Thursday, December 6, 2018

REDTONE: 12th KL Junior Open Squash Championship 2018

SERUAN UNTUK BADAN2 SUKAN NEGERI TERENGGANU AGAR CARILAH PENAWAR HILANGKAN MENGANTUK SUPAYA TIDAK TERTIDUR DALAM PERJALANAN.

Dalam kemeriahan penyertaan negeri2 lain, Terengganu mengundur diri kerana tiada kemampuan kewangan lagi.
Namun kami tidak membiarkan nama Terengganu terpadam dalam jadual perlawanan. 3 orang kami dari Dugun datang walaupun dengan perbelanjaan sendiri. Kami mewakili Malaysia/ Terengganu.
Kalau peringkat antarabangsa ni dianjurkan di negara luar, amat besar belanja untuk kita sertai jadi tidak patut kita lepaskan peluang bila peringkat antarabangsa dianjur di negara kita. 







Dua minggu sebelum kejohanan ini, Kejohanan Piala Ong Beng Hee dan Nicol David telah berlangsung di Melaka. Hanya 8 orang peserta sahaja bagi setiap negeri. 4 pemain untuk BU12 dan 4 pemain untuk GU 12.
Terengganu tetap ikut serta walaupun dengan hanya peruntukan RM2000 sahaja disediakan oleh Majlis Sukan Negeri (MSN). RM2000 itulah untuk belanja penginapan, makan dan minum pemain. Bayangkan peruntukan itu untuk 6 hari kejohanan, tidak termasuk hari perjalanan.
Tiada pengangkutan disediakan untuk pemain2 ke Melaka. Bayangkan lagi...pemain-pemain yang hadir terdiri daripada murid2 tahun 4, 5 dan 6.
Memang aku respect dengan coach Faisal yang sanggup berkorban hantar pemain2 kerana rasa tanggungjawabnya masih terikat dengan pemain-pemain yang amat dia sayangi, walaupun ketika itu kontraknya telah pun ditamatkan oleh MSN tanpa runding bicara. 
Memang aku tabiklah dengan coach Faisal ni, sebab itu aku sanggup tolong dia angkut pemain-pemain berulang alik antara gelanggang dan hotel serta menjadi penjaga kepada pemain-pemain yang dua dari mereka adalah anak aku.
Hotel? dengan peruntukan tersebut untuk semua keperluan tidak mungkin mampu untuk menginap bersama kontinjen negeri lain di hotel yang disediakan oleh SRAM. Maka terpaksalah cari hotel yang lebih murah dan dekat untuk berulang alik. 

Sebenarnya aku sendiri tidak pernah melalui suasana sebegini teruk dalam pemerhatianku sejak tiga tahun anak-anakku terlibat dalam team squash Terengganu ni. Dua kejohanan terakhir ni sebagai penutup 2018 memang benar-benar menyentuh kredibiliti pengurusan MSN pada pandangan umum.

Setiap kejohanan sebelum ini, penginapan di hotel yang disediakan oleh SRAM, Pengangkutan, makan minum semua disediakan malah pemain-pemain diberi sedikit wang saku sebagai elaun yang mampu membantu para pemain Terengganu untuk membasah tekak di kios2 jualan minuman dan makanan di sekitar gelanggang.

Wallahu a'lam....sebenarnya aku sendiri tidak tahu apa sebenarnya berlaku disebalik keadaan ini.

Apa pun pengumuman bajet 2019 dalam pembentangan bajet oleh kerajaan negeri yang baru lalu amat mengembirakan. Kesanggupan kerajaan negeri untuk membantu meningkatkan kualiti sukan di negeri Terengganu dengan bajet yang begitu besar sangat dinanti-nanti dan diharapkan dapat dinikmati oleh sukan skuasy juga. Kekalkan coach yang sedia ada dengan menambah baik skim dan insentif supaya lebih menarik. Penambahan jurulatih juga wajar difikir dan dirancang agar semua daerah dapat menikmati manfaat dari bajet terbaik yang diumumkan itu. 


Ketika jiran kita Pahang mengambil peluang menghantar lebih 30 pemain dalam kejohanan ini, Terengganu hanya diwakili oleh 3 pemain kecil ini sahaja. Mereka juga anak buah coach faisal yang terpencil di Dungun.


HARI KETIGA

Ainan tewas kepada Prakash Anil, Negeri Sembilan 1 - 2




Prakash Anil, Negeri Sembilan



 Tg. Muhammad tewas kepada Anpalagan Sreetheeban, Perak.
0 - 2






Afnan tewas kepada Yaseer Al- Abbas, Saudi Arabia.
0 - 2

HARI KEEMPAT


 Ahmad Ainan, tewas.



Ahmad Afnan, menang.

Tg Muhammad, menang


Namun semua gagal untuk kelayakan hari seterusnya. Berakhirlah cabaran Terengganu.

No comments:

Post a Comment