je, tiada yang nak bagi cadangan penyelesaian, malah tidak memaklumkan panggilan latihan pusat...

Habis apa Akim boleh buat.... tiada pihak yang ambil tahu masalah dan cuba selesaikan masalah. Nak kontek urusetia latihan pusat pun Akim tiada maklumat. Kira tiada rezeki je lah..

Apa pun Hakim, awak dah buktikan awak masih ada skill walaupun sudah lama gantung reket, walaupun hanya beberapa hari sahaja menjalani latihan sebelum pemilihan MSST 2017.

Anda mampu berbangga dengan pencapaian diri dalam sukan Skuasy. Kami pun rasa bangga dengan pengakhiran anda menyertai MSST.

Kali pertama mewakili Terengganu ketika Tahun Enam di sekolah rendah. 
Penamatnya sekali lagi terpilih pada tahun ini 2017, penghujung usia kelayakan menyertai MSSM.

Tahniah, Hakim. Semoga MSST menjadi kenangan buatmu.

No comments:

Post a Comment