Tertumpu perhatian kepada dua beradik dari Putrajaya, katanya ayahnya orang Dungun. Abangnya Umar Tahun 4 dan adiknya Umairah baru berusia 6 tahun. Memang nampak berbakat, kalau cukup latihan tentu tahun 2019 mula memberi cabaran dalam kategori masing2.
Sempat merakam gambar Umar dan Umairah. Semoga kita mampu melihat kelincahan mereka di gelanggang pada tahun-tahun mendatang. Selamat berjuang Umar dan Umairah. Jika balik ke Dungun jangan lupa bertandang ke gelanggang latihan kami di UITM. Anda dialu-alukan.
Apa nak buat.... nasib kita masih belum berubah lagi....tapi kita dah melihat perubahan dan peningkatan corak permainan anak-anak kita....semoga mereka mampu meningkatkan kematangan untuk terus bersaing.... Insyaa allah kita akan terus memberi sokongan untuk mereka mengisi zaman persekolahan mereka dan perjalanan mereka menempuh alam remaja mereka dengan kebolehan dan skill tersendiri. SELAMAT BERJUANG!
PERHIMPUNAN 81218
HA HA HA... BILA GAME DAH HABIS.......
Rupanya kita diberi kesempatan oleh Allah untuk bersama kaum Muslimin mempertahankan Hak Agama, bangsa dan Kedaulatan Raja dan Perlembagaan.
Memberi kesempatan untuk menyatakan kita sebahagian daripada mereka yang membantah ICERD
Memberi peluang untuk kita bersama menyatakan pendirian tegas kita dan kesediaan menentang dengan apa cara sekalipun terhadap cubaan mengganggu-gugat kedaulatan agama Islam di Malaysia dan usaha-usaha memecah belahkan umat Islam. Kami dah banyak berkorban untuk kamu, kini kami tidak lagi sanggup untuk terus menerus membiarkan kamu bermaharajalela mengambil hak kami. Kami tidak mengambil hak kamu tapi kami akan mempertahankan hak kami.
Kami tidak usik walaupun sedikit wartawan2 kamu datang menemuramah kami dalam kelompok kami yang sedang berhimpun sebegitu ramai, tidak seperti mana kamu lakukan kepada Muhd Adib penjawat awam yang datang membantu kamu dalam rusuhan kuil kerana dia Melayu.
Kami juga tidak usik penjaja bangsa kamu yang datang berniaga dalam himpunan kami. Masih tidak sedarkah kamu, betapa baiknya kami?
Hari ini kami turun dengan menyerahkan diri kami kepada Allah. Kalau Allah kata "Jadi" maka jadilah.
Perhimpunan berakhir jam 5.00 petang, Alhamdulillah tiada sebarang perkara buruk berlaku.
Perhimpunan yang benar-benar aman. Semoga menyedarkan kaum yang cuba meretakkan hubungan kaum dan kestabilan negara. JANGAN LAGI BERMAIN API, KELAK TERBAKAR SUKAR DIPADAM.
No comments:
Post a Comment